NASI AMBENG ISTIMEWA

NASI AMBENG ISTIMEWA
HANYA DI RIVERSTONE ECO RESORT. Hutan Lipur Sungai Tua, Batu Caves, Selangor. 013-2080833, 03-92022672

Monday, May 3, 2010

Keunikan Gazebo di Riverstone Eco Resort








Uniknya sebuah GAZEBO di tengah-tengah kawasan resort ini adalah dari segi binaannya. Berkonsepkan melayu tradisional, menggunakan atap rumbia, siling daripada buluh dan berlantaikan papan. Dua batang kayu lama, salah satunya telah tertimbus puluhan tahun dalam tanah dan sebatang kayu lagi telah lama terendam di dalam sungai dijadikan sebagai dua tiangnya. Sementara tiang yang lain menggunakan kayu biasa.
_
Pada asalnya, gazebo ini dulu adalah sebuah pondok jaga durian. Namun begitu Bos masih tidak merobohkannya, tetapi digunakan untuk tempat berehat..akhirnya Bos mengambil keputusan untuk membina gazebo di sini kerana lokasinya yang menarik, ditengah-tengah kawasan resort.
-
Menambah keunikannya, gazebo ini dilengkapi dengan bilik mandi moden di bahagian sisinya. Gazebo ini sering ditempah untuk acara-acara persendirian, seperti sambutan harijadi, perbincangan dan juga makan malam keluarga. Selain itu Gazebo ini juga sering ditempah untuk dijadikan tempat penginapan kepada seorang ahli perniagaan ternama sepanjang percutian di sini. Bukan apa, untuk mengimbau kenangan semasa tinggal di kampung dan merasai keindahan malam di dalam hutan......
-
Selain itu rakan baik GM kami dari Poland akan menggunakan Gazebo ini setiap kali berkunjung ke sini. Siap dengan makan minum sekali kat sini, menu utama kerabu mangga dan kerabu kacang botol....
-
Memang tenang dan nyaman tidur di sini...bertemankan keindahan cahaya bulan dan suram malam, angin sepoi-sepoi bahasa mendengar nyanyian cengkerik.....anda pasti akan teruja. Untuk bermalam di sini anda hanya akan diberikan tikar, bantal dan selimut. Tiada tilam empuk menanti anda di sini.
-
-
Harga : RM320.oo semalam.

No comments:

Post a Comment

"Sila tinggalkan komentar anda"