Seramai 30 orang anak-anak yatim dari Rumah Amal telah diraikan dalam majlis doa selamat yang diadakan pada 2 Januari 2011 di Riverstone Eco Resort. Majlis yang diajurkan oleh Pn Yanni Sharif ini telah diserikan lagi dengan kehadiran Pengetua Rumah Aman dan beberapa orang guru.
Selain jamuan makan, anak-anak ini juga turut pulang dengan wang saku sumbangan ikhlas dari penganjur. Sebelum pulang anak-anak ini sempat menghadiahkan dua buah lagu nasyid kepada penganjur dan jemputan lain.
No comments:
Post a Comment
"Sila tinggalkan komentar anda"