NASI AMBENG ISTIMEWA

NASI AMBENG ISTIMEWA
HANYA DI RIVERSTONE ECO RESORT. Hutan Lipur Sungai Tua, Batu Caves, Selangor. 013-2080833, 03-92022672

Monday, April 12, 2010

d'art of PELITA


Pelita. Lampu minyak tanah / Kerosene lamp



Ini merupakan antara koleksi pelita yang dimiliki Bos. Tapi koleksi yang ini ditempatkan di Riverstone Eco Resort. Tidak banyak maklumat mengenai pelita ini, kerana pelita jenis ini masih digunakan sehingga sekarang dan mudah didapati di kedai-kedai sekitar Kuala Lumpur. Mungkin kita juga boleh menyimpan pelita sebegini dirumah untuk digunakan sekiranya diperlukan.
Pelita
Kita lihat petikan di bawah yang diambil dari teks titah persembahan Raja Muda Perak, Raja Nazrin Shah di istiadat menghadap sembah taat setia dan penganugerahan darjah kebesaran sempena sambutan ulang tahun hari Keputeraan Ke 81, Sultan Azlan Muhibbudin Shah di Istana Iskandariah, Kuala Kangsar Perak pada 19 April 2009.
Pelita
"Warga perlu diinsafkan supaya jangan terlalu cepat membuang pelita, kerana riang melihatkan fajar akan menyinsing, kerana hari siang juga akan berakhir, jangan nanti bila malam mendakap senja, warga dan bangsa akan hidup teraba-raba, hilang haluan, kerana diselimuti kegelapan malam tanpa pelita"
Pelita

Wah Bos...penting pelita ni Bos! Koleksi yang amat berharga ni..Dah ada tambahan koleksi?


Pelita Antik

Pelita Angun

Kesenian Pelita

No comments:

Post a Comment

"Sila tinggalkan komentar anda"