NASI AMBENG ISTIMEWA

NASI AMBENG ISTIMEWA
HANYA DI RIVERSTONE ECO RESORT. Hutan Lipur Sungai Tua, Batu Caves, Selangor. 013-2080833, 03-92022672

Monday, April 12, 2010

Team Building - Corporate Warrior


Berlangsung pada 9 -11hb April 2010, sekali lagi Safeguard Securicor Academy telah mengadakan latihan di sini. Seperti biasa, latihan kali ini turut disertakan dengan pelbagai aktiviti rekreasi dan juga acara dewan yang mengetengahkan konsep 'team building'. Antara aktiviti menarik yang diadakan adalah sesi pertandingan karaoke yang perlu disertai oleh setiap ahli kumpulan. Namun demikian ada juga kumpulan yang tidak menghantar wakil solo sebaliknya menyanyi dalam satu kumpulan. Ini barulah 'team building'....

Saksikan aksi-aksi mereka semasa sesi ini...


Salah seorang peserta wanita yang turut bertanding.

Antara barisan peserta dan juga pemenang pertandingan kali ini.

General Manager Safeguard Academy (baju putih) Mejar (B) Ilyas Amir, Manager - Capt (B) Mat Isa dan jurulatih En Kamil dan En Saliman sedang khusyuk menyaksikan peserta membuat persembahan. Jurulatih pun kena tunjuk skill juga...En Kamil dengan lagu Selamat Tinggal boleh membuatkan mulut terlopong. En Saliman ni semua lagu boleh nyanyi...Capt (B) Mat Isa dengan Release Me...exectly macam Engelbert Humperdinct. Kena tabik kat semua jurulatih yang serba boleh ni.

Persembahan terakhir - Persembahan berkumpulan selaras dengan konsep "team building'....

Sementara menunggu keputusan, Mejar (B) Ilyas dan residence artist Riverstone Eco Resort, Sri Fadzielah mengambil tempat. Mejar (B) Ilyas ni suara memang merdu..especially bila beliau menyanyikan lagu-lagu golden oldies.

Majlis Penutup - Para peserta mendengar pesanan dari Ketua Jurulatih.

Gambar Kenangan.






1 comment:

"Sila tinggalkan komentar anda"