NASI AMBENG ISTIMEWA

NASI AMBENG ISTIMEWA
HANYA DI RIVERSTONE ECO RESORT. Hutan Lipur Sungai Tua, Batu Caves, Selangor. 013-2080833, 03-92022672

Friday, July 22, 2011

Buffet Ramadhan di Riverstone Eco Resort

Ramadhan datang lagi.......seperti tahun-tahun lepas, tahun ini Riverstone Eco Resort juga akan menyediakan sajian untuk Buffet Ramadhan. Bermula dari 3 Ogos hingga 28 Ogos pelbagai juadah yang meliputi 50 sajian akan dihidangkan untuk berbuka puasa. Lebih istimewa lagi pada tahun ini Nasi Ambeng yang amat sinonim dengan Riverstone Eco Resort akan menjadi salah satu juadah untuk berbuka puasa.

Nasi Ambeng Selabak akan disajikan dengan Ayam Masak Kicap Kidul, Sambal Goreng Wetan, Mee Goreng Kulon, Serunding Kelapa Lhor, Sayur Kacang Njero dan juga Ikan Masin. Bezanya kali ini Nasi Ambeng yang biasanya dihidangkan di dalam talam akan dihidangkan di dalam pinggan.

Rasai keenakan Pecel Mbah Wedok, Daging Semur Mbah Lanang yang mengujakan dan Ayam Panggang Wak Kenny yang menyelerakan......

Selain menyajikan makanan berunsurkan masakan jawa, pengunjung tetap akan dapat menikmati hidangan biasa kami seperti, Ikan Patin Masak Tempoyak, Ikan Asam Pedas, tidak ketinggalan juga Kerabu Daun Selom, Kerabu Telur, Acar Timun dan juga Tempe Goreng Berempah.


Antara juadah enak yang menanti pengunjung

Pecel Mbah Wedok

Kerabu Daun Selom Riverstone


Laksa Teluk Anson

Sambal Goreng Wetan

Pengunjung juga akan disajikan dengan Laksa Teluk Anson, laksa ini amat istimewa kerana kuah laksa ini tidak menggunakan cili kering, tetapi menggunakan cili api. Dan sudah tentu kuahnya pun tidak berwarna merah...sebaliknya berwarna putih. Pasti anda tidak akan melepaskan peluang untuk merasai laksa ini.

Bubur Pulut Hitam, Kolak Pisang, Sagu Gula Melaka, pelbagai kek dan kuih serta buah-buahan menjadi hidangan pencuci mulut. Tidak ketinggalan juga Tea Tarik dan ABC.

Kunjungi Riverstone Eco Resort untuk merasai keenakan juadah kami, dengan harga RM40.00 nett untuk dewasa dan RM20.00 nett untuk kanak-kanak dari umur 4 -12 tahun. Hubungi talian 03-92004181 atau 013-2080833 untuk tempahan.

Selain hidangan-hidangan ini, kami juga menyediakan hidangan istimewa pada setiap hari Isnin hingga Khamis iaitu Kambing Panggang dan hidangan Wedang Serey setiap hari Jumaat hingga Ahad.


No comments:

Post a Comment

"Sila tinggalkan komentar anda"