NASI AMBENG ISTIMEWA

NASI AMBENG ISTIMEWA
HANYA DI RIVERSTONE ECO RESORT. Hutan Lipur Sungai Tua, Batu Caves, Selangor. 013-2080833, 03-92022672

Tuesday, April 27, 2010

Tupai Terbang Merah.

By. Riverstone Eco Resort
Anda pernah melihat haiwan ini? Jika anda pernah melihatnya pasti anda akan terkejut kerana pada kebiasaannya haiwan ini akan memulakan aktiviti terbang pada waktu senja. Sebagaimana namanya haiwan ini mempunyai satu kemampuan unik yang istimewa. Ia adalah satu-satunya jenis tupai yang mampu melayang di udara.
Post by: Riverstone Eco Resort
Tupai Terbang Merah - Red Giant Squirrel atau nama saintifiknya Petaurista petaurista, merupakan antara haiwan yang terdapat di Malaysia. Tergolong dalam golongan haiwan bertulang belakang (vetebrata), kelas Mamalia iaitu berdarah panas, melahirkan anak, menjaga anak dan mempunyai bulu di badan. Terdapat 43 spesies tupai ini di seluruh dunia.
Tupai Terbang Merah: Riverstone Eco Resort
Rahsia haiwan ini boleh terbang adalah lapisan kulit nipis yang boleh mengembang dan dilipat (mirip sayap kelawar). Catatan terbangan tertinggi tupai ini adalah sehingga 50 meter dengan luncuran sehingga sejauh 450 meter. Berat seekor tupai adalah dari 22 gram - 2.5kg, dengan panjang badan dari 1 - 1.3 meter. Jangka hayat haiwan ini boleh mencapai usia 15 tahun.
Haiwan ini merupakan haiwan yang dilindungi dan memerlukan lesen pemburuan. Tetapi berlainan pula di Indonesia. Di Pasar Ngasem Yogyakarta, haiwan ini mudah didapati dan bukan merupakan haiwan yang dilindungi.

Gambar: Tupai Terbang Merah . Red Giant Squirrel
(Petaurista petaurista)
Red Giant Squirrel
Seekor anak tupai terbang ini terjatuh dari gendongan ibunya semasa membuat terbangan dari sebatang pokok durian. Kami pun ambil kesempatan posing kan baby tupai terbang ni...



Gambar: Tupai Terbang Merah - Red Giant Squirrel (Petaurista petaurista)
Lokasi: Riverstone Eco Resort 23.04.2010

Ini tupai terbang dewasa in action....
Kat Riverstone Eco Resort tiap-tiap kali senja menjelma kami akan menyaksikan haiwan ini terbang. Jika anda berasib baik, anda juga akan dapat menyaksikan aksi menarik ini.

2 comments:

  1. harga brapa dlam malaysia??dan spa ada jual?

    ReplyDelete
  2. kami ada 2 ekor... nk beli ka??? hrga 100k.. bley nego...

    ReplyDelete

"Sila tinggalkan komentar anda"