NASI AMBENG ISTIMEWA

NASI AMBENG ISTIMEWA
HANYA DI RIVERSTONE ECO RESORT. Hutan Lipur Sungai Tua, Batu Caves, Selangor. 013-2080833, 03-92022672

Monday, April 26, 2010

Pilihanraya Kecil Parlimen Hulu Selangor

Mengimbas kembali sepanjang berlangsungnya Pilihanraya Kecil Parlimen Hulu Selangor pada 25hb April 2010 (Ahad).
Saksikan paparan-paparan menarik untuk tatapan semua. Kemeriahan dan kehebatan setiap parti yang bertanding cuba untuk meraih undian.
Calon yang memenangi pertandingan, P.Kamalanathan.


Rai Kemenangan
Najib Tun Razak bersama Muhyiddin Yasin mengangkat tangan calon Barisan Nasional, P.Kamalanathan selepas diumumkan sebagai pemenang pada pilihan Raya Kecil Perlimen Hulu Selangor di pusat Penjumlahan Undi, di Dewan Serbaguna Kompleks Sukan Kuala Kubu Bharu, Hulu Selangor, semalam - BERNAMA

SRJK(C) Kampung Gurney, Hulu Yam Baru.
Menanti pengundi di Sek Agama, Taman Seri Liam.

Hah....ini ADUN mana pulak ni...En Jais rupanya, ni orang kuat Riverstone Eco Resort. Jais ni berasal dari Kampung Orang Asli, Bukit Mancung. Hari ini Jais penuh semangat, tidak ketinggalan menunaikan tanggungjawab 1 Malaysia..

Menuju ke Sekolah Kebangsaan Taman Bunga Raya, MK. Tempat mengundi Jais.


Kemeriahan di Pekan Rasa.

Pekan Rasa

Di Sekolah Kebangsaan Bukit Sentosa.




No comments:

Post a Comment

"Sila tinggalkan komentar anda"