Kebetulan ada urusan di Melaka pada 15hb April 2010, kami melalui sebuah pekan kecil Brisu menuju ke Lubuk Cina dan selanjutnya ke Masjid Tanah melalui tol Simpang Ampat. Tertarik dengan pemandangan pekan kecil ini kami berhenti seketika untuk merakamkan gambar-gambar nostagia yang mengamit kenangan lampau mengimbau sejarah peninggalan zaman.
Brisu
Semakin susah untuk menemui pekan sebegini sekarang. Deretan dua baris kedai dari papan dan beratapkan zink. Masih mengekalkan identiti lama dan juga masih menjadi tumpuan sebagai tempat membeli barangan keperluan penduduk tempatan.
Pekan kecil ini agak lengang pada waktu pagi. Terdapat beberapa orang penduduk tempatan sedang mendapatkan barangan keperluan. Semasa dalam perjalanan pulang kami melalui pekan kecil ini lagi, ternyata pemandangannya tidak banyak berbeza dari waktu pagi tadi...Pekan kecil ini mulai kehilangan pengunjungnya.
Anak muda telah berhijrah ke kota, laluan ini juga sudah tidak ramai yang menggunakannya. Ayer Keroh terus menjadi tujuan...bukan Simpang Ampat dan pekan kecil Brisu...Yang baru datangnya dari yang lama...
Kami merangka perjalan ke Tapah pada waktu terdekat ini atas urusan kerja. Jika berkesempatan kami akan memaparkan beberapa buah pekan kecil seperti ini untuk tatapan anda semua nanti. Rasanya di Tapah, kita akan menemui pekan kecil Temoh untuk dilawati. Nantikan kunjungan kami dan paparan gambar-gambar menarik kami di sini.
No comments:
Post a Comment
"Sila tinggalkan komentar anda"