Buffet Ramadhan di Riverstone merupakan antara acara tahunan yang dinantikan oleh pengunjung setia kami. Seperti biasa hidangan yang akan disajikan adalah Ikan Patin Masak Tempoyak, Ikan Masak Asam Pedas, Kerabu Daun Silom, Kerabu Telur juga Daging Masak Semur, Ayam Panggang Wak Kenny, Tempe Goreng Berempah dan juga Laksa Teluk Intan.
Kali ini kami akan menambahkan Nasi Ambeng yang merupakan makanan khas restoran kami di dalam hidangan berbuka puasa. Cuma kali ini Nasi Ambeng tidak akan dihidangkan di dalam talam sebaliknya akan dihidangkan di dalam pinggan. Masih mengekalkan lauk-lauk asal, pelanggan boleh menikmati Nasi Ambeng yang akan disertai oleh Ayam Masak Kicap, Serunding, Sambal Goreng, Sayur Kacang, Mee Goreng dan Ikan Masin.
Jangan lupa kunjungi kami dari 3 Ogos hingga 28 Ogos untuk menikmati Nasi Ambeng terbaik dari kami. Hubungi 03-92004181/03-92872672/013-2080833 untuk tempahan. Harga dewasa RM40.00 nett dan kanak-kanak RM20.00 nett (4-12 tahun).
No comments:
Post a Comment
"Sila tinggalkan komentar anda"