Kem remaja di Riverstone
Oleh KHADIJAH MOHAMAD NOR
PESERTA berpeluang mengikuti pelbagai aktiviti menarik seperti flying fox dan paintball.
--------------------------------------------------------------------
BAGI melahirkan generasi muda yang bersemangat dan mempunyai jati diri yang tinggi, pihak pengurusan Riverstone Eco Resort yang terletak di Ulu Yam, Selangor menawarkan dua program motivasi sepanjang bulan ini.
Dianjurkan buat pertama kalinya, program yang dipanggil Kem Pintar dan Kem Survival Riverstone itu bertujuan untuk menanamkan sikap positif dalam diri golongan remaja.
Menurut pemilik Riverstone Eco Resort, Hamidah Asasaruddin, penganjuran kem tersebut bertujuan untuk membimbing remaja dalam menganalisis diri, mencari kekuatan dan kelemahan yang ada serta mengembangkan potensi serta bakat mereka.
“Di samping itu, modul yang akan diguna pakai mampu untuk menjadikan seseorang remaja itu sentiasa berfikiran positif dan komited terhadap tanggungjawab sebagai pelajar dan anak.
“Sepanjang tiga hari kem ini berlangsung, setiap peserta akan didedahkan dengan keperluan untuk memiliki sahsiah diri, penampilan dan kesihatan yang baik serta menguasai kemahiran berkomunikasi,” ujar Hamidah.
Antara pengisian sepanjang program berlangsung termasuklah permainan simulasi, aktiviti riadah seperti merentas hutan, paintball dan flying fox.
Selain itu, peserta juga akan menunaikan solat secara berjemaah selain mengikuti kuliah Subuh dan Maghrib yang akan disampaikan oleh fasilitator yang berpengalaman.
“Kami harap, penganjuran kem sebegini akan dapat melahirkan remaja yang berkeyakinan, berdedikasi, berdikari, berdisiplin, menghormati orang tua dan mengamalkan nilai-nilai murni dalam kehidupan seharian,” tambah Hamidah yang mencetuskan idea bagi penganjuran kem tersebut.
PESERTA kem mencuba aktiviti paintball di Riverstone Eco Resort.Oleh KHADIJAH MOHAMAD NOR

-------------------------------------------------------
Untuk Kem Pintar, penyertaan terbuka kepada pelajar yang berusia tujuh hingga 12 tahun. Kem ini akan berlangsung pada 14 hingga 16 Mac. Yuran penyertaan sebanyak RM260 seorang dengan setiap peserta akan turut menerima sijil penyertaan dan kemeja T.
Bagi Kem Survival pula, ia akan diadakan pada 18 hingga 20 Mac dengan bayaran penyertaan RM290 seorang. Kem itu terbuka kepada pelajar berusia 13 hingga 19 tahun.
Setiap peserta akan menginap di dorm yang terdapat di resort tersebut. Mereka cuma perlu membawa barang-barang keperluan seperti pakaian yang sesuai sepanjang program, pakaian sukan, kasut, barangan mandian, selimut, tuala, kain pelikat atau kain batik.
Penyertaan terbuka kepada 50 hingga 100 peserta bagi setiap kem. Untuk menjamin keselamatan peserta, mereka akan dilindungi dengan Skim Insurans Kemalangan Berkelompok daripada syarikat insurans berdaftar.
Tarikh tutup penyertaan pada 12 Mac. Untuk maklumat lanjut hubungi Hamidah di talian 012-229 5228.
matlamat tu bagus, tapi aspek 'patuh kepada peraturan keselamatan' dilupa jangan...
ReplyDeletepenggunaan facemask semasa aktiviti paintball adalah wajib - amalan peraturan keselamatan yg diamalkan diseluruh dunia... maka pastikan ianya dipatuhi.. pastikan anak anak kita selamat serta menjamin kesinambungan sukan ini berterusan tanpa masalah.