NASI AMBENG ISTIMEWA

NASI AMBENG ISTIMEWA
HANYA DI RIVERSTONE ECO RESORT. Hutan Lipur Sungai Tua, Batu Caves, Selangor. 013-2080833, 03-92022672

Wednesday, March 16, 2011

Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia

Majlis Perpisahan Tamat Latihan Pegawai Bomba dan Penyelamat
13 Mac 2011


Mengabadikan kenangan terindah di sini.

Sekali lagi Riverstone Eco Resort menyaksikan sebuah majlis yang diaturkan khas sempena meraikan sebuah kejayaan dan kegembiraan seramai 45 orang pelatih pegawai kadet bomba dan penyelamat dari Kuala Kubu Bharu yang telah menamatkan latihan selama 9 bulan. Paling membanggakan terdapat seorang pelatih wanita bersama kumpulan ini.
Amat berbesar hati menerima kehadiran mereka yang diwakili oleh Samsul Maarif selaku orang kuat yang mengaturkan majlis ini dan juga merupakan rakan Facebook kepada Pn Hamidah.
Berkongsi kegembiraan dan menghargai kehadiran mereka, Riverstone Eco Resort telah menyumbangkan 2 baucer makan tengahari/makan malam Nasi Ambeng kepada peserta 'Karaoke' terbaik pada malam itu.
Majlis yang berlansung dengan suasana ceria tersebut berakhir pada jam 2.00am, 14 Mac 2011.
Ucapan terima kasih kami kepada semua yang hadir dan tahniah atas kejayaan anda semua.
Wajah-wajah bakal pemimpin Bomba Daerah




Enak menjamu selera....antara beberapa orang pegawai yang hadir.

Sibuk memilih lagu untuk didendangkan sempena majlis perpisahan ini.


Amanat dari seorang Ketua.



Kami Berjaya...............







Tuesday, March 15, 2011

Majlis Resepsi Azman dan Yen

Sabtu 12 Mac 2011, melakarkan sebuah lagi kenangan terindah dalam sejarah kehidupan Yen dan Azman. Riverstone Eco Resort amat berbangga kerana dipilih untuk menyaksikan saat tersebut kerana dipilih menjadi tempat berlangsungnya majlis resepsi dua mempelai ini. Menerima kehadiran lebih 200 orang tetamu dan yang paling unik sekali majlis ini menghidangkan Nasi Ambeng kepada semua hadirin pada hari tersebut.....




Kompang dipalu irama gemalai
Tetamu datang beramai-ramai
Saat terindah dua mempelai
Ikatan kasih sudah termeterai




Kuning sedondon busana dipadan
Dipakai bersanding sejuk dan nyaman
Sama cantik, sama padan.....
Kedua mempelai Yen dan Azman



Direnjis-renjis pengantin berseri
Inai merah di jari tangan
Merasmi gelaran suami isteri
Semoga bahagia aman berkekalan


Bersanding mempelai raja sehari
Jeling menjeling menambah seri
Dua lubalang mempersembah tari
Untuk merai raja dan permaisuri


UiTM - Intec



Having Nasi Ambeng for dinner right after rafting activity...its really delicious.



About 55 students from UiTM Shah Alam, attended 3D 2N Kem Smart Solat which was held at Riverstone Eco Resort on 11 - 13 Mac 2011. Rafting and obstacle course are also choosen as part of their activity during the camp. They also tried our signature meal...the famous Nasi Ambeng.

Thursday, March 10, 2011

Riverstone Eco Resort dan Muara Sungai Batu. Empangan Batu

Dari Empangan Batu ke Riverstone Eco Resort
Sungai Batu ke Riverstone Eco Resort

Aktiviti berkumpulan di atas pulau pasir


Berkayak di Sungai Batu


Rakit Buloh

Berbagai aktiviti boleh dilakukan






Merentas Sungai

"Flying Fox" dari lobi Riverstone Eco Resort menyeberangi Sungai Batu





RIVERSTONE ECO RESORT

Sesuai untuk pelbagai aktiviti

Wednesday, March 9, 2011

Riverstone Survival dan Smart Camp semai nilai positif remaja

Flying Fox

INFO


* Kem bagi peserta tujuh hingga 12 tahun diadakan pada 14-16 Mac in

* Kem bagi peserta 13 hingga 19 tahun berlangsung pada 18 hingga 20 Mac ini.

* Riverstone Eco Resort terletak di kawasan hutan lipur Ulu Yam, berhampiran Batu Caves.

* Turut menawarkan pakej rumah terbuka hari raya untuk individu dan berkumpulan pada harga berpatutan.

* Sedia menerima tempahan bagi menganjurkan pelbagai majlis antaranya, perkahwinan, ulangtahun perkahwinan, harijadi, perjumpaan keluarga dan hari keluarga dan program motivasi.

* Menyediakan penginapan ala kampung yang boleh menampung sehingga 90 penghuni dan dewan yang boleh memuatkan 200 orang.

* Kemudahan surau disediakan.

* Maklumat lanjut layari http://www.riverstoneecoresort.blogspot.com/



Atas sambutan dan permintaan ramai, Riverstone Eco Resort sekali lagi menganjurkan kem motivasi pelajar sempena musim cuti sekolah Mac ini bagi mengisi masa lapang dengan program dan aktiviti berfaedah.

Program kali ini tetap dengan matlamat yang sama iaitu memberi input kepada remaja mengenai pengetahuan dan amalan nilai murni supaya dapat melahirkan remaja yang seimbang dunia dan akhirat.

Bagaimanapun, untuk kali ini penganjur memperkenalkan pendekatan berbeza iaitu membahagikan peserta kepada dua peringkat mengikut tahap umur mereka.

Bagi peserta tujuh hingga 12 tahun mereka boleh menyertai Riverstone Smart Camp yang akan diadakan selama tiga hari dua malam mulai 14 Mac manakala peserta berumur 13 hingga 19 tahun boleh mengikuti Riverstone Survival Camp pada 18 hingga 20 Mac ini.

Pengarah Program, Hamidah Asararuddin berkata, kedua-dua program itu akan dijalankan mengikut modul yang berbeza bersesuaian dengan umur peserta.


Beliau berkata, program itu bertujuan melahirkan remaja yang berkeyakinan, dedikasi, berdikari dan berdisiplin, tinggi motivasi diri, menghormati orang tua dan mengamalkan nilai-nilai murni dalam kehidupan seharian.

Hamidah menjelaskan, antara pengisian program ialah permainan simulasi, solat berjemaah, riadah, kuliah Subuh dan Maghrib. Turut diadakan ialah aktiviti rekreasi dan riadah seperti berjalan malam, merentas halangan, Flying Fox dan permainan paintball.
"Aktiviti untuk peserta berusia 13 hingga 19 tahun lebih mencabar kerana selain dibawa berkhemah di dalam hutan, mereka akan diminta hidup secara 'survival' dengan hanya menggunakan peralatan yang ada disekitar mereka. Contohnya, memasak nasi dlam buluh dan merebuh telur dalam tanah," katanya.

Peserta akan ditempatkan di Riverstone Eco Resort di Hutan Lipur Ulu Yam dikelilingi suasana persekitaran alam semula jadi yang segar dan menyamankan. Peserta diminta membawa keperluan diri seperti pakaian dan kasut sukan, pakaian/keperluan untuk sembahyang, pakaian tidur termasuk kain batik dan pelikat, barangan mandian selimut dan cadar.

Mereka yang berminat boleh menghubungi Juliana di talian 03-92004181 atau 013-2080833 untuk maklumat lanjut dan pendaftaran.


-

Peribahasa Malayu

Koleksi Peribahasa Melayu dan Maksud
Browse: Home / Peribahasa / Bawa resmi padi, makin berisi makin tunduk
Bawa resmi padi, makin berisi makin tunduk




Makin banyak ilmu atau makin tinggi pangkat makin merendah diri. (Bandingkan dengan: Seperti buah padi, makin berisi makin rendah; jangan seperti lalang, makin lama makin tinggi).





--------------------------------------------------------------------------------------

Monday, March 7, 2011

Budaya Jawa kian dilupakan


Oleh NURUL IZZA ROSLY

KANAK-KANAK yang dirai berkongsi nasi keluban di Majlis Among-Among 6 yang diadakan di Riverstone Ulu Yam baru-baru ini.


TAHUKAH anda apa itu among-among? Seorang wanita berketurunan Jawa pernah melontarkan soalan tersebut ketika penulis menghubunginya untuk bertanya tentang budaya masyarakat Jawa membuatkan penulis terdiam seketika memikirkan maksud di sebalik perkataan itu. Adakah ia sejenis makanan atau haiwan?

Jika perkataan among-among agak asing pada penulis, pastinya ia juga jarang didengari oleh mereka yang bukan berketurunan Jawa. Apatah lagi, di kalangan masyarakat Jawa di Malaysia sendiri ada yang tidak mengetahui apa itu among-among. Jika ada pun hanya sekadar pernah mendengar perkataan tersebut.

Naluri untuk mengetahui lebih lanjut mengenai among-among menemukan penulis dengan beberapa lelaki berketurunan Jawa melalui satu pertemuan yang diaturkan Riverstone, Ulu Yam baru-baru ini.

“Among-among merupakan satu tradisi masyarakat Jawa meraikan bayi selepas 36 hari dilahirkan. Ia akan diadakan setiap tahun sehinggalah bayi itu pandai bercakap, biasanya pada umur empat tahun.

“Sebelum among-among ini dijalankan ada beberapa tradisi lain yang perlu dilakukan sebaik sahaja seseorang bayi itu lahir. Hari pertama hingga ketujuh bayi dilahirkan, ramai jiran-jiran dan saudara-mara datang menziarah keluarga bayi. Kunjungan tradisi ini dipanggil muyi, biasanya kaum ibu datang pada waktu siang manakala kaum bapa pada waktu malam,” kata Zahrul Nizam Mahfuz, 43, yang lebih mesra disapa Kang Nizam. Beliau merupakan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Mutiara i-Tech.


ZAHRUL NIZAM membisikkan sesuatu ke telinga Anuar Kusmat menunjukkan bagaimana tradisi balalan dilakukan.


Selepas muyi, ia diikuti dengan puputan atau kenduri cukur jambul. Pada masa ini para tetamu diraikan dengan jamuan nasi ambang atau disebut ambeng. Juadah nasi itu dimakan bersama ayam masak kicap, mi goreng, sambal goreng, sayur dan serunding kelapa. Kemudian barulah tradisi among-among bermula selepas tempoh berpantang tamat.

Among-among diadakan setiap tahun sejak bayi dilahirkan hinggalah bayi tersebut fasih bercakap tetapi kebanyakan masyarakat Jawa Malaysia menyambutnya pada hari lahir seseorang bayi tersebut.

“Among-among sebenarnya untuk meraikan kanak-kanak sama seperti sambutan hari lahir. Memadai menjemput jiran tetangga dan saudara-mara terdekat yang akan dijamu dengan nasi keluban yang dihidangkan di dalam dulang,” kata anak Jawa kelahiran Tanjung Karang, Selangor itu.

Urap

Kanak-kanak yang hadir akan makan beramai-ramai di dalam satu dulang berlaukkan urap. Urap adalah campuran sayuran seperti pucuk ubi, tauge, kacang panjang ala kerabu kelapa yang diletakkan di atas nasi dan di kelilingnya pula diletakkan telur, ikan bilis, ikan kembung goreng atau ayam mengikut kemampuan sesebuah keluarga,” kata Kang Nizam yang merupakan Naib Presiden I Persatuan Anak Jawa Malaysia (Ajmal).

Selain nasi keluban tetamu cilik juga dijamu dengan bubur abang dan jajan pasar. Bubur abang merupakan tradisi wajib kerana ia melambangkan kesyukuran.

Ia dipanggil abang kerana warnanya merah. Abang dalam bahasa Jawa ialah merah. Bubur tersebut diperbuat daripada beras yang direbus sehingga lembut kemudian ditambah santan, garam dan daun pandan, manakala jajan pasar pula ialah hidangan makanan ringan tujuh warna atau jenis yang berlainan.

Menurut Kang Nizam, among-among semakin jarang diamalkan dalam kehidupan masyarakat Jawa di Malaysia mengikut tradisi yang sepatutnya. Bagaimanapun, ia masih diamalkan di sesetengah tempat seperti di Teluk Intan, Perak, Sabak Bernam di Selangor dan Johor.

MASYARAKAT Jawa meraikan bayi dalam beberapa majlis seperti among-among, puputan dan muyi. - Gambar hiasan


Turut sependapat dengannya ialah Pengarah Urusan Etika Sihat Sdn. Bhd., Ashaari Sidek, 54. Ashaari memberitahu, tradisi masyarakat Jawa Malaysia seperti muyi dan among-among menunjukkan kesuramannya sejak pertengahan tahun 70-an.

“Saya masih ingat kerana pada masa itu kami adalah golongan yang diraikan. Orang lama tahulah mengenai tradisi ini. Kini, ramai yang tidak melakukannya kerana tidak tahu bagaimana kerana ia tidak diwarisi dengan baik.

“Kebiasaannya dalam sebuah keluarga ada orang lama yang menjadi pakar rujuk, apabila mereka tiada, tradisi seperti muyi, among-among, balalan dan baraan semakin dilupakan,” katanya ketika meraikan among-among Muhammad Harith Fahmi Mohd. Fidzhar berusia enam bulan di Riverstone Eco Resort yang terletak di Hutan Lipur Sungai Tua, Jalan Sungai Tua, Batu Caves baru-baru ini.

Jaluk ngapuro

TRADISI makan nasi ambang di dalam dulang yang dikongsi beramai-ramai mampu mengeratkan hubungan silaturahim.


Balalan atau dengan nama lainnya jaluk ngapuro iaitu tradisi bermaaf-maafan ketika Hari Raya Aidilfitri turut menerima nasib yang sama kerana ia jarang sekali dipraktikkan.

“Balalan ini hanya dilakukan ketika hari raya sahaja. Ia merupakan upacara meminta maaf di antara orang muda dan orang tua.

“Ia dilakukan secara duduk berdepan sambil kepala kedua-dua pelaku merapati satu sama lain secara sisi sambil bersalam dan meminta maaf daripada sekecil-kecil kesalahan hinggalah kesalahan yang besar. Upacara ini paling lama boleh mencecah selama 15 minit,” katanya.

Tambahnya apa yang diucapkan lebih kepada berbisik dan melibatkan penggunaan bahasa Jawa halus.

Dalam pada itu, seorang anak muda berdarah Jawa, Abdul Raouf Mohd. Dahlan, 31, memberitahu dirinya cukup bertuah kerana keluarganya masih mengamalkan tradisi masyarakat Jawa seperti puputan, among-among dan balalan walaupun juadah seperti nasi ambang dan nasi keluban tidak disediakan kerana kekangan masa.

“Sebagai seorang Jawa, saya berbangga dengan tradisi turun-temurun yang masih diamalkan dan menjadi identiti kami.

“Bagaimanapun, saya sedikit terkilan kerana banyak tradisi Jawa sudah dilupakan. Bagi saya tradisi adalah identiti kepada sesuatu bangsa,” katanya yang merupakan seorang guru.

KOSMO Isnin 7 Mac 2011

Friday, March 4, 2011

Bina sahsiah di hutan lipur



Bina sahsiah di hutan lipur
Oleh Minarni Mat Saad
minarni@bharian.com.my


SESEKALI kita perlu merehatkan minda anak dengan memberi peluang mereka berehat dan melakukan sesuatu yang berbeza berbanding apa yang biasa kita lakukan setiap hari.

Kedatangan cuti sekolah pertengahan bulan ini patut digunakan ibu bapa untuk meredakan ketegangan anak yang bersekolah.

Program motivasi dan berehat adalah aktiviti yang baik untuk membina sahsiah diri anak selain mereka berpeluang untuk melakukan sesuatu berbeza.

Pelbagai kaedah program motivasi dan seminar diadakan sepanjang musim cuti sekolah sama ada tumpuan dalam kecemerlangan pendidikan atau membentuk pelajar menjadi remaja yang berkeyakinan, berdedikasi serta mempunyai matlamat dalam hidup.



Satu daripadanya ialah Riverstone Eco Resort di hutan lipur Ulu Yam, Selangor yang berpengalaman mengendalikan kem motivasi ala rekreasi tetapi dengan satu matlamat iaitu melahirkan remaja yang cemerlang dan bertakwa.


Kali ini, Riverstone membahagikan peserta kepada dua peringkat mengikut tahap umur mereka.

Bagi peserta tujuh hingga 12 tahun mereka boleh menyertai Riverstone Smart Camp selama tiga hari dua malam mulai 14 Mac manakala peserta berumur 13 hingga 19 tahun boleh mengikut Riverstone Survival Camp pada 18 hingga 20 Mac ini.
ngarah Program, Hamidah Asararuddin berkata, kedua-dua program itu diadakan bagi melahirkan remaja berkeyakinan, dedikasi, berdikari dan berdisiplin, tinggi motivasi diri, menghormati orang tua dan mengamalkan nilai-nilai murni dalam kehidupan seharian.

“Peserta akan didedahkan dengan keperluan untuk memiliki sahsiah diri, penampilan dan kesihatan yang baik serta kemahiran berkomunikasi.

“Kita mahu membuka minda dan menanam semangat dalam kalangan pelajar untuk berusaha menjadi remaja yang cemerlang, bermotivasi dan berkualiti,” katanya.

Antara pengisian program ialah permainan simulasi, solat berjemaah, riadah, kuliah Subuh dan Maghrib.

Turut diadakan ialah aktiviti rekreasi dan riadah seperti berjalan malam, merentas halangan, flying fox dan permainan paintball.

“Peserta akan ditempatkan di Riverstone Eco Resort yang dikelilingi suasana persekitaran alam semula jadi segar dan menyamankan.

“Peserta diminta membawa keperluan diri seperti pakaian dan kasut sukan, pakaian/keperluan untuk solat, pakaian tidur termasuk kain batik dan pelikat, barangan mandian, selimut dan cadar.

“Peserta akan diberikan sijil dan kemeja-T selepas tamat program dan mendapat perlindungan Skim Insurans Kemalangan Berkelompok dari Syarikat Insurans Berdaftar,” katanya.

Berminat, hubungi Juliana di talian 03-92004181 atau 013-2080833 untuk maklumat lanjut dan pendaftaran.


INFO

Riverstone Eco Resort

Terletak di kawasan hutan lipur Ulu Yam, berhampiran Batu Caves

Turut menawarkan pakej rumah terbuka hari raya untuk individu dan berkumpulan pada harga berpatutan.

Sedia menerima tempahan bagi menganjurkan pelbagai majlis antaranya perkahwinan, ulang tahun perkahwinan, hari jadi, perjumpaan keluarga dan hari keluarga dan program motivasi.

Menyediakan penginapan ala kampung yang boleh menampung sehingga 90 penghuni dan dewan yang boleh memuatkan 200 orang.

Kemudahan surau disediakan.

Maklumat lanjut layari www.riverstoneecoresort.com.
--

Tuesday, March 1, 2011

Kem remaja di Riverstone


Kem remaja di Riverstone

Oleh KHADIJAH MOHAMAD NOR



PESERTA berpeluang mengikuti pelbagai aktiviti menarik seperti flying fox dan paintball.
--------------------------------------------------------------------
BAGI melahirkan generasi muda yang bersemangat dan mempunyai jati diri yang tinggi, pihak pengurusan Riverstone Eco Resort yang terletak di Ulu Yam, Selangor menawarkan dua program motivasi sepanjang bulan ini.

Dianjurkan buat pertama kalinya, program yang dipanggil Kem Pintar dan Kem Survival Riverstone itu bertujuan untuk menanamkan sikap positif dalam diri golongan remaja.

Menurut pemilik Riverstone Eco Resort, Hamidah Asasaruddin, penganjuran kem tersebut bertujuan untuk membimbing remaja dalam menganalisis diri, mencari kekuatan dan kelemahan yang ada serta mengembangkan potensi serta bakat mereka.

“Di samping itu, modul yang akan diguna pakai mampu untuk menjadikan seseorang remaja itu sentiasa berfikiran positif dan komited terhadap tanggungjawab sebagai pelajar dan anak.

“Sepanjang tiga hari kem ini berlangsung, setiap peserta akan didedahkan dengan keperluan untuk memiliki sahsiah diri, penampilan dan kesihatan yang baik serta menguasai kemahiran berkomunikasi,” ujar Hamidah.

Antara pengisian sepanjang program berlangsung termasuklah permainan simulasi, aktiviti riadah seperti merentas hutan, paintball dan flying fox.

Selain itu, peserta juga akan menunaikan solat secara berjemaah selain mengikuti kuliah Subuh dan Maghrib yang akan disampaikan oleh fasilitator yang berpengalaman.

“Kami harap, penganjuran kem sebegini akan dapat melahirkan remaja yang berkeyakinan, berdedikasi, berdikari, berdisiplin, menghormati orang tua dan mengamalkan nilai-nilai murni dalam kehidupan seharian,” tambah Hamidah yang mencetuskan idea bagi penganjuran kem tersebut.
PESERTA kem mencuba aktiviti paintball di Riverstone Eco Resort.
-------------------------------------------------------

Untuk Kem Pintar, penyertaan terbuka kepada pelajar yang berusia tujuh hingga 12 tahun. Kem ini akan berlangsung pada 14 hingga 16 Mac. Yuran penyertaan sebanyak RM260 seorang dengan setiap peserta akan turut menerima sijil penyertaan dan kemeja T.

Bagi Kem Survival pula, ia akan diadakan pada 18 hingga 20 Mac dengan bayaran penyertaan RM290 seorang. Kem itu terbuka kepada pelajar berusia 13 hingga 19 tahun.

Setiap peserta akan menginap di dorm yang terdapat di resort tersebut. Mereka cuma perlu membawa barang-barang keperluan seperti pakaian yang sesuai sepanjang program, pakaian sukan, kasut, barangan mandian, selimut, tuala, kain pelikat atau kain batik.

Penyertaan terbuka kepada 50 hingga 100 peserta bagi setiap kem. Untuk menjamin keselamatan peserta, mereka akan dilindungi dengan Skim Insurans Kemalangan Berkelompok daripada syarikat insurans berdaftar.

Tarikh tutup penyertaan pada 12 Mac. Untuk maklumat lanjut hubungi Hamidah di talian 012-229 5228.