
 


 memperolehi sebuah pelita yang cantik, unik dan boleh tahan juga mahalnya. Aku tak lepaskan peluang untuk membeli belah di PGS..tak banyak pun sekadar beberapa helai baju batik dan beberapa pasang kain ela dan kebaya untuk anak dara Natasha Atiqah....(semasa artikel ini ditulis Natasha berada di Sarawak untuk menjalani latihan PLKN di Kem Puncak Permai, Bau, Kuching, Sarawak.......Yang, mama rindu sangat).
erdapatnya kilang rokok Kretek dan Djarum. Selain itu Kudus juga dikenali dengan penghasilan Dodol. Seperti di Malaysia, dodol biasa dan dodol durian juga ada di sini, terdapat juga dodol kacang tanah, dan dodol sirsat (dodol dari buah durian belanda). Semuanya sedap...
 jawa...maka adalah perkataan-perkataan tidak enak yang terkeluar dari mulut peminta sedekah ini apabila kami tidak mengendahkan mereka....tutup telinga saja la.
 hutan ini diteroka dan dijadikan kampung.
sahaja untuk membeli buah Salak. Tidak seperti selalu, aku akan membawa ahli rombongan memetik sendiri buah salak dari kebun. Makan malam di Restoran Sintawang...dan terus ke Hotel Santika Premier Jogjakarta, yang merupakan hotel penginapan kami.
juadah tradisi masyarakat jawa yang diperbuat dari pulut dan kelapa yang ditumbuk lumat dan dipotong kecil-kecil. Oleh kerana rasaya lemak Jadah sesuai dimakan dengan Wajik yang rasanya manis. Bagi masyarakat tempatan di sini, Jadah dan Wajid dimakan bersama Tauhu dan Tempe Bacem. Di kalangan masyarakan Jawa di Malaysai ni Jadah hanya akan ditemui semasa majlis perkahwinan yang biasanya dihidangkan kepada orang kampung yang datang menolong.




Kampung Selabak....Kampung Ku, terletak 4 kilometer dari Bandar Teluk Intan iaitu di Jalan Changkat Jong. Di huni oleh seramai 6 ribu orang penduduk dan terdiri dari beberapa suku kaum seperti Jawa, Banjar, Siam, Cina dan India. Suka Jawa menguasai 70% jumlah penduduk di sini.
Menurut cerita penduduk tua di kampung ini, Kampung ini telah dibuka sekitar tahun 1912 dan kampung ini dikenali sebagai Tebuk Jagus. Ia dibuka oleh sekumpulan pekerja-pekerja Ladang Selaba iaitu ladang getah yang bersempadan dengan kampung ini. Pada tahun 1917 nama kampung ini telah ditukar kepada Kampung Selabak bersempena dengan nama Ladang Selaba tersebut yang juga merupakan tempat kebanyakkan penduduk kampung ini bekerja.
Pertanian merupakan hasil utama Kampung Selabak. Nenas dan Kampung Selabak merupakan gandingan yang tidak dapat dipisahkan. Nenas dari kampung ini terkenal dengan rasanya yang manis dan keharuman baunya. Hasil pertanian lain pula adalah seperti, rambutan, cempedak, nangka dan durian yang juga merupakan antara tanaman yang diusahakan di sini.
Dari awal penubuhannya sehingga kini Kampung Selabak mempunyai seramai 9 orang Ketua Kampung. Perlantikan pertama Ketua Kampung telah diadalah pada tahun 1920.
Berikut merupakan senarai Ketua Kampung Selabak dari tahun 1920 sehingga kini.
1. 1920 Allahyarham Tn Hj Hassan
2. 1925 Allahyarham Ariffin Hassan. Merupakan anak kepada Tn Hj Hassan.
3. 1933 Allahyarham Asbollah Ibrahim
4. 1938 Allahyarham Hj Mohd Rafie Sumo. Hj Mohd Rafie merupakan datuk kepada penulis.
5. 1958 Allahyarham Hj Ahmad Sidek Bin Hj. Asiff.
6. 1962 Allahyarham Hj Husin Hj Rafie. Beliau merupakan anak kepada Hj Mohd Rafie.
7. 1998 Hj Mohd Zin Yunus.
8. 2009 Hj Khiruddin Hj Abd Hamid.
9. 2010 Hj Mohd Zin Yunus.
 Seperti juga kampung-kampung lain, Kampung Selabak terus maju dan makmur. Pertambahan penduduk membuatkan pelbagai keperluan asas dan kemudahan diwujudkan di sini. Oleh kerana 90% penduduk Kampung Selabak adalah beragama Islam, maka masjid perlu didirikan di sini.Manakala sekolah pertama di kampung Selabak pula dibina pada tahun 1948 dan dikenali sebagai Sekolah Umum Selabak. Allahyarham Cikgu Ngah b Mohd Sarif merupakan Guru Besar pertama sekolah ini. 
Lirik lagu Sekolah Umum Kampung Selabak.
Hidup Agama
Hidup Bangsaku
Hidup Pemuda
Di majlis Ilmu
Jaamatundiniah kekal dan maju
Mudah-mudahan Allah membantu.
Madrasah Atarbiatudiniah telah dibuka pada tahun 1955, merupakan Sekolah Agama pertama di Kampung Selabak.
Selaras dengan peredaran masa, Kampung Selabak turut merasai demam A-Go-Go dan Pop-Yeh-Yeh, pada tahun 1963 Kumpulan Kugiran, Pemuda Ria Kampung Selabak telah ditubuhkan. Dengan tertubuhnya Pemuda Ria Kampung Selabak, kugiran yang dianggotai oleh anak-anak muda kampung ini, menjadi tarikan dan sering menyerikan majlis-majlis keraian kampung-kampung berhampiran.
Pada awal tahun 1960an, Sekolah Kebangsaan Selabak telah didirikan untuk menggantikan sekolah lama yang telah uzur. Sekitar tahun 1960an ini jugalah didirikan Kelinik Desa dan Dewan Orang Ramai di Kampung Selabak. Penganjuran majlis juga mula mengambil tempat di Kampung ini apabila Majlis Musabaqah Membaca Al-Quran pertama telah diadakan sekitar tahun 1960an juga.
Membawa kepada awal tahun 1970an, aktiviti sukan dan rekreasi mula mengambil tempat di kalangan muda-mudi kampung. Barisan pemudi kampung telah menubuhkan pasukan bola jaring dan pernah menjadi juara peringkat daerah. Antara perlawanan yang pernah diadakan di sini adalah perlawanan dengan pasukan bolajaring dari Ayer Hitam.
Pada tahun 1975, bermulalah era penanaman Kelapa Sawit bagi menggantikan tanaman Nenas di Kampung Selabak. Kebanyakkan penduduk kampung mulai menggantikan tanaman Nenas kepada tanaman Kelapa Sawit.
Menuju era 1980an sehingga kini, Kampung Selabak kian cemerlang. Kian ramai anak Kampung Selabak meraih kejayaan yang menjadi kebanggaan orang kampung. Ramai anak kampung yang namanya meniti bibir setiap warga Kampung Selabak bila berkumpul semasa 'medang'.
Bahan-bahan dan gambar untuk artikel Kg Selabak - Kampung Ku ini merupakan dari koleksi peribadi anak Kampung Selabak - Mohamed Ashari Sidik (Pemilik Riverstone Eco Resort). Beliau telah mula mengumpul maklumat dan gambar-gambar mengenai Kampung Selabak sejak dari tahun 1989. Beliau juga pernah membuat pameran solo, Pameran Fotografi Sejarah Kampung Selabak di Sekolah Kebangsaan Selabak pada tahun 1989.
Pada tahun 1995, sekali lagi beliau telah membuat pameran solo, Pameran Fotografi Sejarah Kampung Selabak di Sekolah Kebangsaan Selabak.
Peristiwa silam muda mudi,
Jadi kenangan hingga kini,
Potret dipamer mengimbau memori,
Kisah indah dalam diari.




 Pelita ini merupakan koleksi peribadi tuan kedai. Semasa ditanya harganya tuan kedai ni memberikan jawapan tidak untuk dijual. Setelah ditanya berkali-kali, akhirnya tuan kedai kata, "kalau bapak mahu harganya rp750.000" Pucuk dicita ulam mendatang, Bos pun terus setuju...rasanya menyesal juga tuan kedai tu.



 Asararuddin Hj Rafie, bersama pisang 3 jantung hasil tanamannya. 


Persatuan Dyslexia Malaysia telah menganjur perkhemahan yang disertai oleh 3 buah cawangannya pada 4 - 5 June 2010 di sini. Perkhemahan yang disertai oleh 80 orang pelajar dan 14 orang guru ini disertai oleh Presiden Persatuan, Pn Sariah Amirin. Aktiviti Flying Fox, Obstacle, Sukaneka dan Explore RER Race merupakan aktiviti yang telah dipilih untuk disertai oleh setiap pelajar yang mengikuti perkhemahan ini.
Masing-masing kecut perut menunggu giliran untuk bermain flying fox...tak cuba tak tau lagi...dah cuba mesti nak lagi.. 
 Flying Fox......seronoknya. Mula-mula tak nak naik.....ada juga yang menangis walau pun setelah sampai ke seberang...tak kurang yang bertanya fasilitator, "boleh tak saya nak naik sekali lagi?"...........Selamat Menyambut Hari Keputeraan DYMM Yang Di Pertuan Agong Malaysia Ke 13
05.06.2010
Duli Yang Maha Mulia Al-Wathiqu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin Ibni Al-Marhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah Sri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong
-
.jpg)

