NASI AMBENG ISTIMEWA

NASI AMBENG ISTIMEWA
HANYA DI RIVERSTONE ECO RESORT. Hutan Lipur Sungai Tua, Batu Caves, Selangor. 013-2080833, 03-92022672

Monday, March 1, 2010

Xpdc Sungai Tua

Keselamatan diutamakan...mandi-manda sambil makan keropok di tepi tasik Empangan Batu, Cik Seri sibuk menyiang ikan hasil tangkapan Bos dan En Jais.

Ahli rombongan....bercanda ditepian pantai....

Orang kuat Riverstone...En Jais Baki. Sibuk mencari buluh untuk pelbagai kegunaan.

Hah....tu dia Cik Seri...bintang Karaoke Riverstone, tengah menggoreng ikan. Pakai kayu api tu....jenuh nak meniupnya. Tengok lah para yang Bos buat kat sebelah tu.

En Jais memastikan rawai, jaring dan tajur berada dalam keadaan elok.

Keheningan lokasi perkhemahan kami. Indah, tenang dan damai di sini....

Rancangan untuk merentas hutan dan berkhemah di tepi Tasik Empangan Batu telah lama dibincangkan. Lalu pada 16hb Feb lepas, Bos dan En Jais dengan menggunakan kayak telah meninjau-ninjau tempat yang strategik untuk kami jadikan 'port' berkhemah. Sekembalinya Bos dari meninjau, tempat dan lokasi perkhemahan kami telah ditetapkan iaitu di antara muara Sungai Tua dan Sungai Bisul.
Kebetulan pula pada 26 hingga 28hb Feb merupakan minggu cuti panjang sempena Maulidur Rasul, jadi kami warga Riverstone Eco Resort pun terus tak lepaskan peluang keemasan ini. Bos pun dah inform kami semua untuk bersedia. Dengar saja Bos suruh bersedia, Pn Hamidah awal-awal lagi dah pergi beli barang untuk bekalan. Kami yang tinggal terus berkemas barangan yang perlu di bawa. Oleh kerana perkhemahan ini adalah perkhemahan 3 bintang dengan pakej makan 5 kali sehari, maka bateri untuk lampu, dapur gas (portable gas stove), peralatan memancing, jaring dan umpan merupakan antara peralatan yang kami bawa. Seri dari awal lagi dah bagi tau En Jais...bawa set karaoke..
Untuk ke lokasi ini, terdapat dua jalan alternatif untuk dipilih. 'Jungle Trekking' melalui jalan darat akan mengambil masa selama 1 jam. Menaiki bot dengan bayaran RM100 satu trip melalui jalan air mengambil masa hanya 30 minit.....tak penat, tak sakit bahu pikul barang cuma poket je sakit.....tapi anda harus ingat apa pun cara yang anda pilih...ianya adalah suatu perjalanan yang sangat berbaloi....Tiada kata seindah bahasa untuk digambarkan keindahan tempat yang langsung tidak tercemar ini..Keindahan sungai tua dengan jeram-jeram kecilnya..kesejukan air sungai yang jernih, dipenuhi ikan-ikan yang dapat dilihat dan ditangkap dengan menggunakan tangan sahaja....
Kami memilih untuk menggunakan bot pada perkhemahan kali ini, Bos dengan En Jais naik kayak tetapi Trainer kami En Fidzhar dan isteri memilih untuk Jungle Trekking....katanya tak thrill kalau naik bot....tak pe la dia trainer...ini laluan trekking dia...kami yang lain kalau jalan kaki satu jam dengan bawa barang-barang tu semua...semput Bos.
Rombongan kami juga disertai oleh penduduk orang asli tempatan dari Kampung Orang Asli Ulu Batu, antaranya ialah Ri, Mas, Yin-Yin, Adah, June, Zaki, Keng Kung dan tidak ketinggalan juga keluarga Tok Batin - En Deli. "Aji nyap datang khemah aku ya En Deli....."
Sampai di lokasi, kami buat kerja-kerja amal...membersihkan tempat tersebut yang penuh dengan sampah sarap dan juga beg dan botol plastik tinggalan pemancing-pemancing yang pernah datang ke sini. Kita harus ingat kita tidak meninggalkan hutan dan warisan alam semula jadi ini kepada generasi akan datang, tetapi kita meminjam warisan ini dari generasi akan datang. Kalau bukan kita yang menghargai dan mencintai alam sekitar kita....siapa lagi yang akan berbuat demikian...kepada pemancing yang pernah singgah ke sini, sekiranya anda datang lagi...tolong jaga kebersihan tempat ini.
Selesai memasang khemah dan membina pondok untuk memasak, hujan lebat pun turun. Nasib baik la sesampai je ke sini Pn Hamidah terus menanak nasi dengan kayu menggunakan batu sebagai tungku...sempat la nasi kami masak sebelum hujan...Selepas hujan reda Bos yang aku tengok dah macam orang asli gak....kalah En Jais...dah letak pancing keliling kawasan perkhemahan...En Jais pun terkejut...terer Bos...dengan En Jais, Bos pasang jaring, pasang rawai, pasang tajur....wah kalau macam ni la...kenyang makan ikan ni.
Malam pertama kami makan lauk dalam tin dan telur dadar, ikan toman, ikan haruan, ikan mata merah dan banyak la yang aku tak tau namanya yang dah dapat dipancing dan dijaring kami simpan sahaja...sejuk masing-masing malas nak menyiang ikan.
Esoknya lepas sarapan nasi goreng dan sosej, kami menyiang ikan yang ada. Kami makan tengahari dengan ikan goreng dan sotong masak kicap. Pn Hamidah dapat resepi baru dari masyarakat orang asli - Masak Lemak Semomok Ikan Haruan Dengan Umbut Bayas. Ini kalau nak resepi kena la tunggu kalau Pn Hamidah nak publish untuk ruangan Dari Dapur Riverstone nanti....sedap woo.....Nak cerita pasal umbut bayas ni...En Jais ajak Bos cari dalam hutan di seberang sungai dengan kayak...Bos ingat tak masuk ke dalam hutan jadi Bos pun pergi hanya dengan capal, parang di pinggang dan seluar pendek...masuk hutan tu...kalaula putus capal tu Bos.
Dalam pada kami bergembira di dalam hutan...kat resort pulak tak ada orang nak standby....ada pekerja baru, takut pula ditinggalkan...ada staff yang dah agak lama berkhidmat...tak boleh pulak datang cover suasana yang agak tak keruan...Bos pun apa lagi angin la satu badan. Kami la yang jadi mangsa. Nasib baiklah Ulan - adik En Jais telah menyelamatkan keadaan....terima kasih Ulan.
Anak bujang Bos, hero kami Asyraf Faiq pun tak kurang hebatnya. Dia pun sentiasa mengikut E Jais memastikan jaring, rawai dan tajur berada dalam keadaan baik. Ri - banyak mengajar Faiq mengenai pancing, umpan, joran, jenis-jenis ikan, tumbuh tumbuhan dalam hutan, sirih dan juga pinang. Sempat juga la Faiq merasa pinang dan sirih tapi tak sanggup nak telan. Pedas dan kelat.
Masing-masing berat hati nak melangkah pulang. Tapi bila Pn Hamidah kata balik, kami tak boleh nak cakap apa la.....Kami pulang dengan seribu kenangan manis. Keindahan, kedamaian semuanya ada di sini.
Kepada pembaca yang ingin melalui pengalaman ini, hubungi kami di Riverstone Eco Resort. Kami bersedia memberikan pengalaman dan kenangan terindah yang sukar untuk dilupakan.

Sungai Tua

Sungai Tua

Sungai Bisul
S
S
S

No comments:

Post a Comment

"Sila tinggalkan komentar anda"