


Empangan Batu atau Batu Dam terletak di Lembah Kelang atau lebih tepat lagi ia terletak di sepanjang jajaran rangkaian jalan utama Selayang-Sungai Tua-Ulu Yam. Empangan ini hanyalah empangan untuk bekalan air minuman sahaja, bukan empangan janakuasa elektrik. Empangan ini boleh menampung 30,199 juta liter air. Empangan ini telah dibina bagi menampung keperluan air penduduk di Selangor terutama di ibu kota Kuala Lumpur. Sungai Batu yang mengalir dari Banjaran Titiwangsa telah dipilih kerana berdekatan dengan Kuala Lumpur. Empangan Batu menyalurkan air mentah kepada loji rawatan air Sungai Batu.
Empangan Batu berkeluasan 775 hektar yang terdiri daripada kawasan pertanian dan hutan.
Selain Sungai
Batu terdapat 2 lagi anak sungai utama yang mengalirkan air ke Empangan Batu iaitu Sungai Tua dan Sungai Bisul.
Empangan Batu dibina selepas berlaku banjir besar di Kuala Lumpur pada tahun 1971. Kerajaan telah mengadakan satu projek tebatan banjir yang besar bermula pada 1973. Menerusi projek ini dua empangan telah dibina iaitu Empangan Batu dan Empangan Klang Gate.
Selain Sungai

Empangan Batu dibina selepas berlaku banjir besar di Kuala Lumpur pada tahun 1971. Kerajaan telah mengadakan satu projek tebatan banjir yang besar bermula pada 1973. Menerusi projek ini dua empangan telah dibina iaitu Empangan Batu dan Empangan Klang Gate.
Penurunan tahap air yang serius di Empangan Batu pada bulan Februari 1998 disebabkan oleh fenomena El Nino telah menyebabkan kepada berlakunya kekurangan bekalan air yang melibatkan hampir ke semua penduduk Lembah Kelang. Krisis ini menyebab
kan kerajaan melakukan catuan air yang dibuat sebelum Sukan Komanwel 1998 di Kuala Lumpur.

Hari ini Empangan Batu menjadi tumpuan pencinta fotografi untuk merakamkan keindahan alam semulajadinya ....menjadi lokasi penggambaran filem dan tidak kurang juga dikunjungi oleh masyarakat sekitar untuk menikmati kesejukan air Sungai Batu yang nyaman.

Apa yang menjadi persoalan di sini adalah...apakah kepentingan penutupan kawa
san ini? Hanya kerana terdapatnya Projek Pemeliharaan Ikan Kelah? Bolehkah ikan kelah hidup di muara sungai sedangkan di pangkal sungai merupakan tempat perkelahan? Hidupkah ikan kelah di air tohor dan kotor? Apa yang lebih menjadi kemusykilan, hari ini, tempat yang diwartakan sebagai tempat larangan ini dilihat telah dijadikan sebagai tempat rekreasi, tempat mandi manda....tetapi hanya untuk orang tertentu sahaja....malahan ada binaan tandas sementara yang disalurkan ke Sungai Batu sisa buangannya....


Haruskah situasi ini dibiarkan berterusan?
Senja - R2
Terdapat juga tempat-tempat rehat di tepi jalan di sepanjang Empangan ini yang di namakan R1, R2 dan R3. Pengguna laluan Sg Tua - Ulu Yam boleh berhenti dan berehat seketika di gazebo yang dibina di tempat-tempat rehat ini. Selain dari menikmati kesegaran udara tasik dan keindahan hutan. Keindahan Sg Tua yang masih belum tercemar tidak diketahui ramai.
Untuk ke sini anda perlu berjalan kaki selama satu jam melalui jalan hutan dan bukit. Tetapi perjalanan anda amat berbaloi kerana anda akan menikmati keindahan Sg Tua...airnya yang jernih, sejuk dan anak-anak ikan berwarna-warni dapat anda lihat hidup tanpa gangguan di sini...
Kami di Riverstone Eco Resort sering mengadakan kerja-kerja pembersihan di sekita
ran dan muara Sungai Batu atau bagi penduduk setempat dikenali sebagai Kampung Bakar Batu. Oleh itu bagi pemancing yang sering ke sini kami ingin menyeru supaya anda menjaga kebersihan dan jangan buang sampah merata-rata. Hargailah keindahan alam sekitar kita. Ingat kita tidak mewarisi alam dan isinya tetapi meminjamnya dari anak-anak kita....





No comments:
Post a Comment
"Sila tinggalkan komentar anda"