NASI AMBENG ISTIMEWA

NASI AMBENG ISTIMEWA
HANYA DI RIVERSTONE ECO RESORT. Hutan Lipur Sungai Tua, Batu Caves, Selangor. 013-2080833, 03-92022672

Thursday, December 23, 2010

Superteen Camp@Riverstone Siri 2

Superteen Camp@Riverstone Siri 2....akan berlangsung pada bulan Mac ini. Kami masih mengekalkan harga yang sama iaitu RM220.00 seorang untuk program 3 Hari 2 Malam ini....

Jangan ketinggalan...daftarlah sekarang. Hubungi kami di 03-92004181/92872672 untuk keterangan lanjut.

Peserta-peserta Superteen Camp @Riverstone Siri 1

Temui Danish dan Paint Ball Target Shooting di Siri 2 nanti.....

Sesi bercerita .....antara aktiviti yang akan dilakukan.


Ini adalah antara aktiviti lasak dan mencabar untuk semua peserta nanti...

Aktiviti apa ni....nantikan di Superteen Camp@Riverstone nanti....





Thursday, December 16, 2010

Superteen Camp @Riverstone

Sebahagian dari peserta bergambar bersama Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah.

Sentiasa bersama sebagai satu kumpulan sepanjang program berlangsung.

Antara aktiviti menguji minda dan keyakinan yang dilakukan oleh peserta.


Antara aktiviti rekreasi yang disertai oleh peserta sepanjang kem ini.


Berkumpul, memberikan pendapat, meluahkan rasa, berkongsi masalah sesama ahli kumpulan dan fasilitator.


Antara peserta lelaki yang menyertai program kali ini.


Mengabadikan kenangan terindah di Riverstone Eco Resort.
Bersempena cuti sekolah hujung tahun yang agak panjang, Riverstone Eco Resort dengan kerjasama Anak Jawa Malaysia iaitu sebuah perkumpulan laman web Facebook telah menganjurkan kem untuk remaja berumur 9 hingga 16 tahun. Dinamakan Superteen Camp@Riverstone, kem yang berlansung selama 3 Hari 2 Malam ini telah disertai oleh seramai 55 orang pelajar dari serata Semenanjung bermula dari 10 hingga 12 Disember 2010.
Menyedari akan keperluan kem-kem sedemikian untuk dihadiri oleh remaja masa kini, dan juga rintangan harga yang agak mahal merupakan antara masalah yang dihadapi oleh ibu bapa, kem anjuran Riverstone Eco Resort dan Anak Jawa Malaysia ini hanya mengenakan harga yang paling minima kepada semua peserta iaitu RM220.00 seorang. Semua peserta mendapat Sijil Penyertaan dan T-Shirt.
Selain itu pihak kem telah menyediakan 4 orang fasilitator bertauliah dan berpengalaman dari Jabatan Agama Islam Selangor untuk menyelia dan menjalankan program ini. Sementara penceramah jemputan pula adalah Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah. Secara kebetulan pula Dr Mohd Ridhuan merupakan rakan lama kepada Pengurus Besar kami, Pn Hamidah.
Dengan slogan Melahirkan Remaja Berkarisma, sepanjang tempoh kem ini berlangsung peserta diberikan pelbagai pendedahan yang amat berguna kepada mereka untuk masa kini dan masa akan datang. Selain pengisian ibadah, peserta juga didedahkan dengan pelbagai situasi semasa yang mereka sendiri tidak pernah terfikir akan melaluinya.
Peserta diajar untuk mengambil air sembahyang dengan jumlah air yang terhad dan menunaikan solat di dalam hutan semasa aktiviti Merentas Hutan. Sesi praktikal mandi wajid di dalam sungai dan di dalam bilik air juga merupakan antara pelajaran yang diajarkan kepada semua peserta. Selain itu peserta juga didedahkan dengan kepentingan kekeluargaan, menghormati ahli keluarga, menghayati islam disamping menjurus untuk menjadi anak yang soleh dan solehah kepada ibu bapa.
Sementara aktiviti Paint Ball Target Shooting pula merupakan aktiviti terbaru yang amat mengujakan semua peserta. Peluang memegang 'marker' dan menembak sasaran merupakan kenangan paling manis yang tidak dapat dilupakan. Selain itu aktiviti rentas halangan juga merupakan antara aktiviti lasak yang menyeronokkan bagi setiap peserta.
Kegembiraan terpancar diwajah semua peserta di akhir kem. Masing-masing mendapat sesuatu yang baru untuk dikongsi bersama rakan-rakan apabila sekolah dibuka nanti. Namun demikian kesedihan untuk berpisah dari rakan-rakan setelah berkumpul bersama selama tiga hari amat dirasakan.....
Kepada semua peserta tahniah dan syabas diucapkan. Kita jumpa lagi di sesi kedua Superteen pada bulan Mac 2011 nanti. Kepada yang ingin mengikuti kem ini jangan lupa hubungi kami di talian 03-92004181 atau 03-92872672. Superteen Camp@Riverstone siri 2 akan menemui anda Mac nanti.


















Thursday, December 9, 2010

Sajian tradisional jawa

Oleh SITI ZALEHA JORIMAI
zaleha.jorimai@utusan.com.my
Gambar ZAKARIA IDRIS


Nasi ambang terasa lebih enak dinikmati dengan duduk bersila bersama keluarga.

--------------------------------------------------------------------------------

LAHIR dan dibesarkan dalam komuniti Jawa antara yang telah sebati dan sukar untuk dilupakan ialah kenangan menikmati keenakan hidangan nasi ambang (disebut ambeng).

Namun bukan sepanjang masa hidangan ini boleh dinikmati kecuali jika ada majlis-majlis tertentu seperti kenduri arwah atau kenduri kesyukuran.

Waktu itu sanggup menyengkang mata menunggu ‘bapak’ balik dari kenduri semata-mata tidak mahu ketinggalan berebut ‘berkat’ (panggilan untuk nasi ambang yang dibungkus dalam daun pisang untuk dibawa pulang selepas kenduri selesai).

Ketika itu aroma nasi yang berbaur dengan lauk pauk dibungkus panas-panas dengan daun pisang cukup membangkitkan selera.

Kini tinggal berjauhan dari kampung, sukar mencari nasi ambang yang benar-benar asli walaupun makanan ini telah dikomersialkan.

Sehinggalah baru-baru ini apabila penulis disaji sedulang nasi ambang di Restoran Riverstone Eco Resort di Hutan Lipur Sungai Tua, Ulu Yam, Batu Caves, Selangor, sempena perjumpaan beberapa ahli Persatuan Anak-Anak Jawa Malaysia (AAJM).

Sambil duduk bersila tangan masing-masing bersilang-silang mencubit dan menggaul lauk pauk dengan nasi dalam dulang beralaskan. Bagi yang tidak biasa atau tidak pernah melihat situasi sebegitu pasti terasa kurang senang tetapi itulah uniknya hidangan nasi ambang yang punya maksud tersirat.

Pemilik restoran, Hamidah Asararuddin berkata, sengaja dia menghidangkan sajian tradisonal itu atas permintaan ahli-ahli komuniti Facebook tersebut yang rata-ratanya turut merindui keenakan nasi ambang sebenar.

Nasi ambang, katanya, merupakan hidangan paling dekat dengan masyarakat Jawa tetapi sekarang ini agak sukar untuk mencari yang benar-benar asli dihidang di atas daun pisang dalam dulang.

Sajian yang disusun molek dalam dulang ini mengandungi pelbagai lauk wajib seperti ayam masak kicap, sambal goreng, mi atau bihun goreng, ikan kering, tempe goreng dan serunding kelapa yang jadi penyedap rasa.

“Sesetengah lauk-pauk tersebut ada kalanya sedikit berbeza mengikut daerah dan tempat. Contohnya, di Johor sesetengahnya diletakkan bergedel, tumis kacang panjang dan sebagainya.

“Tetapi lauk asasnya tetap sama iaitu ayam sama ada digoreng, masak kicap atau ‘ungkep’ (ayam dimasak bersama rempah), sambal goreng, serunding kelapa, dan sebagainya,” katanya.

Uniknya, sajian masyarakat Jawa ini mempunyai maksud tersirat di sebalik konsep makan sedulang.

Ia dilihat sebagai gambaran kekuatan ikatan silaturrahim dalam masyarakat apabila satu dulang dikongsi makan oleh empat hingga lima orang atau dibungkus untuk dinikmati bersama ahli keluarga.

Sementara itu bagi yang teringin menikmati nasi ambang yang asli, restoran Riverstone Eco Resort boleh menerima tempahan awal.

Sedulang nasi ambang di restoran tersebut yang boleh dinikmati antara empat hingga enam orang berharga serendah RM50.

Hamidah juga menerima tempahan nasi ambang bagi yang ingin mengadakan majlis di rumah. Tempahan boleh dibuat dengan menghubungi 013-2080833 atau 03-92004181.

-

Utusan Malaysia. 16.07.2010

-

Ikan naga terdampar di Sungai Mersing


Ikan naga terdampar di Sungai Mersing

BEBERAPA nelayan bersama ikan naga yang ditemui di jeti Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia, Mersing, semalam.



MERSING 8 Dis. - Penduduk di sekitar bandar ini gempar apabila 20 nelayan menjumpai seekor ikan air tawar spesies Giant Arapaima Gigas (ikan naga) yang terdampar di muara Sungai Mersing semalam.

Ikan seberat 55 kilogram (kg) yang dikatakan berasal dari Sungai Amazon itu ditemui mati berhampiran jeti Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) dekat sini.

Seorang nelayan warga Myanmar, Auti Htay, 33, berkata, dia menjumpai ikan tersebut semasa hendak menaiki bot pukul 9 malam.

"Saya ternampak objek besar dalam sungai tersebut yang disangkakan buaya dan sejurus selepas itu, saya terus memanggil rakan-rakan untuk melihat dengan lebih dekat dan mendapati ia adalah ikan naga," katanya.

Menurutnya, ikan tersebut bagaimanapun telah mati semasa dia dan rakan-rakannya menaikkannya ke atas bot untuk diletakkan di dalam bekas berisi air batu.

Seorang rakyat tempatan, Ariffin Jusoh, 46, berkata, mungkin ikan tersebut dibuang oleh pemiliknya ke dalam air masin kerana telah cedera atau mati memandangkan ikan itu tidak mampu hidup di dalam air masin.

"Banyak kali saya menemui ikan sebesar itu di laut, namun inilah pertama kali saya melihat ikan air tawar seberat 55kg dan panjangnya menjangkau 1.8 meter," katanya yang mendakwa penemuan ikan spesies itu adalah yang pertama di muara Sungai Mersing.

Seorang lagi nelayan, Tan Chai Tuan, 51, pula mengakui pada mulanya sukar mempercayai penemuan ikan itu apabila dimaklumkan mengenainya.

"Sepanjang saya jadi nelayan, belum pernah menjumpai ikan air tawar sebesar dan seberat ini," katanya sambil memberitahu, ikan tersebut dipanggil ikan naga kerana mempunyai sisik berwarna merah yang cantik dan kepalanya keras serta menyerupai naga atau buaya.

Utusan Malaysia. Khamis 9 Disember 2010