NASI AMBENG ISTIMEWA

NASI AMBENG ISTIMEWA
HANYA DI RIVERSTONE ECO RESORT. Hutan Lipur Sungai Tua, Batu Caves, Selangor. 013-2080833, 03-92022672

Wednesday, January 5, 2011

Safeguards Securicor - Latihan untuk Pengawal Peribadi

Safeguards Securicor Training Academy memulakan sesi latihan untuk tahun baru dengan menghantar pelatih-pelatih bakal Pengawal Peribadi ke Riverstone Eco Resort pada 31 Dec 2010 dan berakhir pada 2 Jan 2011. Latihan yang melibatkan ketahanan diri dan mental ini mengajar bakal-bakal Pengawal Peribadi ini untuk menjadi pengawal yang berkarisma dan berwibawa.
Mereka juga telah diuji untuk tinggal didalam hutan dalam keadaan sehelai sepinggang, tanpa makanan, api atau pun air. Selain itu pelbagai teknik dan taktik untuk menjadi Pengawal Peribadi yang berkaliber telah ditunjuk ajar oleh jurulatih dalaman dari Safeguard Securicor Academy.

Setiap peserta diberikan peluang untuk menceritakan pengalaman mereka menyambut tahun baru 2011 di dalam hutan.


Untuk menjadi seorang Pengawal Peribadi mereka harus memastikan peralatan yang bakal digunakan selamat dan tidak merbahaya kepada orang yang dikawal.




En Nasaruddin sedang memberikan penerangan teknik melibatkan penggunaan kereta kepada para peserta.




No comments:

Post a Comment

"Sila tinggalkan komentar anda"