NASI AMBENG ISTIMEWA

NASI AMBENG ISTIMEWA
HANYA DI RIVERSTONE ECO RESORT. Hutan Lipur Sungai Tua, Batu Caves, Selangor. 013-2080833, 03-92022672

Wednesday, January 5, 2011

Anak Jawa Malaysia Ngumpul @PWTC Hi-Tea

Anak Jawa Malaysia merupakan sebuah perkumpulan menerusi lawan sosial Facebook. Mempunyai pengikut hampir 8000 orang yang pada amnya berketuruan jawa Malaysia. Riverstone Eco Resort telah dijadikan sebagai tempat perjumpaan (home ground) perkumpulan ini yang juga secara kebetulan Pengurus Besar kami Pn Hamidah Asararuddin merupakan Setiausaha perkumpulan yang di terajui oleh Dr Hj Mohd Ismail Maulut ini.
Baru-baru ini sempena menyambut bermulanya tahun baru 2011, Anak Jawa Malaysia telah mengadakan perjumpaan dengan tema Ngumpul@PWTC pada 1 hb Januari 2011.
Seramai 60 orang ahli telah menghadiri majlis yang diserikan dengan kehadiran Pn Hjh Latiffah Sidek selaku pengacara pada petang tersebut. Majlis ngumpul juga menyaksikan persembahan ZNizam Mahfuz, dan Anuar Pairan dengan petikan gitar 'unplugged' memainkan beberapa lagu, pantun jawa oleh Saro Pahsa dan juga tidak ketinggalan lawak jawa oleh Tn Hj Sani Marlan. Selain itu, beberapa ahli yang aktif telah menerima penghargaan dari Presiden, atas sumbangan dan sokongan padu yang diberikan kepada Anak Jawa Malaysia.
Yang lebih mengasyikkan, pengacara majlis juga menggunakan bahasa jawa sepanjang perjalanan majlis tersebut. Tidak jawa hilang di Malaysia........

Ucapan alu-aluan dari Presiden - Dr Hj Mohd Ismail Maulut.


Antara ahli yang hadir bersama Creator - Pn Yanni Sharif.


No comments:

Post a Comment

"Sila tinggalkan komentar anda"