Majlis Persandingan Husnaliza dan Rasid pada Hari Sabtu 7 Februari 2015 lalu melakarkan sebuah memori indah buat kedua pengantin. Selain diraikan dalam majlis gilang gemilang, kehadiran rakan dan handai taulan menjadikan suasana bertambah ceria.
Majlis berlangsung dari jam 11.00am sehingga jam 4.00pm. Menggunakan keseluruhan kawasan Resort di dalam dan di luar bangunan dengan warna tema purple dan grey.....
Buffet dan Kanopi di halaman
Buffet di dalam bangunan
Meja Makan Beradap di dalam bangunan
Buffet untuk VIP
Meja VIP
Tetamu dijamu dengan hidangan Ayam Masak Kicap Ulu Batu, Daging Gulai + Kentang Sg Pamah, Sambal Goreng Jawa Mak Kampung dan Acar Timun + Nanas Sg Gimba sebagai menu utama.
Dimulai dengan doa dan selawat sepanjang majlis berlansung, sekali lagi Kumpulan Cempuling ini beraksi di tempat kami. Menghiburkan tetamu dengan lagu berunsurkan dakwah dan islamik.
Kumpulan Cempuling
Tahniah mempelai yang diraikan, terima kasih kerana memilih kami untuk majlis persandingan ini.
Majlis ini disempurnakan secara keseluruhannya oleh Pn Hamidah Asararuddin yang juga merupakan Pengurus Besar Riverstone Eco Resort. Hubungi kami di talian 013-2080833 untuk sebarang pertanyaan.
No comments:
Post a Comment
"Sila tinggalkan komentar anda"