Hamidah Asararuddin antara juadah bufet Ramadan di Riverstone Eco Resort, Hutan Lipur Sungai Tua, Jln. Sungai Tua, Batu Caves, Selangor
Menu kali ini mengetengahkan masakan paling istimewa dan terbaik dari dapur yang diilhamkan sendiri oleh Pengurus Besar Riverstone Eco Resort, Hamidah Asararuddin.
Di situ kelak, kita boleh menikmati masakan seperti kambing masak kencur, arnab rendang dan itik masak ketumbar sepanjang Ramadan. Masakan ini dihidangkan setiap hari di Restoran D'River untuk dinikmati pelanggan sepanjang bufet Ramadan di resort yang terletak dekat Hulu Yam, Selangor itu.
Hamidah berkata, masakan popular seperti patin masak tempoyak, ayam panggang Riverstone dan wedang serey tetap disajikan seperti tahun-tahun sebelumnya.
No comments:
Post a Comment
"Sila tinggalkan komentar anda"