NASI AMBENG ISTIMEWA

NASI AMBENG ISTIMEWA
HANYA DI RIVERSTONE ECO RESORT. Hutan Lipur Sungai Tua, Batu Caves, Selangor. 013-2080833, 03-92022672

Tuesday, December 29, 2015

Nasi Ambeng untuk pelbagai Majlis Jamuan, Keraian, Doa Selamat.....



Selamat tinggal 2015....selamat datang 2016. Bersempena ketibaan tahun baru, ramai yang nak buat jamuan makan, kenduri dan juga majlis kesyukuran. Ada yang anak masuk kolej, ada yang anak sambung belajar ada yang dapat naik pangkat tak kurang juga yang dapat bonus dan nak jamu adik beradik dan saudara mara.


Kami di Riverstone Eco Resort sentiasa menerima tempahan pelbagai jamuan dan majlis keraian. Sudah tentu sajian utama kami adalah Nasi Ambeng.....


Disediakan dalam betuk dulang besar + air sirap RM50.00, dulang kecil + air sirap RM30.00 dan juga mini ambeng + air RM10.00.










Ambeng besar + sirap RM50.00 (4 - 5 orang makan)







Mini Ambeng + air sirap RM10.00 (seorang)







Ambeng kecil + air RM30.00 (2 - 3 orang makan)




Kami juga menyajikan Pecel, Daging Salai juga Sagu Gula Melaka. Atas permintaan ada juga Patin Tempoyak, Daging Semur, Ayam Masak Kari, Ayam Masak Ketumbar...juga Ayam Masak Lemak Cili Api....Kerabu juga tidak ketinggalan.....ingin mencuba?






Sagu Gula Melaka




Pecel



Hubungi Kami....013-2080833 / 012-2295228







Friday, October 30, 2015

Survival Camp. Eksplorasi dan Ekspedisi.


Kem 3H2M ini telah berlansung dengan jayanya pada 28 - 30 Ogos 2015 yang lalu. Seramai 100 orang pelajar dari Kolej Antarabangsa Yayasan Saad Melaka dengan diketuai oleh En Azmi Mohamad selaku guru pembimbing telah menyertai kem ini.



Seperti biasa pembahagian kumpulan, kata sorakan kumpulan dan demo membuat peralatan survival dilakukan pada malam hari pertama oleh 6 orang Jurulatih dan seorang Ketua Jurulatih berpengalaman dari Riverstone Eco Resort. Kami juga disertai oleh 4 orang trekker orang asli penduduk tempatan.

Misi hari ke 2 adalah Rentas Hutan dan Masakan Rimba......





Menuju ke destinasi yang telah ditetapkan dengan penuh debaran. Membawa bersama bekalan beras, ayam, bunga kantan, gula, garam, tea uncang, bawang dan cili. Masing-masing teruja dengan aktiviti yang bakal dilalui.





Beberapa aktiviti lain juga dijalankan sepanjang program berlansung seperti Memanah, Rempuh Halangan, Jalan Malam juga Cina Buta.





Dan yang pasti makan Nasi Ambeng sebelum pulang ke Kolej




Wajah-wajah ceria peserta setelah selesai aktiviti.





SEHINGGA BERJUMPA LAGI BERSAMA PELAJAR LAIN PULA....Terima kasih Kolej Yayasan Saad.















































Tuesday, May 5, 2015

PAKEJ PERKAHWINAN

Kompang di Palu Pengantin Baru
Duduk Bersanding Tersenyum Malu
 
Mencari lokasi untuk majlis resepsi anda? Kami menyediakan pakej untuk memudahkan urusan anda.
Berbekalkan pengalaman luas dalam bidang komunikasi dan pengurusan majlis, kami sentiasa berusaha untuk memberikan yang terbaik kepada anda.
 
Bermula dari Kad Jemputan, Door Gift, Pelamin, Andaman serta Persalinan, Makanan, RELA, dan tetamu yang hadir akan kami raikan dan sempurnakan dengan sebaiknya.
 
Selain menghidangkan lauk basic Majlis Persandingan, kami juga menyajikan lauk-lauk kampong untuk hidangan kepada tetamu anda.
 
Hubungi kami : 013-2080833
 
RM30.00 seorang. Min 1000.00 orang tetamu.
 
 
Jelatah Timun dan Nanas
 



Ayam Masak Kicap
 


Gulai Daging Dan Kentang




Sambal Goreng Jawa
 



Tuesday, March 17, 2015

PAKEJ PENGANTIN PERSANDINGAN KENDURI KAHWIN




Riverstone Eco Resort The Wedding Place.....

Direnjis-renjis di pilis.....ditepungi la tawar
Beras kunyit ditabur...disiram si air mawar.

Kompang dipalu....pengantin baru
Duduk bersanding....tertunduk malu.

Tiada kata seindah bahasa, tiada gambar seindah lukisan. Indahnya susunan kata seindah gambaran majlis indaman untuk meraikan kedua mempelai, merpati dua sejoli, raja sehari atau apa juga panggilannya. Lakarkan memori indah anda disini bersama kami.....
 
Pakej Lengkap kami menawarkan hampir kesemua keperluan anda. Kami akan menjadikan impian anda satu reality.








Pelamin











Meja Pengantin dan VIP







 
Kumpulan Cempuling - Menyerikan majlis dgn selawat dan qasidah.





HUBUNGI : 013-2080833 / 012-2295228 untuk maklumat lanjut.....

Monday, February 23, 2015

Meraikan Pengantin dan Majlis Persandingan


Majlis Persandingan Husnaliza dan Rasid pada Hari Sabtu 7 Februari 2015 lalu melakarkan sebuah memori indah buat kedua pengantin. Selain diraikan dalam majlis gilang gemilang, kehadiran rakan dan handai taulan menjadikan suasana bertambah ceria.

Majlis berlangsung dari jam 11.00am sehingga jam 4.00pm. Menggunakan keseluruhan kawasan Resort di dalam dan di luar bangunan dengan warna tema purple dan grey.....

Buffet dan Kanopi di halaman
 
Buffet di dalam bangunan
 
 
Meja Makan Beradap di dalam bangunan
 
 
Buffet untuk VIP
 
 
Meja VIP
 
 


Tetamu dijamu dengan hidangan Ayam Masak Kicap Ulu Batu, Daging Gulai + Kentang Sg Pamah, Sambal Goreng Jawa Mak Kampung dan Acar Timun + Nanas Sg Gimba sebagai menu utama.

 
 

 
 
 
 



 
 

Dimulai dengan doa dan selawat sepanjang majlis berlansung, sekali lagi Kumpulan Cempuling ini beraksi di tempat kami. Menghiburkan tetamu dengan lagu berunsurkan dakwah dan islamik.
 
 
 Kumpulan Cempuling
 
Tahniah mempelai yang diraikan, terima kasih kerana memilih kami untuk majlis persandingan ini.
 

Majlis ini disempurnakan secara keseluruhannya oleh Pn Hamidah Asararuddin yang juga merupakan Pengurus Besar Riverstone Eco Resort. Hubungi kami di talian 013-2080833 untuk sebarang pertanyaan.