NASI AMBENG ISTIMEWA

NASI AMBENG ISTIMEWA
HANYA DI RIVERSTONE ECO RESORT. Hutan Lipur Sungai Tua, Batu Caves, Selangor. 013-2080833, 03-92022672

Tuesday, June 22, 2010

Laman Herba - Belimbing Buluh


Belimbing Buluh

Belimbing Asam
Averrhoa belimbi.




Merupakan antara tumbuhan herba yang banyak digunakan untuk perubatan tradisional. Berasal dari Malaysia dan Indonesia. Pokok belimbing ini sesuai ditanam sebagai pokok teduhan di halaman rumah. Pokok ini juga senang membesar dan rendang serta banyak di dapati di kampung-kampung dan kawasan perumahan. Buahnya berbentuk kecil dan empat segi panjang. Selain untuk perubatan buah belimbing buluh banyak digunakan di dalam masakan orang Melayu, sama ada sebagai penyedap rasa dan juga penghilang hanyir.

Buah belimbing buluh juga boleh merawat penyakit darah tinggi, kencing manis dan pitam. Ia juga berkesan untuk melicinkan kulit serta mengatasi masalah jerawat, dan batuk.

1. Darah tinggi, kecing manis dan pitam - beberapa biji buah belimbing buluh dikisar dan airnya diminum pada waktu pagi dan petang.

2. Batuk - beberapa biji buah, daun dan bunga belimbing dalam jumlah yang sama banyak direbus sehingga mendidih dan diminum setiap pagi.

3. Jerawat dan melicinkan kulit - beberapa biji buah belimbing diparut, campurkan sedikit air dan garam dan disapukan ke muka.

Namun demikian, kajian saintifik menunjukkan bahawa buah belimbing buluh mengandungi kandungan oksalat yang tinggi. Kandungan oksalat yang terlalu tinggi di dalam badan boleh menyebabkan penyakit karang pada saluran kencing.

Selain buah daunnya juga boleh digunakan untuk merawat demam panas dan beguk juga untuk menguruskan badan.

1. Demam panas - beberapa helai daun belimbing buluh diramas dengan air. Letakkan ramasan daun tadi ke dalam kain dan digunakan untuk mendemah kepala sehingga panas itu berkurangan.

2. Beguk - beberapa helai daun belimbing buluh ditumbuk bersama bawang putih dan ditampalkan di tempat yang sakit.

3. Menguruskan badan - ambil 2 atau 3 helai daun belimbing direbus dan diminum setiap hari.

Sementara untuk masakan pula, buah belimbing buluh sering digunakan untuk masakan ikan sungai, masak lemak , sambal, masak tauchu dan pelbagai lagi. Ia juga digunakan untuk menggantikan asam jawa dan asam keping di dalam masakan.


No comments:

Post a Comment

"Sila tinggalkan komentar anda"