NASI AMBENG ISTIMEWA

NASI AMBENG ISTIMEWA
HANYA DI RIVERSTONE ECO RESORT. Hutan Lipur Sungai Tua, Batu Caves, Selangor. 013-2080833, 03-92022672

Wednesday, August 4, 2010

Kurma


Ramadhan kian menjelang dan umat Islam di seluruh dunia akan menunaikan ibadah Puasa. Bersempena Ramadhan dan puasa jugalah kurma menjadi bahan makanan wajib yang perlu ada di setiap rumah. Berbuka puasa dengan kurma seperti yang dianjurkan oleh Rasullullah SAW; sebagaimana di dalam Hadith yang bermaksud: "Apabila salah seorang di antara kamu puasa, hendaklah berbuka dengan kurma, dan bila tidak ada kurma, berbukalah dengan air, sesungguhnya air itu bersih.

Kurma atau Tamar merupakan tumbuhan palma atau nama saintifiknya Phoenix dactylifera. Ia berserat tinggi, kaya dengan protein, gula, Vitamin A, B, B1, B2, B3, C dan E, bebas lemak dan kolesterol juga mengandungi mineral seperti besi, kalsium, sodium, folate dan potasium. Buah kurma mengandungi 60 - 70 peratus gula asli dalam bentuk glukosa dan fraktosa. Oleh itu apabila dimakan ia akan terus memberikan tenaga segera.

Dari segi perubatan, amalan memakan kurma setiap hari boleh mengurangkan risiko seseorang itu diserang penyakit kronik seperti jantung dan kencing manis kerana kandungan potasium, kalsium dan zat besi boleh menyihatkan sel darah merah.

Berbanding dengan buah-buahan lain yang kebanyakkannya mengandungi gula yang dikenali sebagai fraktosa. Sementara gula tebu dan gula pasir mengandungi sukrosa yang tidak boleh lansung diserap dalam tubuh. Ia terpaksa dipecahkan dahulu oleh enzim sebelum berubah menjadi glukosa lalu diserap tubuh sebagai tenaga.


Memakan kurma tanpa membuang kulitnya yang mengandungi serat boleh mencegah barah usus besar. Oleh kerana kandungan potasiumnya yang tinggi, pengambilan kurma akan merangsang selera makan bagi yang kurang sehat, dan sangat baik untuk orang yang mengalami sembelit, lemat otot, sengal-segal, letih, lesu dan mengalami tekanan serta menguatkan ingatan.


Dalam bentuk cecair, sirap dan kanji, kurma mampu membantu mengatasi masalah sakit tekak, selsema dan demam. Ia juga mampu mengatasi masalah toksin alkohol. Biji kurma juga digunakan untuk rawatan tradisional.
Diriwayatkan oleh Aisyar r.a : "Barangsiapa yang selalu makan kurma akan dihindari daripada terkena racun yang dimakan."

Unsur zat besi dan kalsium yang terdapat di dalam buah kurma adalah unsur yang berguna untuk membentuk air susu ibu. Bagi ibu-ibu yang mempunyai masalah kekurangan susu, dengan memakan buah Kurma akan dapat menambah kandungan air susu.

Sebenarnya penggambilan buah kurma amat digalakkan bukan sahaja semasa berpuasa tetapi sebagai makanan wajib harian kerana keberkesanannya dalam memberi tenaga, membantu memperkemaskan sistem fungsi tubuh dan otak.

Asal usul kejadian pokok kurma adalah berasal dari lebihan tanah yang Allah S.W.T ciptakan Nabi Adam a.s. Pokok kurma betina tumbuh pada zaman Siti Maryam. Selepas Maryam melahirkan anaknya Nabi Isa a.s, Allah memerintahkan Maryam mengoncang pohon kurma yang terdapat di tempat dia melahirkan anaknya, lalu gugurlah buah kurma masak dan di makan oleh Maryam. Itulah sejarah pertama kruma menjadi ubat berkhasiat kepada manusia. Siti Maryam dapat mengalas perut untuk mengumpul tenaga selepas selamat bersalin hanya dengan makan kurma

Dengan kehadiran Nabi Isa a.s itu juga, Allah s.w.t telah tumbuhkan pokok kurma jantan di sebelah pokok kurma betina.

Pohon kurma jantan lebih tinggi berbanding dari pohon kurma betina dan berdaun keras. Manakala pohon kurma betina pula rendah sedikit dan daunnya melintuk ke bawah. Pada bulan februari pohon kurma jantan berbunga setahun sekali sama dengan kurma betina. Debungan jantan ini boleh disimpan ditempat kering dan digunakan berulang kali selagi debungannya masih ada.

Untuk mendapatkan buah kurma yang elok proses pendebungaan betina dengan bebu bunga jantan perlu dilakukan dengan tangan manusia, tidak melalui angin atau binatang. Setiap pokok kurma betina yang telah berbunga akan dipanjat dan ditepuk-tepuk, disapu dua tiga ranting bunga jantan kepada setandan bunga betina yang terkembang dari tandannya.

Buah kurma dijadikan cukup istimewa. Sepanjang berada di atas pokok tidak ada seekor binatang atau burung yang mematuk atau merosakkannya. Ini kerana buah ini tidak berbau. Ia disenyawakan oleh tangan manusia. Ia juga tidak akan masak dengan sempurna pada suhu kurang dari 550c. Ia mudah diuruskan dengan kelebihan cuaca yang panas kering, penjual tidak perlu risau lalat atau semut.

Itulah kebaikan dan kelebihan buah kurma. Menurut Riwayat Imam al-Bukhari : "Sesiapa yang makan pada waktu pagi 7 biji kurma Ajwah, tidak akan memberi mudarat kepadanya racun dan sihir pada hari tersebut......




No comments:

Post a Comment

"Sila tinggalkan komentar anda"