NASI AMBENG ISTIMEWA

NASI AMBENG ISTIMEWA
HANYA DI RIVERSTONE ECO RESORT. Hutan Lipur Sungai Tua, Batu Caves, Selangor. 013-2080833, 03-92022672

Monday, February 28, 2011

Mencurah air di daun keladi


Koleksi Peribahasa Melayu dan Maksud
Browse: Home / Peribahasa / Mencurah air di daun keladi
Mencurah air di daun keladi

Share

Memberikan nasihat (ajaran dan sebagainya) yang tidak dapat meresap ke dalam

Tuesday, February 8, 2011

NASI AMBANG RIVERSTONE

KEMBALIKAN KEUNIKAN MAKANAN TRADISI JAWA



Bagi masyarakat Jawa, hidangan nasi ambang (disebut ambeng) adalah menu istimewa yang disajikan pada majlis tertentu seperti kenduri arwah atau kenduri kesyukuran. Keunikan nasi ambang adalah pada cara sajiannya. Jika dimakan secara berhidang, nasi akan dibentuk seperti busut manakala lauk pauk akan diletakkan di atasnya dengan berlapik daun pisang. Satu hidangan boleh dimakan antara empat hingga lima orang.
Cara untuk menikmati hidangan nasi ambang ini juga unik. Sambil duduk bersila tangan masing-masing bersilang-silang mencubit dan menggaul lauk pauk dengan nasi dalam dulang beralaskan daun pisang. Mereka yang tidak biasa atau tidak pernah melihat situasi begitu tentu merasa kurang selesa tetapi itulah keunikkannya yang mempunyai maksud tersirat.
Bagi anggota keluarga, cara itu dapat mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan manakala bagi saudaa dan jiran ia dapat merapatkan silaturahim dan membentuk nilai persaudaraan.
Nasi ambang juga disebut nasi berkat yang diberikan kepada saudara mara atau orang jauh yang menghadiri majlis kenduri masyarakat jawa sebagai bekalan dibawa pulang sebagai menghargai kehadiran mereka.
Lazimnya, nasi berkat ini diedarkan kepada jemaah selepas majlis kenduri di masjid. Aroma nasi ambang yang bercampur lauk pauk dibungkus panas-panas dalam daun pisang memang membangkitkan selera.

Bagi anak Jawa yang tinggal di bandar, pastinya sukar mencari nasi ambang yang benar-benar asli. Jika adapun restoran yang menyediakan nasi ambang, rasanya tidak sama dengan yang dinikmati di kampung.


Sekiranya anda mencari nasi ambang yang memiliki cita rasa asli, anda boleh berkunjung ke Restoran Riverstone Eco Resort (Riverstone) di Hutan Lipur Sungai Tua, Ulu Yam, Batu Caves, Selangor yang menyajikan hidangan nasi ambang istimewa dengan rasa yang saling tidak tumpah seperti yang disajikan oleh ibu di kampung.
Pemilik Riverstone, Hamidah Asararuddin berkata, nasi ambang adalah hidangan paling dekat dengan masyarakat Jawa dan paling istimewa tetapi sekarang ini agak sukar untuk mencari yang benar-benar asli dihidangkan di atas daun pisang dalam dulang.
Hamidah menyediakan nasi ambang yang disusun molek dalam dulang mengandungi pelbagai lauk wajib seperti ayam masak kicap, sambal goreng, mi atau bihun goreng, ikan kering, tempe goreng dan serunding kelapa yang jadi penyedap rasa.
Serunding kelapa untuk nasi ambang diperbuat daripada kelapa yang diparut, digoreng tanpa minyak dengan api perlahan bersama bumbu iaitu campuran bahan yang dikisar seperti cili, udang kering, jintan manis, jintan putih, bawang, lengkuas, kunyit hidup, garam, gula dan gula merah.

"Sesetengah lauk-pauk tersebut ada kalanya sedikit berbeza mengikut daerah dan tempat. Contohnya, di Johor sesetengahnya diletakkan bergedel dan tumis kacang panjang. Ada juga yang menyajikan nasi ambang dalam pinggan biasa dengan kuah sedangkan nasi ambang sebenar tidak banyak kuah manakala nasi dibentuk cantik", katanya.



Bagaimanapun, lauk asasnya tetap sama iaitu ayam sama ada digoreng, masak kicap atau 'ungkep' (ayam dimasak bersama rempah), sambal goreng dan serunding kelapa.
Bagi yang teringin menikmati nasi ambang asli pada harga RM50 sedulang untuk empat hingga enam orang atau mahu mengadakan jamuan di rumah boleh membuat tempahan awal di Riverstone dengan menghubungi 013-2080833 atau 03-92004181.