Seperti tahun-tahun lepas tahun ini Riverstone Eco Resort sekali lagi meraikan Ramadhan al-Mubarak dengan mengadakan Buffet Ramadhan bermula dari 13 Ogos sehingga 7 September 2010. Menerima tempahan dan kunjungan dari pelanggan tetap merupakan antara yang paling menggembirakan bagi kami di Riverstone Eco Resort.
Menyediakan hampir 60 jenis hidangan berbuka puasa yang lazat yang mana keseluruhannya tema pada kali ini adalah lebih kepada masakan Jawa. Antara menu yang disajikan adalah, Pecel Lele, Daging Semur, Sambal Goreng, Ayam Masak Merah, Patin Tempoyak, Masak Lemak Rebung, Kerabu Kacang Botor, Serunding Kelapa, Pecel, U'krok, Tiwol, Bubur Candil, Kolak Pisang, Bubur Kacang Hijau, Soto, ABC...dan berbagai lagi.
Sepanjang Ramadhan ini juga kami menerima kunjungan dari Krew TV9 untuk program Jom Berbuka dengan Sharifah Shahirah sebagai host rancangan. Riuh rendah Riverstone dibuatnya petang itu. Slot kami telah ditayangkan pada 5 September 2010. Terima kasih TV9.
Selain itu kami juga menerima kunjungan dari Dafi (AF) dan keluarga serta Dato Hassan Azhari dan keluarga. Riverstone juga tidak ketinggalan menerima tempahan dari Pejabat Daerah Kuala Kubu juga Anak-Anak Jawa Malaysia - perkumpulan dari Laman Sosial Facebook.
Apa yang amat membanggakan kami adalah ramai di antara tetamu yang hadir sepanjang bulan Ramadhan ini mengulangi kunjungan mereka ke sini sekurang-kurangnya untuk kali ke dua. Menurut mereka masakan ala kampung dan suasana sekitaran amat mendamaikankan dan membangkitkan nostalgia suasana kampung..... Enak menjamu selera
Tetamu boleh memilih untuk duduk bersila atau duduk di kerusi. Restoran yang boleh memuatkan sehingga 250 orang ini sentiasa dipenuhi pelanggan terutamanya semasa hujung minggu. Tempahan awal memang digalakkan. Pernah pada satu hujung minggu keseluruhan tempat duduk bersila dan kerusi telah penuhi pelanggan sehinggakan ruang lobi terpaksa digunakan untuk beberapa tetamu yang hadir tanpa membuat tempahan awal.
Tetamu boleh memilih untuk duduk bersila atau duduk di kerusi. Restoran yang boleh memuatkan sehingga 250 orang ini sentiasa dipenuhi pelanggan terutamanya semasa hujung minggu. Tempahan awal memang digalakkan. Pernah pada satu hujung minggu keseluruhan tempat duduk bersila dan kerusi telah penuhi pelanggan sehinggakan ruang lobi terpaksa digunakan untuk beberapa tetamu yang hadir tanpa membuat tempahan awal.
Pn Hamidah bersama Sharifah Shahiran dan Ijoi.
Kepada semua pelanggan kami sepanjang Buffet Ramadhan, Riverstone Eco Resort mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan ribuan terima kasih atas sokongan anda semua. Dan atas sokongan ini juga kami akan meneruskan tradisi Buffet Ramadhan ini di tahun-tahun mendatang. Insyaallah.
No comments:
Post a Comment
"Sila tinggalkan komentar anda"