NASI AMBENG ISTIMEWA

NASI AMBENG ISTIMEWA
HANYA DI RIVERSTONE ECO RESORT. Hutan Lipur Sungai Tua, Batu Caves, Selangor. 013-2080833, 03-92022672

Thursday, May 20, 2010

LAMAN HERBA - Cempaka


Cempaka - Michelia spp

Cempaka.....indah nama mu seharum bau mu.

-

Hakikat ini telah diketahui umum, tetapi tahukan anda di sebalik keindahan itu, bunga cempaka turut mempunyai keistimewaan sebagai bahan perubatan herba dan mempunyai khasiat pada kesihatan diri. Ini adalah berdasarkan rujukan pihak MARDI dan pengamal perubatan tradisional tempatan.

Merupakan tanaman berbunga dan terdapat hampir 50 jenis dari spesisnya. Berasal dari India dan tumbuh di Asia Timur dan di Asia Tenggara.

-

Di Malaysia terdapat dua jenis cempaka iaitu;

-

Cempaka Kuning nama saintifiknya Michelia Champaca dan;

Cempaka Putih nama saintifiknya Michelia Alba

Cempaka kuning - untuk merawat wanita selepas bersalin, kencing tidak lawas dan demam selsema

-

Cara penyediaan;

-

a. untuk wanita selepas bersalin - ambil beberapa helai daun cempaka kuning, dibersihkan dan direbus sehingga mendidih dan diminum.

-

b. untuk kencing tidak lawas - ambil beberapa kuntum bunga cempaka kuning, dibersihkan dan direbus sehingga mendidih dan diminum.

-

c. untuk demam selsema - ambil akar pokok cempaka kuning, dibersihkan, dititik dan direbus sehingga mendidih dan diminum airnya.

-

Cempaka putih - untuk merawat pitam, bisul dan dan radang tengkok.

-

Cara penyediaan;

-

a. untuk merawat pitam - ambil beberapa kuntum bunga cempaka putih direbus sehingga mendidih dan diminum airnya.

-

b. untuk merawat radang tengkok - ambil beberapa kuntum bunga cempaka putih direbus sehingga mendidih dan tambahkan sesudu madu sebelum diminum airnya.

-

c. untuk merawat bisul - ambil beberapa helai daun bunga cempaka putih ditumbuk lumat dan ditempekkan di tempat bisul tadi.

-

Pohon cempaka merupakan sejenis pokok berkayu yang biasanya tumbuh di hutan dengan ketinggian mencapai hingga 30 meter selain ditanam di halaman atau diletakkan di dalam rumah sebagi tanaman hiasan. Pokok cempaka putih mempunyai buah yang berbentuk seperti jantung, boleh dimakan dan rasanya sedap.

-

Terdapat juga pokok cempaka keling yang merupakan pokok renek yang mengeluarkan bunga-bunga kecil yang amat wangi.


Bunga Cempaka Putih....baru berputik.

Bunga Cempaka Putih. Bunga cempaka yang berbau wangi ini mempunyai kandungan minyak volatile yang terdiri daripada cheraniol, linalol, methuleugenol, asid benzik, nerol dan methulaethulazijnzuur. Kayu cempaka juga membunyai bau yang sangat wangi dan biasanya minyak pati cempaka di dapati dari ekstrak bunga, daun dan kayunya.

Bunga Cempaka Kuning - banyak ditanam untuk diambil ekstrak minyak dari bunganya untuk dijadikan minyak wangi.


Buah dari pohon Cempaka Kuning....boleh dimakan atau tidak, kami tidak pasti kedudukannya.

Pokok Cempaka Putih dan Cempaka Kuning. Banyak terdapat di taman, pinggir jalan dan juga tepi lebuhraya. Dijadikan sebagai pokok hiasan...bagi Bandar Mahkota Cheras yang dinamakan bersempena nama bunga ini, iaitu Bandar Bunga Cempaka, terdapat ribuan pohon ini ditanam oleh pihak pemaju dan Penguasa Tempatan di keseluruhan taman perumahan ini.


Bunga Cempaka Biru...kewujudannya di Malaysia tidak pernah disahkan. Gambar diambil dari laman web negara lain.

Misteri.....wujud ke Cempaka Merah? Kita tidak pernah melihat kesahihan wujudnya bunga Cempaka dengan warna ini.....fikirkan.


Cempaka Telur...banyak ditanam di kampung-kampung. Masa kecil dulu kalau tercium bau bunga cempaka yang harum di tengah malam...kami akan kata hah....pontianak dah keluar...mengerikan. Tetapi hakikatnya masa itulah bunga ini berkembang dan menghasilkan bau yang sangat harum....depan rumah pun ada pokok bunga ni....


Nama-nama yang mengaitkan bunga cempaka yang sering digunakan :



1. Cempaka International School
2. Cempaka International Collage
3. Cempaka School Damansara
4. Cempaka Apartment
5. Cempaka Finance Berhad
6. Cempaka Furniture
7. Cempaka Group of School
8. Cempaka Holdings Sdn Bhd
9. Cempaka Muda Sdn Bhd
10. Cempaka Mewah Sdn Bhd
11. Cempaka Allied Sdn Bhd
12. Cempaka Properties Sdn Bhd
13. Cempaka Perabut
14. Cempaka Pulau Perhentian
15. Cempaka Residence
16. Cempaka Sri Taiping
17. Cempaka Service Apartment
18. Cempaka Travel & Tours Sdn Bhd
19. Cempaka Technologi
20. Cempaka Utama Town House....dll yang mengaitkan cempaka.




14 comments:

  1. wow! terpana! terpegun! dan ter! ter! ter! pabila mlihat gmbr cempaka biru! wujudkah? bkn teknik foto mcm iklan gincu yg bibir modelny kejap kaler oren, kejap kaler pinkkah? sy sanggup byr 1 juta utk mdptkn cempaka biru ituuuuuuuuuu!

    ReplyDelete
  2. bagaimana nak dapatkan benih bunga cempaka putih dan cempaka kuning.boleh ditanam dipasu atau tak?

    ReplyDelete
  3. pencarian cempaka merah...ade atau tidak???
    saya sedang mencarinya..nak bunganya saja.

    ReplyDelete
  4. GAMBAR BUNGA CEMPAKA BIRU YG DALAM GAMBAR TU DARI NEGARA MANA TUAN?

    ReplyDelete
  5. saya ada bunga cempaka biru......berminat sila email ke longexoreptiles@yahoo.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. Assalam..sy berminat nk kan bunga cempaka biru..hara dpt watsup sy semula 0166311625

      Delete
    2. Assalam..sy berminat nk kan bunga cempaka biru..hara dpt watsup sy semula 0166311625

      Delete
    3. Assalam...sy mencari bunga cempaka biru...watsup sy semula 0166311625

      Delete
    4. Assalam...sy mencari bunga cempaka biru...watsup sy semula 0166311625

      Delete
  6. Seeking Cempaka putih seeds if anyone knows please
    contact me at vargasia@yahoo.com

    ReplyDelete
  7. Cempaka merah memang ada. Sya pernah menanamnya semasa saya tinggal di Bkt Kepong tahun 80an dulu. Pokoknya seperti pokok cempaka putih tapi bunganya berwarna merah juga bentuknya lebih kurang bentuk bunga cempaka putih. Saya amat ralat kerana tidak mengambil benih nya apabila saya berpindah ke Perak tahun 90an. Ternyata cempaka merah amat sukar di perolehi. Pokok cempaka merah yang saya tanam di Bkt Kepong tu telah tebang oleh penghuni baru rumah tersebut. Sehingga kini saya masih lagi mencari.

    ReplyDelete
  8. Cempaka merah memang ada. Sya pernah menanamnya semasa saya tinggal di Bkt Kepong tahun 80an dulu. Pokoknya seperti pokok cempaka putih tapi bunganya berwarna merah juga bentuknya lebih kurang bentuk bunga cempaka putih. Saya amat ralat kerana tidak mengambil benih nya apabila saya berpindah ke Perak tahun 90an. Ternyata cempaka merah amat sukar di perolehi. Pokok cempaka merah yang saya tanam di Bkt Kepong tu telah tebang oleh penghuni baru rumah tersebut. Sehingga kini saya masih lagi mencari.

    ReplyDelete
  9. Assalamualaikum salam sejahtera warga groupπŸ“’
    πŸ’ Sy nk mintak tolong viralkan berita baik ni yeπŸ“’πŸ˜‰

    1) Ni berkenaan kisah hidup pesakit lutut kronik dan masalah saraf sendi2 dan juga kisah hidup pesakit kanser stage 1 sampai stage 4, pesakit asma kronik dan juga produk yg berpatutan harga nya tapi kesannya setanding ubat harga mahal ribuan ringgit.

    2)Dah ramai yg sembuh dengan penawar herba beliau. Kanser yg sudah merebak ke organ-organ lain pun boleh diubati insya Allah.☺πŸ‘πŸ»

    3)Pengamal perubatan herba ni dah banyak pengalaman berdepan dengan pesakit2 kanser,sakit saraf,sakit lutut dan asma. Ramai yg dh pulih.

    4)Mcm2 kanser blh rawat termasuk leukimia,paru2,limfoma dll.


    5) Puan Rasmani Binti Md Noh psakit lutut kronik yg terpaksa jalan mengesot esot atas lantai dan klau cuba berjalan secara berdiri boleh dengar lutut berbunyi bunyi tulang yg sangat sakit. Hendak masak terpaksa gunakan kerusi sebab xmampu berdiri lama2 dan lepas 6 hari minum dah mampu berjalan lancar dan saraf kaki dah tak tegang dah. Mampu masak berdiri semula. Kesan sangat cepat baru 6 hari minum.

    Sy share melalui pengalaman sy sendiri yg mengikuti perkembangan pejuang2 kanser ni....sy sendiri pun guna produk die (jus herba) dah 5tahun setia walaupun sembuh terus juga minum sebagai supplement.

    Jadi skg ni sy rsa perlu share berita ni buat semua supaya masih ade harapan bg mereka yg tercari2 penawar kanser yg tepat .πŸ’ͺ🏼

    ▪Adik Luqman -kanser GIST-Anoerectal Tumor
    Skg sudah sembuh dari kanser.
    ..........................................................................
    ▪️Pn. Hayati Abd Hamid- Pensyarah Kanan UITM, kanser payudara stage 4.
    Skg dh sembuh dn shat walau pon pernah diberitahu oleh doktor yang beliau hanya mampu bertahan 1 tahun saja untuk hidup. Beliau setia dengan jus herba ini selama lebih 6tahun.
    Beliau mengarang sebuah naskah/buku yg mengisahkn pengalaman beliau sepanjang perjuangannya melawan kanser dengan mengambil jus herba ini sebagai salah satu rawatan alternatif (nk buku nti blh order)
    Terkini (2020): Beliau pernah ditemuramah dlm rancangan Selamat Pagi Malaysia di Tv1 menceritakan tentang perjuangan beliau menempuh kanser dari tahap 4 hinggalah sembuh.
    ………………………………………………………………………....
    ▪Adik Izzat b.muhd Ariffin ,kanser Burkit Lymphoma stage 4 sekarang dh sembuh
    Guru nya memberitahu beliau x pernah nampak seperti pengidap kanser tahap 4, kerana sentiasa nampak cergas dengan pengambilan jus yang memberi tenaga dan merawat.Beliau mengambil jus herba ini dr kanser tahap 4 sehingga sembuh.
    ..........................................................................
    ▪Puan Musriharni pesakit asma kronik sejak kecil yang terpaksa menggunakan healer setiap hari. Beliau juga pesakit gastrik kronik(GERDyang menyebabkan berangin satu badan sehingga terasa ke pinggang. Perut membuncit dan mengeras kerana terlampau banyak angin sampai sesak nafas dan anxiety akibat nya menggigil dan seram sejuk.
    Sekarang kesihatan Alhamdulilah semakin baik, gastrik dan anxiety dah takde dan asma pun tak perlu guna healer lagi. Paru2 dah elok semula.
    ..........................................................................
    ▪Puan Rohana Binti Ismail seorang yang cergas dan aktif dalam mendaki gunung termasuk gunung Kinabalu dan lain2 gunung di Malaysia tapi sejak sakit bengkak lutut, segala aktiviti lasak terpaksa dilupakan sehingga nk turun tangga di ofis pun terpaksa turun bagaikan ketam turun tangga sebab lutut bengkak. Setelah minum jus ini, dalam masa 1 minggu saja kaki beliau dah sembuh semula. Bengkak dah surut dan dlm msa 2 mingu saja mampu berjoging kembali, naik bukit dlm 8km jauh nya dah tak sakit2 dah lutut.
    ..........................................................................
    Call order wasap@call- En mohd zuhairi- 0174687570

    ReplyDelete

"Sila tinggalkan komentar anda"