NASI AMBENG ISTIMEWA

NASI AMBENG ISTIMEWA
HANYA DI RIVERSTONE ECO RESORT. Hutan Lipur Sungai Tua, Batu Caves, Selangor. 013-2080833, 03-92022672

Thursday, August 19, 2010

Seni Pelita

Nostalgia Seni Pelita....


Pelita sering dikaitkan dengan kehidupan harian, tidak kurang juga yang menjadikannya sebagai simbol kecekalan dan kegigihan seseorang. Pelita pada masa ini boleh dikategorikan sebagai barangan antik, barangan nostalgia. Tidak semua rumah masih memiliki pelita, pemodenan telah merubah penggunaan pelita. Ia tidak lagi dinyalakan untuk menyinari kegelapan malam. Ia sekadar disimpan atau ada yang telah dibuang dari simpanan.


Bagi Bos Riverstone Eco Resort - En Mohamed Ashari Sidik, beliau menjadikan pelita sebagai bahan koleksi. Menggumpulkan pelita yang terdiri dari pelbagai jenis dan bentuk sebagai hobi. Baginya pelita memang amat bermakna dalam kehidupan. Dari zaman kecil, remaja dan sehingga kini beliau masih menggunakan pelita untuk menerangi kegelapan malam.


Sebanyak lebih kurang 100 buah pelita telah beliau kumpul dan disimpan sebagai koleksi. Sebahagian pelita didapati dari dalam negara dan tidak kurang juga yang dibeli semasa melawat luar negara. Ada juga pelita yang dihadiahkan oleh rakan.


Kesemua pelita buat masa ini dipamerkan di Lobi Riverstone Eco Resort dan selepas ini akan ditempatkan di Galeri sementara di pejabat Etika Sihat Sdn Bhd di Cheras.

Anak dan Ayah berkongsi hobi yang sama....

Antara koleksi yang disimpan.

Pelbagai jenis pelita yang masih berfungsi.

Koleksi pelita milik golongan bangsawan yang terdapat dalam simpanan. Pelita ini dibeli semasa melawat ke luar negara.

Pelita jenis ini masih banyak terdapat dijual di kedai.

Antara koleksi nostagia yang dimiliki.


Tuesday, August 17, 2010

Riverstone Eco Resort - di dada Akhbar Tempatan.

Press Preview Buffet Ramadhan yang telah diadakan pada 15 Julai 2010 lepas telah membuahkan hasil. Promosi Buffet Ramadhan dan keenakan sajian kami terpapar di akhbar-akhbar tempatan sejak dari hari pertama Ramadhan disambut oleh seluruh umat Islam di Malaysia pada 11 Ogos sehingga kini. Dan dari tarikh itu juga kami tidak sunyi dari menerima kunjungan tetamu yang ingin menikmati hidangan yang kami sajikan.
Lebih menggembirakan Bos dan Pengurus Besar kami Pn Hamidah ialah apabila mendapat kunjungan dari rakan-rakan media yang ingin menikmati sajian penuh Buffet Ramadhan pada hari Sabtu lepas. Kunjungan dari Chief News Editor Berita Harian, En Ahmad Zaini dan keluarga, Editor Berita Harian, Pn Minarni Mat Saad dan keluarga serta Editor Utusan Malaysia, Pn Meran Abu Bakar dan keluarga. Tidak ketinggalan juga kunjungan oleh Wartawan Kosmo, Hamzah Abdul Hamid dan rakan-rakan yang turut memeriah dan menggamatkan suasana malam minggu kami.
Terima kasih kepada semua di atas sokongan yang tidak pernah pudar. Terima kasih atas berita yang dipaparkan....terima kasih di atas kunjungan, terima kasih yang tidak terhingga kami kepada semua rakan media.....

Kosmo 17 Ogos 2010 - Seleksi Jawa D'River Cafe


Berita Harian 13 Ogos 2010 -Masakan Jawa Jadi Tarikan di Riverstone

Utusan Malaysia 11 Ogos 2010 - Berbuka Puasa di tengah 'Rimba'

Friday, August 13, 2010

Majlis Tahlil Aruah dan Sambutan Ramadhan Keluarga En Hairul


Keluarga En Hairul mengadakan majlis Tahlil Arwah dan sambutan Ramadhan dengan jamuan Nasi Ambeng pada 08 Ogos 2010, seramai 75 ahli keluarga beliau menghadiri majlis ini.

Wednesday, August 4, 2010

Kurma


Ramadhan kian menjelang dan umat Islam di seluruh dunia akan menunaikan ibadah Puasa. Bersempena Ramadhan dan puasa jugalah kurma menjadi bahan makanan wajib yang perlu ada di setiap rumah. Berbuka puasa dengan kurma seperti yang dianjurkan oleh Rasullullah SAW; sebagaimana di dalam Hadith yang bermaksud: "Apabila salah seorang di antara kamu puasa, hendaklah berbuka dengan kurma, dan bila tidak ada kurma, berbukalah dengan air, sesungguhnya air itu bersih.

Kurma atau Tamar merupakan tumbuhan palma atau nama saintifiknya Phoenix dactylifera. Ia berserat tinggi, kaya dengan protein, gula, Vitamin A, B, B1, B2, B3, C dan E, bebas lemak dan kolesterol juga mengandungi mineral seperti besi, kalsium, sodium, folate dan potasium. Buah kurma mengandungi 60 - 70 peratus gula asli dalam bentuk glukosa dan fraktosa. Oleh itu apabila dimakan ia akan terus memberikan tenaga segera.

Dari segi perubatan, amalan memakan kurma setiap hari boleh mengurangkan risiko seseorang itu diserang penyakit kronik seperti jantung dan kencing manis kerana kandungan potasium, kalsium dan zat besi boleh menyihatkan sel darah merah.

Berbanding dengan buah-buahan lain yang kebanyakkannya mengandungi gula yang dikenali sebagai fraktosa. Sementara gula tebu dan gula pasir mengandungi sukrosa yang tidak boleh lansung diserap dalam tubuh. Ia terpaksa dipecahkan dahulu oleh enzim sebelum berubah menjadi glukosa lalu diserap tubuh sebagai tenaga.


Memakan kurma tanpa membuang kulitnya yang mengandungi serat boleh mencegah barah usus besar. Oleh kerana kandungan potasiumnya yang tinggi, pengambilan kurma akan merangsang selera makan bagi yang kurang sehat, dan sangat baik untuk orang yang mengalami sembelit, lemat otot, sengal-segal, letih, lesu dan mengalami tekanan serta menguatkan ingatan.


Dalam bentuk cecair, sirap dan kanji, kurma mampu membantu mengatasi masalah sakit tekak, selsema dan demam. Ia juga mampu mengatasi masalah toksin alkohol. Biji kurma juga digunakan untuk rawatan tradisional.
Diriwayatkan oleh Aisyar r.a : "Barangsiapa yang selalu makan kurma akan dihindari daripada terkena racun yang dimakan."

Unsur zat besi dan kalsium yang terdapat di dalam buah kurma adalah unsur yang berguna untuk membentuk air susu ibu. Bagi ibu-ibu yang mempunyai masalah kekurangan susu, dengan memakan buah Kurma akan dapat menambah kandungan air susu.

Sebenarnya penggambilan buah kurma amat digalakkan bukan sahaja semasa berpuasa tetapi sebagai makanan wajib harian kerana keberkesanannya dalam memberi tenaga, membantu memperkemaskan sistem fungsi tubuh dan otak.

Asal usul kejadian pokok kurma adalah berasal dari lebihan tanah yang Allah S.W.T ciptakan Nabi Adam a.s. Pokok kurma betina tumbuh pada zaman Siti Maryam. Selepas Maryam melahirkan anaknya Nabi Isa a.s, Allah memerintahkan Maryam mengoncang pohon kurma yang terdapat di tempat dia melahirkan anaknya, lalu gugurlah buah kurma masak dan di makan oleh Maryam. Itulah sejarah pertama kruma menjadi ubat berkhasiat kepada manusia. Siti Maryam dapat mengalas perut untuk mengumpul tenaga selepas selamat bersalin hanya dengan makan kurma

Dengan kehadiran Nabi Isa a.s itu juga, Allah s.w.t telah tumbuhkan pokok kurma jantan di sebelah pokok kurma betina.

Pohon kurma jantan lebih tinggi berbanding dari pohon kurma betina dan berdaun keras. Manakala pohon kurma betina pula rendah sedikit dan daunnya melintuk ke bawah. Pada bulan februari pohon kurma jantan berbunga setahun sekali sama dengan kurma betina. Debungan jantan ini boleh disimpan ditempat kering dan digunakan berulang kali selagi debungannya masih ada.

Untuk mendapatkan buah kurma yang elok proses pendebungaan betina dengan bebu bunga jantan perlu dilakukan dengan tangan manusia, tidak melalui angin atau binatang. Setiap pokok kurma betina yang telah berbunga akan dipanjat dan ditepuk-tepuk, disapu dua tiga ranting bunga jantan kepada setandan bunga betina yang terkembang dari tandannya.

Buah kurma dijadikan cukup istimewa. Sepanjang berada di atas pokok tidak ada seekor binatang atau burung yang mematuk atau merosakkannya. Ini kerana buah ini tidak berbau. Ia disenyawakan oleh tangan manusia. Ia juga tidak akan masak dengan sempurna pada suhu kurang dari 550c. Ia mudah diuruskan dengan kelebihan cuaca yang panas kering, penjual tidak perlu risau lalat atau semut.

Itulah kebaikan dan kelebihan buah kurma. Menurut Riwayat Imam al-Bukhari : "Sesiapa yang makan pada waktu pagi 7 biji kurma Ajwah, tidak akan memberi mudarat kepadanya racun dan sihir pada hari tersebut......




Monday, August 2, 2010

ANAK ANAK JAWA MALAYSIA (AAJM)

Majlis Tahlil sempena menyambut Ramadhan anjuran Anak-anak Jawa Malaysia, (Laman Sosial Facebook), telah diadakan pada 31hb Julai 2010, jam 1.00 petang. Majlis dimulakan dengan solat zohor yang diimamkan oleh Saudara Shahrin Masdar dan diikuti dengan bacaan Yassin dan Tahlil yang dipimpin oleh Dr. Hj. Ismail Maulut (MIM Ismail) yang juga merupakan Presiden AAJM, diikuti dengan bacaan doa oleh Tuan Hj.Sani Marlan.

Majlis pada hari ini menghidangkan Nasi Ambeng kepada semua tetamu yang hadir. Selesai makan, seperti biasa sesi bergambar sebelum ke semua yang hadir berbincang seketika mengenai hala tuju dan perancangan masa hadapan perkumpulan ini.



Selesai sembahyang Zohor yang diimamkan oleh Saudara Shahrin Masdar.

Antara kaum wanita yang hadir.

Majlis bacaan Yassin.

Mengaminkan doa dengan penuh khusyuk.

Saat yang dinantikan...jamuan makan Nasi Ambeng.

Masing-masing dah tak tengok kiri kanan dah....sampai

Licin sedulang. Tersenyum kekenyangan.





World Assembly of Muslim Youth



Seramai 35 orang ahli World Assembly of Muslim Youth dan 15 orang Urusetia yang terdiri dari wanita telah mengadakan program motivasi pada 31 Julai - 1 Ogos lepas. Keseluruhan aktiviti dikendalikan sendiri oleh pihak urusetia.


Universiti Teknologi Malaysia



Mendengar penerangan dari En Mohd Fidzhar, cara-cara, dan peralatan yang digunakan semasa aktiviti Flying Fiox.

Macam longgar je ikatan tu!...........

Wah...siap posing lagi...

Bersungguh-sungguh mengikat rakit.

Bersedia untuk mengharungi cabaran....rakit dan siap la.


Berakit, Merentas Hutan, Jalan Malam dan Flying Fox merupakan antara aktiviti yang telah disertai oleh seramai 30 orang pelajar dari Kolej Tun Razak, UTM, Skudai pada 30 - 31 Julai hingga 1 Ogos 2010 lepas.

Terima kasih kepada En Roslan Ghani, Felo Kolej Tun Razak.