NASI AMBENG ISTIMEWA

NASI AMBENG ISTIMEWA
HANYA DI RIVERSTONE ECO RESORT. Hutan Lipur Sungai Tua, Batu Caves, Selangor. 013-2080833, 03-92022672

Wednesday, April 14, 2010

Sajian enak resipi ibu di RIVERSTONE

Berita Harian. Rabu, 14 April 2010

Sajian enak resipi ibu di
RIVERSTONE


Resort (RER) yang terletak berhampiran Empangan Batu, Hutan Lipur Sungai Tua, Ulu Yam Selangor.

Lokasi ini amat sesuai bagi bagi warga kota yang mahu menikmati Kedamaian alam semula jadi sambil merehatkan diri sejenak daripada kesibukan kota.

RER sering menjadi pilihan individu serta syarikat korporat untuk mengadakan pelbagai aktiviti riadah selain ada yang berkunjung semata-mata mencari kelainan merasai pengalaman baru makan di Restoran D'River dalam suasana ala kampung.

Hiasan landskap ala kampung dengan chalet yang berlantai buluh dan berdindingkan kayu membuatkan Riverstone memberikan kelainan bagi mereka yang tidak pernah merasai suasana sedemikian.

Tarikan utama pelanggan ke RER ialah Restoran D'River yang menyediakan pelbagai juadah masakan Melayu tradisional. Pengunjung yang pertama kali menjejakkan kaki ke RER pasti teruja kerana merasai pengalaman baru menikmati hidangan di pinggiran hutan yang memberikan kelainan dari segi suasana. Antara menu disediakan ialah ikan patin masak tempoyak, pecel lele, jantung pisang masak lemak cili api dan keli goreng berlada.

Selain itu, pengunjung boleh menikmati daging bakar dan air asam, daging salai lemak cili api, terung goreng berlada, sambal goreng kampung dan pajeri nenas.
RER
Hamidah berkata, beliau memilih untuk menyediakan masakan ala Jawa dan ala kampung kerana menu itu mempunyai peminat tersendiri selain sesuai dengan konsep resort yang bercirikan alam semula jadi sekali gus mengimbau mereka kepada nostalgia kehidupan di kampung halaman.
RER
Semua resipi adalah ciptaan saya sendiri dibantu beberapa tukang masak. Masakan kampung D'River mempunyai kelainan tersendiri selain memelihara citarasa tradisional yang pastinya memikat hati pengunjung", katanya.
RER
Selain patin tempoyak, ada banyak lagi menu tarikan dan pilihan seperti pecal lele (ikan keli), ayam masak lemak cili api, semur daging, sambal goreng dan terung goreng berlada. Semua sajian kampung ini bertambah lengkap dengan ulam-ulaman kampung, sambal belacan dan ikan masin.
RER
Tidak lupa juga, satu lagi munu D'River Cafe yang popular ialah tempe goreng dan tauhu sumbat. Sebagai juadah sampingan, pengunjung disajikan snek tradisi seperti cekodok, pisang goreng dan roti jala.
RER
Terbaru di Riverstone Eco Resort, pelanggan boleh menikmati minuman Wedang Sere yang dijual pada harga RM5 segelas besar.Minuman kesihatan ini berasaskan herba antara khasiatnya adalah untuk melancarkan peredaran darah,penghadaman, membuang angin dan mengurangkan tahap kolesterol di dalam darah, juga mehilangkan rasa loya dan kurang selera.
RER
Hamidah berkata, minuman ini dihidangkan dalam bentuk suam kerana jika dicampur ais akan mehilangkan khasiatnya.
RER
"Resepi minuman istimewa ini diperoleh di Yogjakarta dan saya tertarik melihat cara sajiannya yang menarik,"katanya yang menyusahakan RER bersama suami, Mohamed Ashari Sidek.
RER
Bagi yang belum pernah ke sana dan berhasrat untuk menghabiskan hujung minggu di RER, anda boleh menggunakan Lebuh Raya Lingkaran Tengah Dua (MRR2), atau menyusuri Jalan Kuching menuju ke Batu Caves. Ambil susur keluar ke arah Ulu Yam di Kuil Sri Subramaniyar Swami, Batu Caves dan ikut papan tanda ke arah Hutan Lipur Sungai Tua,Ulu Yam.
RER RER

Wedang Sere

http://riverstoneecoresort.blogspot.com/2010/04/istimewa-hari-ini.html


Restoran Kami

http://riverstoneecoresort.blogspot.com/2010/04/restoran.html

2 comments:

  1. sebagai seorang yg berketurunan jawa saya berasa bangga akan makanan yg disediakan disini.saya akan pergi kesana ngan family saya terima kasih

    ReplyDelete
  2. Ich verstehe nicht einmal, wie ich hier fertig bin, aber ich fand das großartig. Ich verstehe nicht, wer du sein könntest und du bist ein bekannter Blogger, wenn du nicht schon Prost bist!

    ReplyDelete

"Sila tinggalkan komentar anda"