NASI AMBENG ISTIMEWA

NASI AMBENG ISTIMEWA
HANYA DI RIVERSTONE ECO RESORT. Hutan Lipur Sungai Tua, Batu Caves, Selangor. 013-2080833, 03-92022672

Monday, April 26, 2010

Sinar Harian :: Suara Cakna Komuniti Anda

Sinar Harian :: Suara Cakna Komuniti Anda: "32 tukang kecoh ditahan polis

HULU SELANGOR - Seramai 32 orang termasuk enam yang ditahan polis hari ini, kerana pelbagai kesalahan sepanjang tempoh pilihan raya kecil bagi kerusi Parlimen Hulu Selangor.

Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar berkata, kesemua mereka berumur dalam lingkungan 20 hingga 40 tahun ditahan di pelbagai lokasi kerana dipercayai menjadi 'tukang kecoh' dan cuba menimbulkan kekacauan.

'22 termasuk tiga wanita ditahan sepanjang tempoh dari hari penamaan calon (17 April) hingga tempoh (tamat) berkempen (12 tengah malam tadi) manakala enam lagi ditahan pada hari ini,' katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata, kesemua 22 orang itu telah dibebaskan dengan jaminan polis setelah keterangan mereka diambil.

Katanya sementara lima daripada enam lelaki yang ditahan hari ini disiasat mengikut Seksyen 147, Kanun Keseksaan kerana merusuh manakala seorang lagi disiasat mengikut Seksyen 427 kanun yang sama kerana khianat."

No comments:

Post a Comment

"Sila tinggalkan komentar anda"