NASI AMBENG ISTIMEWA

NASI AMBENG ISTIMEWA
HANYA DI RIVERSTONE ECO RESORT. Hutan Lipur Sungai Tua, Batu Caves, Selangor. 013-2080833, 03-92022672

Sunday, May 9, 2010

Selamat Hari Ibu

Happy Mother's Day


Happy Mother's Day!
SELAMAT HARI IBU
Dari: Riverstone Eco Resort

Friday, May 7, 2010

Pameran perceraian

-
-
MILAN 6 Mei - Buat pertama kali Itali menganjurkan pamiran perceraian dengan menawarkan khidmat bimbingan kehidupan dan nasihat kecantikan kepada sejumlah besar pasangan yang bercerai di negara yang majoriti penduduknya penganut agama Kristian Katolik.
-
Menurut pengajur, Franco Zanetti, pamiran di Milan dari 8 hingga 9 Mei itu bertujuan membantu pasangan yang bercerai memulakan kehidupan baru.
-
Antara khidmat yang disediakan termasuk perancangan perceraian di negara itu meningkat setiap tahun, menurut agensi statistik Itali, ISTAT. -REUTERS
-
-
Gambar Hiasan: Milan, Itali, Europe : Exterior of the Doumo di Milan

Gambar Hiasan: The Cathedral,s Roof, Milan Italy. by. byrdepix


Thursday, May 6, 2010

d' art of PELITA


Pelita. Lampu Minyak Tanah/Karosene Lamp


Pelita...nostalgia kehidupan. Sejak mula mengenali dunia, pelita ini telah mula kukenali. Kehidupan di kampung di awal tahun 1960an, masih mundur, tiada kemudahan asas, hanya pelita inilah yang menerangi malam. Rata-rata semua penduduk kampung kala itu menggunakan pelita ini.

Pelita minyak tanah yang diperbuat dari tin ini boleh dibeli di kedai peralatan dapur di pekan Teluk Intan (Teluk Anson waktu itu). Sumbunya daripada tali guni, kalau dah kehabisan tali guni, kain batik buruk pun boleh dipintal untuk dijadikan sumbu.

Ada juga pelita jenis ini yang berkaki. Pelita berkaki mudah dibawa dan dipegang...lagi pun tak panas. Biasanya pelita yang tidak berkaki perlu disangkutkan dengan paku di dinding atau pun di lapik di atas tin supaya agak tinggi dan cahayanya dapat menerangi kawasan yang lebih luas.


Pelita minyak tanah


Pelita minyak tanah versi berkaki.....setelah lampu gasoline diperkenalkan, pelita minyak tanah masih tetap digunakan dengan meluas.



d'art of PELITA

Tuesday, May 4, 2010

Selamat Datang Ke Riverstone Eco Resort


SELAMAT DATANG KE
RIVERSTONE ECO RESORT


Menjejakkan kaki ke Riverstone Eco Resort pasti tidak sempurna sekiranya tidak bersantai seketika di ruang Lobi kami. Lobi yang luas ini dilengkapi dengan meja dan kerusi berukiran dari kayu jati, juga anda boleh menonton tv di sini.

Bahagian belakang lobi ini menempatkan restoran kami, sementara di bahagian pintu masuk terdapat kolam yang menempatkan ikan talapia merah, dan disisi kanan lobi terdapat kolam yang menempatkan ikan kap jepun.



RUANG LOBI DAN RECEPTION














TERIMA KASIH

Monday, May 3, 2010

Keunikan Gazebo di Riverstone Eco Resort








Uniknya sebuah GAZEBO di tengah-tengah kawasan resort ini adalah dari segi binaannya. Berkonsepkan melayu tradisional, menggunakan atap rumbia, siling daripada buluh dan berlantaikan papan. Dua batang kayu lama, salah satunya telah tertimbus puluhan tahun dalam tanah dan sebatang kayu lagi telah lama terendam di dalam sungai dijadikan sebagai dua tiangnya. Sementara tiang yang lain menggunakan kayu biasa.
_
Pada asalnya, gazebo ini dulu adalah sebuah pondok jaga durian. Namun begitu Bos masih tidak merobohkannya, tetapi digunakan untuk tempat berehat..akhirnya Bos mengambil keputusan untuk membina gazebo di sini kerana lokasinya yang menarik, ditengah-tengah kawasan resort.
-
Menambah keunikannya, gazebo ini dilengkapi dengan bilik mandi moden di bahagian sisinya. Gazebo ini sering ditempah untuk acara-acara persendirian, seperti sambutan harijadi, perbincangan dan juga makan malam keluarga. Selain itu Gazebo ini juga sering ditempah untuk dijadikan tempat penginapan kepada seorang ahli perniagaan ternama sepanjang percutian di sini. Bukan apa, untuk mengimbau kenangan semasa tinggal di kampung dan merasai keindahan malam di dalam hutan......
-
Selain itu rakan baik GM kami dari Poland akan menggunakan Gazebo ini setiap kali berkunjung ke sini. Siap dengan makan minum sekali kat sini, menu utama kerabu mangga dan kerabu kacang botol....
-
Memang tenang dan nyaman tidur di sini...bertemankan keindahan cahaya bulan dan suram malam, angin sepoi-sepoi bahasa mendengar nyanyian cengkerik.....anda pasti akan teruja. Untuk bermalam di sini anda hanya akan diberikan tikar, bantal dan selimut. Tiada tilam empuk menanti anda di sini.
-
-
Harga : RM320.oo semalam.

Saturday, May 1, 2010

Beriadah sambil nikmati alam semula jadi di RIVERSTONE

Gambar: Riverstone Eco Resort


Keratan Akhbar Berita Harian 1Klassifieds Sabtu 1 Mei 2009
-------------------------------------------------------------------

-------------------------------------------------------------------
MAJU RIVERSTONE ... HIDUP RIVERSTONE.....

Hujung minggu pastinya menjadi saat yang paling dinantikan oleh setiap ahli keluarga kerana inilah waktunya untuk kita berkumpul dan bersantai bersama bagi mangeratkan hubungan kekeluargaan.

Pelbagai aktiviti disusun bagi memastikan hujung minggu berlalu dengan indah dan meninggalkan kenangan manis buat seisi keluarga. Ada yang memilih untuk melepak di rumah dan ada yang keluar berkelah atau bercuti di tempat peranginan berhampiran.

Bagi warga kota yang ingin bersantai tetapi tidak mahu keluar jauh dari Kuala Lumpur atau Selangor, anda boleh menghabiskan hujung minggu di Riverstone Eco Resort yang terletak di Hutan Lipur Sungai Tua, Ulu Yam berhampiran Batu Caves.

Di Riverstone, anda sekeluarga boleh menghabiskan masa dengan mengadakan aktiviti rekreasi dan riadah serta menikmati hidangan enak di Restoran D'River yang menyediakan pelbagai resepi masakan ibu sehingga membuatkan anda terasa bagaikan pulang ke kampung.

Apa salahnya jika anda beramai-ramai mencuba palbagai aktiviti lasak seperti Merentas Hutan, Merentas Sungai, Flying Fox, Abseiling dan Repailing, Berakit, Rempuh Halangan, Kembara Riverstone Race, Paintball, Perang Berapi dan Jalan Malam.

Bagi yang mahukan aktiviti ringan anda boleh mencuba kehebatan bermain Bola Baling, Menyumpit, Menembak Sasaran dan Memanah atau mengadakan Sukaneka.

Merentas hutan adalah antara aktiviti yang menarik untuk dicuba dan menjadi pilihan mereka yang sukakan aktiviti lasak. Aktiviti ini biasanya akan disertai oleh jurulatih bertauliah dan jurupandu jalan bergantung kepada jumlah peserta yang menyertainya.

Pelanggan boleh memilih untuk melakukan beberapa jenis aktiviti merentas hutan yang disediakan sama ada di sekitar kawasan resort atau pun meneroka lebih jauh ke dalam hutan. Merentas hutan ke Sungai Tua adalah antara lokasi yang sering menjadi pilihan. Mengambil masa sejam perjalanan pergi dan sejam perjalanan balik, peserta boleh bermandi-manda di Sungai Tua yang indah, sejuk dan tidak tercemar.

Ketika merentas hutan, anda boleh melihat pelbagai flora dan fauna yang menarik, suasana kehijauan alam semulajadi yang indah, singgah sebentar di perkampungan orang Asli Empangan Batu seterusnya mendaki puncak bukit untuk melihat pemandangan Kuala Lumpur dengan jelas.

Kadar harga yang dikenakan untuk setiap aktiviti adalah berpatutan dan yang penting anda merasai suasana berbeza apabila melakukan riadah di dalam hutan. Bagi yang berasal dari kampung dan sudah lama meninggalkan desa demi mengejar tuntutan kehidupan dan kerjaya, berada di Riverstone Eco Resort pasti mengimbau nostalgia zaman kanak-kanak anda.

Sebaik menjejakkan kaki di perkarangan Riverstone Eco Resort, lobi yang luas dengan hiasan landskap ala kampung menyambut mesra ketibaan anda. Deruan air sungai berhampiran dan kicauan burung serta unggas rimba memberi ketenagan semula jadi yang tidak anda temui di bandar.

Kocakan ikan koi berwarna kuning keemasan di kolam bersebelahan Restoran D'River membuatkan anda singgah sebentar untuk melihat kelincahan ikan berenang sebelum menuju ke restoran untuk menikmati pelbagai hidangan enak.

Jika kebetulan anda berkunjung kesini pada musim buah-buahan, anda bernasib baik kerana dapat menikmati durian, manggis, jering, pulasan, cempedak dan mangga.

Menjelang senja, bunyi-bunyian unggas rimba dan burung menjadi lebih meriah. Bagi mereka yang berhasrat untuk bermalam, disini terdapat resort kayu dan chalet buluh.

Memulakan operasi sejak 2002, Riverstone Eco Resort menawarkan pelbagai pakej untuk Rekreasi, Team Building, dan Motivasi selain sesuai untuk menganjurkan Majlis Jamuan Makan Malam, Ulang Tahun Perkahwinan, Reunion dan pelbagai lagi.

Untuk maklumat lanjut ,anda boleh melayari riverstoneecoresort.blogspot.com atau menghubungi 03-92004181/03-92872872/013-2080833.

Jadi apa tunggu lagi? Rasailah pengalaman menarik menerokai keindahan alam ini.


Rimba Paint Ball
http://riverstoneecoresort.blogspot.com/2010/01/paintball-safeguard-securicor-academy.html




Selamat Hari Pekerja

Kami mengucapkan Selamat Hari Pekerja kepada : Kakitangan Etika Sihat Sdn Bhd, Net Tiara Sdn Bhd, Hitech Field Sdn Bhd, Riverstone Eco Resort, Eshorich Trading dan seluruh warga Malaysia.

SELAMAT HARI PEKERJA