NASI AMBENG ISTIMEWA

NASI AMBENG ISTIMEWA
HANYA DI RIVERSTONE ECO RESORT. Hutan Lipur Sungai Tua, Batu Caves, Selangor. 013-2080833, 03-92022672

Friday, March 4, 2011

Bina sahsiah di hutan lipur



Bina sahsiah di hutan lipur
Oleh Minarni Mat Saad
minarni@bharian.com.my


SESEKALI kita perlu merehatkan minda anak dengan memberi peluang mereka berehat dan melakukan sesuatu yang berbeza berbanding apa yang biasa kita lakukan setiap hari.

Kedatangan cuti sekolah pertengahan bulan ini patut digunakan ibu bapa untuk meredakan ketegangan anak yang bersekolah.

Program motivasi dan berehat adalah aktiviti yang baik untuk membina sahsiah diri anak selain mereka berpeluang untuk melakukan sesuatu berbeza.

Pelbagai kaedah program motivasi dan seminar diadakan sepanjang musim cuti sekolah sama ada tumpuan dalam kecemerlangan pendidikan atau membentuk pelajar menjadi remaja yang berkeyakinan, berdedikasi serta mempunyai matlamat dalam hidup.



Satu daripadanya ialah Riverstone Eco Resort di hutan lipur Ulu Yam, Selangor yang berpengalaman mengendalikan kem motivasi ala rekreasi tetapi dengan satu matlamat iaitu melahirkan remaja yang cemerlang dan bertakwa.


Kali ini, Riverstone membahagikan peserta kepada dua peringkat mengikut tahap umur mereka.

Bagi peserta tujuh hingga 12 tahun mereka boleh menyertai Riverstone Smart Camp selama tiga hari dua malam mulai 14 Mac manakala peserta berumur 13 hingga 19 tahun boleh mengikut Riverstone Survival Camp pada 18 hingga 20 Mac ini.
ngarah Program, Hamidah Asararuddin berkata, kedua-dua program itu diadakan bagi melahirkan remaja berkeyakinan, dedikasi, berdikari dan berdisiplin, tinggi motivasi diri, menghormati orang tua dan mengamalkan nilai-nilai murni dalam kehidupan seharian.

“Peserta akan didedahkan dengan keperluan untuk memiliki sahsiah diri, penampilan dan kesihatan yang baik serta kemahiran berkomunikasi.

“Kita mahu membuka minda dan menanam semangat dalam kalangan pelajar untuk berusaha menjadi remaja yang cemerlang, bermotivasi dan berkualiti,” katanya.

Antara pengisian program ialah permainan simulasi, solat berjemaah, riadah, kuliah Subuh dan Maghrib.

Turut diadakan ialah aktiviti rekreasi dan riadah seperti berjalan malam, merentas halangan, flying fox dan permainan paintball.

“Peserta akan ditempatkan di Riverstone Eco Resort yang dikelilingi suasana persekitaran alam semula jadi segar dan menyamankan.

“Peserta diminta membawa keperluan diri seperti pakaian dan kasut sukan, pakaian/keperluan untuk solat, pakaian tidur termasuk kain batik dan pelikat, barangan mandian, selimut dan cadar.

“Peserta akan diberikan sijil dan kemeja-T selepas tamat program dan mendapat perlindungan Skim Insurans Kemalangan Berkelompok dari Syarikat Insurans Berdaftar,” katanya.

Berminat, hubungi Juliana di talian 03-92004181 atau 013-2080833 untuk maklumat lanjut dan pendaftaran.


INFO

Riverstone Eco Resort

Terletak di kawasan hutan lipur Ulu Yam, berhampiran Batu Caves

Turut menawarkan pakej rumah terbuka hari raya untuk individu dan berkumpulan pada harga berpatutan.

Sedia menerima tempahan bagi menganjurkan pelbagai majlis antaranya perkahwinan, ulang tahun perkahwinan, hari jadi, perjumpaan keluarga dan hari keluarga dan program motivasi.

Menyediakan penginapan ala kampung yang boleh menampung sehingga 90 penghuni dan dewan yang boleh memuatkan 200 orang.

Kemudahan surau disediakan.

Maklumat lanjut layari www.riverstoneecoresort.com.
--

No comments:

Post a Comment

"Sila tinggalkan komentar anda"