NASI AMBENG ISTIMEWA

NASI AMBENG ISTIMEWA
HANYA DI RIVERSTONE ECO RESORT. Hutan Lipur Sungai Tua, Batu Caves, Selangor. 013-2080833, 03-92022672

Tuesday, October 26, 2010

Sajak Pelita



























AKU ..... PELITA

Aku ingin menyala terang benderang
Menerangi gelap dan kelam malam
Tapi aku hanya damar pelita
Hanya setitik bintik cahaya
Tak tergantikan mentari dan bulan purnama

Aku ini lelaki......yang menghambakan diri
Di bumi yang gelap hilang mentari
Aku ini pelita dan kau .... dunia tempat ku berpijak
Menjaga benderang terangi dunia yang gelita
Tak sampai hati tinggalkan pagi yang sepi
Maka ikhlaskan diriku menerangi
Bumi yang tak bermentari

Ku menyala di kelambu jiwa ..
Hanya sebagai pelita kecil ,
Mahu menolong jiwa yang tersasar
Moga menemukan jalannya kembali
Di atas cahaya itu tersembunyi
.....sebuah kelembutan, sebuah keinsafan
Moga cahaya itu akan tetap
menerangi setiap langkah kaki ini .........


Mohamad Hasaan b Ismail – 26 OKTOBER 2010


Monday, October 25, 2010

Kosmo! Online - Bongkar rahsia dalam citadel

ZIARAH KOTA USANG
oleh HAMZAH ABDUL HAMID
Bongkar rahsia dalam citadel
Syria bukan untuk pelanncong yang sekadar mahu bersantai dalam lingkungan selesa pekarangan hotel. Bumi yang sarat tinggalan sejarah ini mengakak tetamunya merentas gurun, mendaki puncak kubu, menuruni kawasan makam bawah tanah dan bersesak sesak di souk berusia ribuan tahun
Istana kubu Salahuddin al- Ayyubi di kawasan pergunungan yang terletak 30 kilometer ke timur Lattakia
Laluan bertiang



Kosmo! Online - Ziarah Kota Usang. Bongkar rahasia dalam citadel

Tuesday, October 12, 2010

Maksud Tersirat Disebalik Keunikan Hidangan Nasi Ambang



Berita Harian 1 klassifieds sabtu, 9 Oktober 2010


Tersirat disebalik keunikan hidangan nasi ambang


Bagi masyarakat Jawa, hidangan nasi ambang (disebut ambeng) adalah menu istimewa yang disajikan pada majlis tertentu seperti kenduri arwahatau kenduri kesyukuran. Kunikan nasi ambang adalah pada cara sajiannya.

Jika dimakan secara berhidang, nasi akan dibentuk seperti busut manakala lauk pauk akan diletakkan di atasnya dengan berlapik daun pisang. Satu hidangan boleh dimakan antara empat hingga lima orang.

Cara untuk menikmati hidangan nasi ambang ini juga unik. Sambil duduk bersila tangan masing-masing bersilang-silang mencubit dan menggaul lauk pauk dengan nasi dalam dulang beralaskan daun pisang. Meraka yang tidak biasa atau tidak pernah melihat situasi begitu tentu merasa kurang selesa tetapi itulah keunikannya yang mempunyai maksud tersirat.


Bagi anggota keluarga, cara itu dapat mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan manakala bagi saudara dan jiran dapat merapatkan siratulrahim dan membentuk nilai persaudaraan.


Nasi ambang juga disebut nasi berkat yang diberikan kepada saudara mara atau orang yang jauh yang menghadiri majlis kenduri masyarakat Jawa sebagai bekalan dibawa pulang sebagai menghargai kehadiran mereka.


Lazimnya, nasi berkat ini diedarkan kepada jemaah selepas majlis kenduri di masjid. Aroma nasi ambang yang bercampur lauk pauk dibungkus panas-panas dalam daun pisang memang membangkitkan selera.


Bagi anak Jawa yang tinggal di bandar, pastinya sukar mencari nasi ambang yang benar-benar asli. Jika adapun restoran yang menyediakan nasi ambang,rasanya tidak sama dengan yang dinikmati di kampung.


Sekiranya anda mencari hidangan nasi ambang yang asli , anda boleh berkunjung ke Restoran Riverstone Eco Resort (Riverstone) di Hutan Lipur Sungai Tua, Ulu Yam, Batu Caves, Selangor yang mennyajikan hidangan nais ambang istimewa dengan rasa yang saling tidak tumpah seperti yang disajikan oleh ibu di kampung.


Sempena majlis kenduri kesyukuran dan perjumpaan ahli Persatuan Anak-Anak Jawa (AAJM) yang diadakan da Riverstone baru-baru ini, penulis berpeluang menikmati hidangan nasi ambang yang sungguh menyelerakan dalam suasana yang menyeronokkan.


Walaupun penulis sekeluarga sudah biasa menikmati nasi ambang di kawasan pesekitaran masyarakat Jawa di Klang, sajian nasi ambang di Riverstone benar-benar membangkitkan selera.


Pemilik Riverstone, Hamidah Asararuddin berkata, beliau memilih untuk menyediakan hidangan nasi ambang atas permintaan ahli Facebook AAJM yang kebanyakan merindui keenakan nasi ambang sebenar.


"Nasi ambang adalah hidangan paling dekat dengan masyarakt Jawa dan paling istimewa tetapi sekarang ini agak sukar untuk mencari yang benar-benar asli hidangan di atas daun pisang dalam dulang,"katanya.


Hamidah menyediakan nasi ambang yang disusun molek dalam dulang mengandungi pelbagai lauk wajib seperti ayam masak kicap, sambal goreng, mi atau bihun goreng, ikan kering, tempe goreng dan serunding kelapa yang jadi penyedap rasa.

Serunding kelapa untuk nasi ambang diperbuat daripada kelapa yang diparut, digoreng tanpa minyak dengan api perlahan bersama bumbu iaitu camuran bahan yang dikisar seperti cili, udang kering,jantan manis, jintan putin, bawang, lengkuas, kunyit hidup, garam, gula dan gula merah.


"Sesetengah lauk pauk tersebut ada kalanya sedikit berbiza mengikut daerah dan tempat. Contohnya, di Johor sesetengahnya diletakkan bergedel dan tumis kacang panjang. Ada juga yang menyajikan nasi ambeng dalam pingan biasa dengan kuah sedangkan nasi ambeng sebenar tidak banyak kuah manakala nasi dibentuk cantik" kata Hamidah.

Bagaimanapun, katanya lauk asasnya sama iaitu ayam sama ada digoreng, masak kicap atau 'ungkep' (ayam dimasak bersama rempah), sambal goreng dan serundeng kelapa.


Bagi yang teringin menikmati nasi ambeng asli pada harga RM50 sedulang untuk empat hingga enam atau mahu mengadakan jamuan di rumah boleh membuat tempahan awal di Riverstone dengan menhubungi 013-2080833 atau 03-92004181.



Friday, October 8, 2010

Majlis Hari Raya - Keluarga Ashari dan Hamidah

Majlis Hari Raya - Keluarga Ashari dan Hamidah telah berlangsung di Riverstone Eco Resort pada 2 Oktober 2010, dari jam 5.00pm sehingga 9.00pm. Majlis tahunan sempena Hari Raya ini telah dihadiri oleh hampir ke semua adik beradik dan saudara mara dari Lembah Klang, Tanjung Malim, Tapah dan Melaka.
Menu seperti Kambing Bakar, Ayam Bakar, Rendang Ayam, Daging Masak Sate, Spaghetti, Nasi Goreng, Nasi Impit, Lemang, Soto, ABC, Kordial Oren dan juga Tea Tarik dihidangkan untuk meraikan tetamu yang datang.
Oleh kerana ada masalah kesesakan jalan raya majlis yang sepatutnya berakhir pada jam 9.00 malam, terbabas sehingga jam 12.30 malam.
Yang pasti semua yang hadir gembira dan semua sanak saudara dapat berkumpul dan bercerita....emmm tak habis-habis bercerita, tak boleh bertemu pasti ada saja cerita terbaru.
Natasha dan Asyraf Faiq melayan saudara mara yang hadir.


Bersama ahli baru dalam keluarga, 'Dino'... Harith Fahmi.


Jauh dan dekat bertemu. Enak menjamu selera......



Hai...sampai bawa tray makanan ke atas meja tu....


Macam-macam ragam bila dah bertemu.....


Bersama sepupu, Hj Abdul Rahim dan Keluarga....

From Tapah with luv....anak saudara dan cucu.

Kepada semua yang hadir tuan rumah mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan ribuan terima kasih. Sekiranya ada kekurangan, disusun sepuluh jari, kemaafan dipinta.







Pertemuan Ex-Semarak 1970an dan 1980an

Tanggal 25 September 2010, melakar sejarahnya yang tersendiri. Pertemuan setelah 30 tahun berpisah bagaikan sebuah drama indah yang menggamit memori setiap yang hadir. Gelak tawa dan kenangan indah zaman persekolahan mencuit hati dan mengusik kenangan masing-masing.
Riverstone Eco Resort menyaksikan kenangan indah ini bila dua zaman Ex-Semarak bertemu kembali. Zaman 1970an dan zaman 1980an bertemu di sini sempena Majlis Hari Raya Aidil Fitri yang dianjurkan oleh En Mohd Ropaat Khamid. Bermula dari idea beliaulah maka Majlis ini dirancang dan diwar-warkan menerusi laman Facebook.
Walaupun kehadiran tidak seramai yang dijangkakan, tetapi kemeriahannya tetap dirasakan. Jamuan hari itu menghidangkan menu Nasi Ambeng dalam konsep buffet..... sungguh pun tak ada Nasi Ambeng dalam dulang dalam pinggan pun dapat mengubati keinginan dan nostalgia menikmati Nasi Ambeng seperti yang dikehendaki oleh penganjur.



Ex-Semarak 1970an

Bos Riverstone Eco Resort, En Mohamed Ashari Sidik merupakan Ex-Semarak 1970an...dah nampak senior semua ni Bos!




Kepada yang ingin saling berhubung bolehlah menghubungi nombor telefon yang tertera. Kepada yang tidak hadir sekiranya anda berminat untuk berhubung dengan rakan-rakan lain, sila kemukakan gambar terbaru dan no telefon kepada kami. Insyaallah kami akan merancang untuk mengadakan pertemuan lagi sempena Hari Raya akan datang.





Ex-Semarak 1980an
Di antara Ex-Semarak 1980an ini adalah Dr Mohd Ridhuan Tee, sempena kehadiran beliau di majlis ini, En Ropaat mengambil kesempatan ini untuk menganjurkan forum dengan tajuk "Erti Persahabatan" yang di Pengerusikan oleh beliau sendiri dan ahli panel terdiri dari Dr Mohd Ridhuan Tee dan Sdr Nor Azam.
Kelakar Dr Mohd Ridhuan ni...dia yang merupakan rakan baik kepada Pn Hamidah telah menjadikan Pn Hamidah sebagai idola dan contoh sahabat sejati dalam forum ini. Tak kering gusi semua yang hadir ketawa dengan seloroh dan gurauan beliau sepanjang forum ini berlangsung. Semua yang diperbincangkan banyak mengimbas kembali kenangan di zaman persekolahan dan suasana masa kini. Indahnya masa itu, andainya masa boleh berulang kembali.........


Pn Hamidah yang merupakan Ex-Semarak 1980an bersama rakan-rakan.


Orang kuat Tingkat 6 Atas Sastera 1985. Ketua-ketua Prifek Sekolah pun ada kat sini....




Nampaknya Ex-Semarak 1980an ni lebih bersemangat untuk berjumpa dengan rakan-rakan. Ini merupakan sebahagian dari yang hadir...ada beberapa orang lagi yang tidak ada dalam gambar dan juga ada yang lewat sampai.
Walau apa pun...kami amat berterima kasih kepada En Mohd Ropaat Khamid yang juga merupakan Ex-Semarak 1980an kerana telah berusaha untuk menjadikan pertemuan ini satu kenyataan. Kepada yang tinggal di luar dari Lembah Kelang dan dapat menghadirkan diri...anda adalah sahabat sejati.....
Ikan Merah dimasak pagi
Dimasak pagi dengan cili
Panjang umur bertemu lagi
Kehadiran semua amat dihargai....






Thursday, October 7, 2010

Buffet Ramadhan di Riverstone Eco Resort



Seperti tahun-tahun lepas tahun ini Riverstone Eco Resort sekali lagi meraikan Ramadhan al-Mubarak dengan mengadakan Buffet Ramadhan bermula dari 13 Ogos sehingga 7 September 2010. Menerima tempahan dan kunjungan dari pelanggan tetap merupakan antara yang paling menggembirakan bagi kami di Riverstone Eco Resort.

Menyediakan hampir 60 jenis hidangan berbuka puasa yang lazat yang mana keseluruhannya tema pada kali ini adalah lebih kepada masakan Jawa. Antara menu yang disajikan adalah, Pecel Lele, Daging Semur, Sambal Goreng, Ayam Masak Merah, Patin Tempoyak, Masak Lemak Rebung, Kerabu Kacang Botor, Serunding Kelapa, Pecel, U'krok, Tiwol, Bubur Candil, Kolak Pisang, Bubur Kacang Hijau, Soto, ABC...dan berbagai lagi.


Sepanjang Ramadhan ini juga kami menerima kunjungan dari Krew TV9 untuk program Jom Berbuka dengan Sharifah Shahirah sebagai host rancangan. Riuh rendah Riverstone dibuatnya petang itu. Slot kami telah ditayangkan pada 5 September 2010. Terima kasih TV9.

Selain itu kami juga menerima kunjungan dari Dafi (AF) dan keluarga serta Dato Hassan Azhari dan keluarga. Riverstone juga tidak ketinggalan menerima tempahan dari Pejabat Daerah Kuala Kubu juga Anak-Anak Jawa Malaysia - perkumpulan dari Laman Sosial Facebook.
Apa yang amat membanggakan kami adalah ramai di antara tetamu yang hadir sepanjang bulan Ramadhan ini mengulangi kunjungan mereka ke sini sekurang-kurangnya untuk kali ke dua. Menurut mereka masakan ala kampung dan suasana sekitaran amat mendamaikankan dan membangkitkan nostalgia suasana kampung.....

Enak menjamu selera


Tetamu boleh memilih untuk duduk bersila atau duduk di kerusi. Restoran yang boleh memuatkan sehingga 250 orang ini sentiasa dipenuhi pelanggan terutamanya semasa hujung minggu. Tempahan awal memang digalakkan. Pernah pada satu hujung minggu keseluruhan tempat duduk bersila dan kerusi telah penuhi pelanggan sehinggakan ruang lobi terpaksa digunakan untuk beberapa tetamu yang hadir tanpa membuat tempahan awal.



Pn Hamidah bersama Sharifah Shahiran dan Ijoi.


Kepada semua pelanggan kami sepanjang Buffet Ramadhan, Riverstone Eco Resort mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan ribuan terima kasih atas sokongan anda semua. Dan atas sokongan ini juga kami akan meneruskan tradisi Buffet Ramadhan ini di tahun-tahun mendatang. Insyaallah.