Aktiviti Merentas Hutan - Sungai Tua
Jungle Trekking . Jungle Treking. Corporate Team Building
Aktiviti Merentas Hutan merupakan antara aktiviti rekreasi yang ditawarkan di sini. Aktiviti ini biasanya akan disertai oleh jurulatih bertauliah dan jurupandu jalan bergantung kepada jumlah peserta yang menyertai program tersebut. Bagi yang sukakan aktiviti lasak merentas hutan merupakan aktiviti pilihan.
Pelanggan boleh memilih untuk melakukan beberapa jenis aktiviti Merentas Hutan yang disediakan sama ada di sekitar kawasan resort atau pun meneroka lebih jauh ke dalam hutan. Merentas Hutan ke Sg Tua merupakan antara lokasi yang sering menjadi pilihan. Mengambil masa sejam perjalanan pergi dan sejam perjalanan balik, peserta boleh bermandi-manda di Sg Tua yang indah, sejuk dan tidak tercemar...kena bawa bekalan makan tengahari sekali.
Antara beberapa pilihan aktiviti Merentas Hutan yang ditawarkan :
1. Merentas Hutan Biasa RM5.00 seorang
Sg Tua RM5.00 seorang
2. Merentas Hutan Kg Orang Asli - River Walking (5 jam) RM5.00 seorang + RM300.00
3. Merentas Hutan
Jungle Survival -masak dlm buluh (3 jam + peralatan) RM5.00 seorang + RM400.00
4. Merentas Hutan
Cara-cara Beribadah - solat, wudhu, tayammum RM5.00 seorang + RM200.00
Antara pemandangan yang dapat dilihat semasa aktiviti merentas hutan...kehijauan pepohon.
Keindahan hutan yang belum tercemar yang sentiasa menanti kedatangan anda di sini....jangan tinggalkan sebarang sampah di sini...hutan ini bukan hak kita tapi warisan kepada generasi akan datang...
Dah kepenatan....baru 1 jam, belum sampai Perkampungan Orang Asli Ulu Batu lagi...ada 1 jam perjalanan lagi tu...
Sg Tua yang indah dan nyaman....tanpa pencemaran. Anda sekali lagi diingatkan untuk tidak meninggalkan sampah sarap di sini.
No comments:
Post a Comment
"Sila tinggalkan komentar anda"