Pelita. Lampu Minyak Tanah/Karosene Lamp
Pelita...nostalgia kehidupan. Sejak mula mengenali dunia, pelita ini telah mula kukenali. Kehidupan di kampung di awal tahun 1960an, masih mundur, tiada kemudahan asas, hanya pelita inilah yang menerangi malam. Rata-rata semua penduduk kampung kala itu menggunakan pelita ini.
Pelita minyak tanah yang diperbuat dari tin ini boleh dibeli di kedai peralatan dapur di pekan Teluk Intan (Teluk Anson waktu itu). Sumbunya daripada tali guni, kalau dah kehabisan tali guni, kain batik buruk pun boleh dipintal untuk dijadikan sumbu.
Ada juga pelita jenis ini yang berkaki. Pelita berkaki mudah dibawa dan dipegang...lagi pun tak panas. Biasanya pelita yang tidak berkaki perlu disangkutkan dengan paku di dinding atau pun di lapik di atas tin supaya agak tinggi dan cahayanya dapat menerangi kawasan yang lebih luas.
No comments:
Post a Comment
"Sila tinggalkan komentar anda"