NASI AMBENG ISTIMEWA

NASI AMBENG ISTIMEWA
HANYA DI RIVERSTONE ECO RESORT. Hutan Lipur Sungai Tua, Batu Caves, Selangor. 013-2080833, 03-92022672

Friday, April 1, 2011

Survival Camp

Riverstone Survival Camp
Buat julung kalinya Riverstone Eco Resort telah menganjurkan kem berkonsepkan Survival sempena cuti persekolahan yang lalu. Kem yang berlangsung selama 3H2M malam ini telah dijalankan dari 18 - 20 Mac, 2011.

Seramai 30 orang peserta remaja berusia dari 13 hingga 19 tahun telah menyertai kem ini. Peserta didedahkan dengan pelbagai ilmu dan dan panduan yang amat berharga semasa di dalam hutan. Memasak, makan dan minum menggunakan buluh menjadi pengalaman yang amat berharga buat mereka.


Walaupun berada di dalam hutan dan keadaan persekitaran yang tidak selesa, tanggung jawab sebagai seorang muslim tidak boleh dilupakan. Dengan tunjuk ajar dari seorang Ustaz yang telah dilantik sebagai guru agama oleh pihak RER, remaja ini diajar untuk menunaikan solat di dalam hutan.

Penerangan dari Jurulatih setibanya di lokasi

Memasak menggunakan buluh. Satu pengalaman baru buat mereka.

Solat Zohor

Nasi dah masak
Pinggan pun daripada buluh .......


Masing-masing dah kenyang, mendengar penerangan untuk aktiviti seterusnya


Ikatan...antara aktiviti yang diselitkan


Basic First Aid and Rescue


Management Activity yang diberikan - Rescue Bear


Selain dari pengalaman memasak di dalam buluh, peserta juga diberikan pendedahan tentang kepentingan mengetahui beberapa jenis ikatan tali. Walaupun ini merupakan ikatan mudah, tetapi ianya amat berguna dalam kehidupan seharian.

Tidak ketinggalan juga peserta diajarkan beberapa teknik pertolongan cemas yang sering berlaku disekeliling kita. Peserta diajar untuk menangani masalah luka, berdarah, terseliuh dan juga patah sepanjang perjalanan pergi dan balik dari kem ke hutan di mana aktiviti survival ini dijalankan.

Semua peserta menyatakan perasaan gembira dan amat teruja dengan kem kali ini. Banyak perkara baru telah dipelajari sepanjang kem ini berlangsung. Bagi yang telah hadir dan ingin mempelajari pelbagai lagi teknik kehidupan di dalam hutan sertai kami pada 3 - 5 June 2011.

Kepada yang belum pernah menyertai kem sebegini, jangan ketinggalan sertai kami. Bayaran yang dikenakan adalah RM350.00 seorang. Hubungi 03-92004181/013-2080833 untuk pendaftaran dan keterangan lanjut.

No comments:

Post a Comment

"Sila tinggalkan komentar anda"