NOSTALGIA MENERANGI KEHIDUPAN
Kali ini kami ingin memuatkan koleksi berharga Boss Riverstone Eco Resort yang juga Pengarah Urusan Etika Sihat Sdn Bhd - iaitu syarikat yang menjalankan kerja-kerja pengawalan serangga. Itu sebab resort kami tak ada nyamuk...Boss pakar kawalan nyamuk.
Pelita Antik.....mengumpul dan memilikinya merupakan hobi beliau, koleksi yang dimiliki pun boleh tahan banyaknya. Menurutnya pelita... merupakan nostalgia yang tidak akan luput dari kenangan. Ianya merupakan memori indah dari zaman kecil, alam persekolahan dan sebahagian dari alam remaja beliau....malah setelah menjadi seorang usahawan pun pelita masih menerangi kehidupannya......kat resort kami tak ada bekalan elektrik.
Walaupun jarak kami dari ibukota Kuala Lumpur sangat hampir, tetapi resort kecil di pinggir kota ini tidak mempunyai kemudahan elektrik. Selain menggunakan generator sebagai sumber tenaga, kami juga menggunakan pelita untuk menerangi kegelapan malam di sini.
Pelita ni dari China, dulu banyak digunakan oleh kapal bijih dan pekerja pelabuhan. Digunakan untuk meronda kawasan. Tempat pelita ni dah diganti dengan lampu suluh. Lebih mudah dibawa ke mana-mana. Boss beli ni kat Hardware di Taman Muda pada tahun 2002. Ini merupakan koleksi pertama yang dimiliki. Masa ni barulah mula hobi kumpul pelita....
Pelita dari tembaga dengan cemeni..pemberian dari seorang rakan Mr Santana Seelan. Tak pasti pulak mana asalnya. Pelita ni dah lama dalam simpanan sejak tahun 1990 lagi.
Sepasang pelita antik dari Katmandu, Nepal. Cenderamata dari En Abdul Rahman Sadri, rakan baik Boss yang juga merupakan Pengarah Urusan
Hi-Tech Field Sdn Bhd.
PASANG PELITA WAKTU PETANG,
MENERANGI MALAM PENUH KETENANGAN,
TUNGGU RENCANA AKAN DATANG,
LAGI BANYAK PELITA DAN KENANGAN.......
Lampu pam ni lebih popular dengan panggilan 'gasoline'. Orang kampung aku kalau cakap lampu pam tak tau. Gasoline tau....ini banyak kami gunakan di Riverstone Eco Resort, maklumlah tak ada elektrik. Kat sini generator hanya beroperasi dari jam 6.30pm sehingga jam 12.00 tengah malam. Pas tu pakai pelita....
PASANG PELITA WAKTU PETANG,
MENERANGI MALAM PENUH KETENANGAN,
TUNGGU RENCANA AKAN DATANG,
LAGI BANYAK PELITA DAN KENANGAN.......
Oleh kerana kegunaannya untuk menerangi kegelapan malam telah berkurangan kini namanya digunakan untuk menerangi perniagaan pula. Ada banyak juga penggunaan pelita untuk nama perniagaan antaranya ialah..
Pelita Brunei
Pelita Nasi Kandar
Pelita Akademi
Pelita Sarawak
Pelita Hati
Pelita Akademi Sdn Bhd
Pelita Bahasa
Pelita Raya
Pelita Air
Pelita Indah Condominium
Pelita Holding Sdn Bhd
Pelita Harapan Universiti
Pelita Lim
Pelita Jaya
Pelita Hati Gallery
Pelita Pest Control (M) Sdn Bhd
Pelita Hidup
Pelita Nusantara OnLine
Pelita Training Centre
Pelita Maritime Training Sdn Bhd
Pelita Group & Associated Company
dan banyak lagi.....tapi yang ini paling best dan aku paling suka.....TEPUNG PELITA.
No comments:
Post a Comment
"Sila tinggalkan komentar anda"