Hutan Lipur Sungai Tua, terletak berhampiran dengan Empangan Batu merupakan antara tempat perkelahan yang menjadi tumpuan pengunjung kerana keindahan sungainya di samping kawasan air terjunnya yang cantik menggamit pengujung untuk kesini. Terletak di dalam kawasan Hutan Simpan Hulu Gombak, merupakan Hutan Dipterokarp Pamah yang terkandung pelbagai flora, fauna dan herba untuk pelbagai kegunaan perubatan dan penawar. Lebih kurang 9km dari bulatan Batu Caves, untuk ke sini anda akan melewati Masjid Amaniah, melalui Jalan Sungai Tua terus menuju ke Ulu Yam. Sepanjang perjalanan anda akan menemui Kg Nakhoda, Kg Laksamana, Kg Sg Tua, dan Kg Bendahara sebelum melewati Depoh Rapid KL, masuk ke kanan. Meneruskan perjalanan dari sini, anda akan melihat Empangan Batu di sebelah kiri, terdapat juga tempat-tempat rehat R1, R2 dan R3. Anda boleh berhenti seketika di sini untuk menyaksikan keindahan Empangan Batu dan menikmati udara segar tanpa pencemaran. Sehabis pemandangan Empangan Batu anda akan melewati jambatan, dan selepas sahaja jambatan di sebelah kiri anda adalah Riverstone Eco Resort. Kira-kira 100meter dari simpang Riverstone Eco Resort adalah kawasan perkelahan P1 di sebelah kanan. Diikuti oleh kawasan perkelahan P2 dan P3. Kawasan-kawasan perkelahan ini adalah di bawah penyeliaan Jabatan Hutan Daerah, dan terdapat pejabat jabatan ini kawasan perkelahan P2. Menuju ke kawasan perkelahan P3 dari P2 anda akan melalui Perkampungan Orang Asli Ulu Batu di sebelah kiri jalan. Kawasan perkelahan P3 amat popular dengan keindahan air terjunnya. Sungai yang menyerikan jajaran kawasan perkelahan ini adalah Sungai Batu. Setiap kali hujung minggu tempat-tempat perkelahan ini dikunjungi oleh ribuan penggunjung yang terdiri dari masyarakat tempatan, warga Kuala Lumpur dan sekitarannya untuk beriadah bersama keluarga dan rakan-rakan. Sungai Batu yang mengalir sepanjang kawasan perkelahan ini memang indah dan sentiasa menggamit penggunjung untuk melawatinya sekali lagi jika ada kelapangan.
P
Walaupun demikian...dipenghujung aliran Sungai Batu iaitu menuju ke Empangan Batu, keindahan sungainya tidak dapat lagi dinikmati atau pun dirasai oleh orang awam. Ada pihak yang telah mengambil hak dan memonopoli kawasan ini. Dahulunya kawasan ini juga merupakan antara kawasan perkelahan dan menjadi tumpuan pengunjung yang ingin menikmati keindahan semulajadi Sungai Batu....dingin airnya..deru airnya....semuanya kini tinggal kenangan.
P
Penggunjung juga perlu tahu keselurahan kawasan ini tiada liputan talian telefon, mau pun talian tetap atau pun talian selular. Begitu juga dengan bekalan elektrik dan air paip. Kesemuanya tiada di sini. Gerai-gerai dan juga pusat rekreasi di sini menggunakan bekalan elektrik dari generator dan sumber air dari air semulajadi.
P
P
Satu peringatan buat semua pengunjung...jangan tinggalkan sampah anda merata-rata. Jika anda tidak menemui tong sampah...bawa sampah anda bersama....hargai keindahan hutan kita.
Kepada pengunjung yang ingin merasai kesegaran malam di kawasan Hutan Lipur Sungai Tua, Riverstone Eco Resort menawarkan penginapan untuk dipilih. Daripada Chalet Kayu, Chalet Buluh atau pun dorm, dan juga khemah.
P
P
P
No comments:
Post a Comment
"Sila tinggalkan komentar anda"