NASI AMBENG ISTIMEWA

NASI AMBENG ISTIMEWA
HANYA DI RIVERSTONE ECO RESORT. Hutan Lipur Sungai Tua, Batu Caves, Selangor. 013-2080833, 03-92022672

Monday, May 31, 2010

Majlis Ramah Mesra Anak Jawa Malaysia.



Dr Hj Mohd Ismail Maulut (MIM Ismail) - Presiden
Mohd Dom Karto (Pak Dhe) - Penasihat
Yanni Sharif - Creator

Barisan Peneraju dan AJK yang hadir

Wanita-wanita kental dan berwibawa dalam AAJM

Pemuda Tiang Negara - bersandar kat tiang adalah.....

Pn Normi, sedang menerangkan kepada rakan-rakan jenis makanan authentic jawa yang dihidangkan.

GM kami - Pn Hamidah bersama Salikin Sidik (pereka fesyen) dan rakan-rakan seperjuangan dalam AAJM

KESUWON.........

Terima kasih, kepada ahli-ahli perkumpulan sosial facebook Anak Jawa Malaysia yang telah hadir memeriahkan Majlis Ramah Mesra pada 30 Mei 2010. Majlis yang berlangsung dari jam 10.00 pagi dan berakhir sehingga jam 6.00 petang itu telah dihadiri oleh seramai 30 orang ahli dan disertai oleh pasangan, anak-anak dan juga sanak saudara.

Riuh rendah Riverstone hari ini dengan pertuturan dan ucapan dalam bahasa jawa oleh semua ahli-ahli yang hadir.......

Kemeriahan majlis diserikan oleh dua orang Juruacara Majlis iaitu Sue M Arukin dan Mustakim Tukiran. Selain masakan berkonsepkan jawa, terdapat juga acara karaoke dan cabutan bertuah. Majlis diserikan lagi dengan kehadiran Salikin Sidik..pereka fesyen ternama disertai oleh dua orang rakan...tak sangka Salikin Sidik pun ahli AAJM.
-
Majlis dimulai dengan bacaan doa dan ucapan alu-aluan oleh Presiden AJM - Dr Hj Mohd Ismail Maulut, diikuti pula dengan ucapan oleh Pak Dhe selaku Penasihat. Sebelum mengakhiri ucapan, Pak Dhe membacakan sebuah sajak berkaitan air dan kehidupan. Indahnya sajak ini dibacakan dalam bahasa jawa halus...terlopong jawa yang tak paham tu..

Kemeriahan majlis ditambahkan lagi dengan kesudian Creator AAJM - Cik Yanni Sharif untuk memberikan sepatah dua kata...Cik Yanni ni kata je dia jawa New York tapi boleh tahan juga bahasa jawa pertuturannya....mbok menowo nek ora reti...rupane pinter ngomong jowo...
-
Hari ini buffet menghidangkan pelbagai masakan authentic jawa. Antaranya sambal goreng, pecel lele, daging semur, ayam masak ketumbar, ikan kayu masak penachi, keluban, pecal, tempe goreng tepung manakala kuih muih pula terdiri dari lopes ubi kayu, bubur sum-sum, pisang rebus dgn kelapa, sagu gula melaka dan yang paling istimewa bubur semangat orang jawa...Bubur Abang. Minuman utama di sini juga dihidangkan Wedang Sere...mendapat pujian dari setiap pengunjung, enak, anyes, semeriwing....

Lengkaplah sudah sebuah majlis, para tetamu gembira sambil menjamu selera, bergurau senda dan bercerita...hari ini ceritanya live tidak seperti biasa hanya bersembang melalui maya... bagi pihak Riverstone Eco Resort, kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua;

kalau ada sumur di ladang
bolehlah saya menumpang mandi
kalau ada umur panjang
buatlah majlis di sini lagi........




Institut Kajian Dasar

Institut Kajian Dasar, telah menganjurkan program Sekolah Politik yang berlansung dari 29 - 30 Mei 2010 di sini. Seramai 30 orang peserta dari pelbagai institusi pengajian tinggi seperti UKM, MMU, UNISEL dan IKM ditemani oleh 5 orang Fasilitator sepanjang program ini.

Mendaftar di tempat kami secara tidak sengaja, (ada masalah teknikal di tempat lain) di akhir kursus semua peserta dan fasilitator berpuas hati dengan perkhidmatan kami.

Terima kasih kepada En Farhan dan rakan-rakan.





St Gabriel Church

About 42 members from St Gabriel Church, had their 3D 2N motivational and recreation activities from 27 to 29th Mei, 2010. Due to weather condition, night walk activity was replaced with Jungle Trekking. Most of the members are happy and enjoyed themselves with all the activities during their stay here. Thank you to Wilson (co-ordinator), and all the committee members for being very helpful through out the programme.

We really hope to see you guys again!

After makan...santai at our extended restaurant area.

Everyone enjoyed all the dished prepared by us....We got a lot of compliments for the food. "Sangat Sedap!!!!"

Trying their best to build a rakit...we want to be the champion!

We are the Champ!.....

Leaving behind all the sweet memories ....Riverstone Eco Resort...we will come again!....



Friday, May 28, 2010

Selamat Hari Wesak

-
Riverstone Eco Resort ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Menyambut Hari Wesak kepada penganut agama buddha merupakan pelangan pelangan kami di seluruh Malaysia dan warga Dunia
-

HAPPY WESAK DAY

HAPPY WESAK DAY
HAPPY WESAK DAY

Thursday, May 27, 2010

KECANTIKAN



Pelembap Muka Semulajadi
Kurangkan muka berminyak




Kulit muka berminyak tentunya tidak disenangi oleh sesiapa sahaja tidak kira sama ada lelaki mahupun wanita. Muka yang berminyak boleh menyebabkan banyak masalah jerawat.

Bagaimanapun, masalah itu dapat diatasi dengan mengamalkan cara tradisional menggunakan kobis. Caranya adalah dengan mengisar halus beberapa helai daun kobis dicampur dengan sesudu madu lebah dan sedikit air.

Seterusnya sapu bahan tersebut di wajah sehingga ke leher dan biarkan selama 15 minit. Bilas dengan air.


SELAMAT MENCUBA

Monday, May 24, 2010

Safeguard Securicor Academy - Corporate Team Building


Saya percaya dengan diri saya...adakah anda percaya dengan saya?



Ya..kami percaya...

Sekarang anda boleh menjatuhkan diri ada dengan penuh keyakinan!..............

Betul ke ada jaring yang tahan aku dari jatuh kat belakang ni?

Akhirnya.....

Safeguard Securicor Academy.....Mei 21 - 23, 2010. Seramai 44 orang peserta dan 8 jurulatih telah menghadiri kursus Team Building yang berlansung selama 3H 2M. Antara aktiviti berkumpulan yang dilakukan adalah "Trust Fall". Untuk aktiviti ini setiap peserta diajar untuk mempunyai keyakinan diri dan dalam masa yang sama boleh mempercayai orang lain.......

Bergambar kenangan bersama kesemua peserta pada kali ini.....kami berjaya!



Thursday, May 20, 2010

LAMAN HERBA - Cempaka


Cempaka - Michelia spp

Cempaka.....indah nama mu seharum bau mu.

-

Hakikat ini telah diketahui umum, tetapi tahukan anda di sebalik keindahan itu, bunga cempaka turut mempunyai keistimewaan sebagai bahan perubatan herba dan mempunyai khasiat pada kesihatan diri. Ini adalah berdasarkan rujukan pihak MARDI dan pengamal perubatan tradisional tempatan.

Merupakan tanaman berbunga dan terdapat hampir 50 jenis dari spesisnya. Berasal dari India dan tumbuh di Asia Timur dan di Asia Tenggara.

-

Di Malaysia terdapat dua jenis cempaka iaitu;

-

Cempaka Kuning nama saintifiknya Michelia Champaca dan;

Cempaka Putih nama saintifiknya Michelia Alba

Cempaka kuning - untuk merawat wanita selepas bersalin, kencing tidak lawas dan demam selsema

-

Cara penyediaan;

-

a. untuk wanita selepas bersalin - ambil beberapa helai daun cempaka kuning, dibersihkan dan direbus sehingga mendidih dan diminum.

-

b. untuk kencing tidak lawas - ambil beberapa kuntum bunga cempaka kuning, dibersihkan dan direbus sehingga mendidih dan diminum.

-

c. untuk demam selsema - ambil akar pokok cempaka kuning, dibersihkan, dititik dan direbus sehingga mendidih dan diminum airnya.

-

Cempaka putih - untuk merawat pitam, bisul dan dan radang tengkok.

-

Cara penyediaan;

-

a. untuk merawat pitam - ambil beberapa kuntum bunga cempaka putih direbus sehingga mendidih dan diminum airnya.

-

b. untuk merawat radang tengkok - ambil beberapa kuntum bunga cempaka putih direbus sehingga mendidih dan tambahkan sesudu madu sebelum diminum airnya.

-

c. untuk merawat bisul - ambil beberapa helai daun bunga cempaka putih ditumbuk lumat dan ditempekkan di tempat bisul tadi.

-

Pohon cempaka merupakan sejenis pokok berkayu yang biasanya tumbuh di hutan dengan ketinggian mencapai hingga 30 meter selain ditanam di halaman atau diletakkan di dalam rumah sebagi tanaman hiasan. Pokok cempaka putih mempunyai buah yang berbentuk seperti jantung, boleh dimakan dan rasanya sedap.

-

Terdapat juga pokok cempaka keling yang merupakan pokok renek yang mengeluarkan bunga-bunga kecil yang amat wangi.


Bunga Cempaka Putih....baru berputik.

Bunga Cempaka Putih. Bunga cempaka yang berbau wangi ini mempunyai kandungan minyak volatile yang terdiri daripada cheraniol, linalol, methuleugenol, asid benzik, nerol dan methulaethulazijnzuur. Kayu cempaka juga membunyai bau yang sangat wangi dan biasanya minyak pati cempaka di dapati dari ekstrak bunga, daun dan kayunya.

Bunga Cempaka Kuning - banyak ditanam untuk diambil ekstrak minyak dari bunganya untuk dijadikan minyak wangi.


Buah dari pohon Cempaka Kuning....boleh dimakan atau tidak, kami tidak pasti kedudukannya.

Pokok Cempaka Putih dan Cempaka Kuning. Banyak terdapat di taman, pinggir jalan dan juga tepi lebuhraya. Dijadikan sebagai pokok hiasan...bagi Bandar Mahkota Cheras yang dinamakan bersempena nama bunga ini, iaitu Bandar Bunga Cempaka, terdapat ribuan pohon ini ditanam oleh pihak pemaju dan Penguasa Tempatan di keseluruhan taman perumahan ini.


Bunga Cempaka Biru...kewujudannya di Malaysia tidak pernah disahkan. Gambar diambil dari laman web negara lain.

Misteri.....wujud ke Cempaka Merah? Kita tidak pernah melihat kesahihan wujudnya bunga Cempaka dengan warna ini.....fikirkan.


Cempaka Telur...banyak ditanam di kampung-kampung. Masa kecil dulu kalau tercium bau bunga cempaka yang harum di tengah malam...kami akan kata hah....pontianak dah keluar...mengerikan. Tetapi hakikatnya masa itulah bunga ini berkembang dan menghasilkan bau yang sangat harum....depan rumah pun ada pokok bunga ni....


Nama-nama yang mengaitkan bunga cempaka yang sering digunakan :



1. Cempaka International School
2. Cempaka International Collage
3. Cempaka School Damansara
4. Cempaka Apartment
5. Cempaka Finance Berhad
6. Cempaka Furniture
7. Cempaka Group of School
8. Cempaka Holdings Sdn Bhd
9. Cempaka Muda Sdn Bhd
10. Cempaka Mewah Sdn Bhd
11. Cempaka Allied Sdn Bhd
12. Cempaka Properties Sdn Bhd
13. Cempaka Perabut
14. Cempaka Pulau Perhentian
15. Cempaka Residence
16. Cempaka Sri Taiping
17. Cempaka Service Apartment
18. Cempaka Travel & Tours Sdn Bhd
19. Cempaka Technologi
20. Cempaka Utama Town House....dll yang mengaitkan cempaka.




Tuesday, May 18, 2010

Dapur - Riverstone Eco Resort


Minum Petang


Minum petang dengan pisang abu rebus, digaul dengan kelapa, gula dan sedikit garam. Menjadi hidangan menyelerakan dan mudah untuk disediakan. Akan menjadi bertambah enak jika dimakan bersama secawan teh tarik.

Monday, May 17, 2010

MESYUARAT PENUBUHAN AJK LAMAN SOSIAL FACEBOOK - ANAK-ANAK JAWA MALAYSIA (AAJM)

Pada 16hb Mei 2010, telah berlangsung Mesyuarat Kali Pertama Penubuhan AJK Laman Sosial Facebook - Anak-Anak Jawa Malaysia (AAJM) di sini.

Hari ini Riverstone digegarkan dengan kemeriahan pertuturan dalam bahasa Jawa oleh ahli-ahli yang hadir. Nampaknya yang tulis minit mesyuarat boleh pening kepala ni........Dihadiri oleh 11 orang ahli yang telah dijemput oleh Founder AAJM - Ms Yanni Sharif, kata sepakat akhirnya telah dicapai dan dimeterai.

Sepanjang majlis ahli-ahli AAJM dijamu dengan masakan selera jawa seperti lepat ubi, roti jala, pecel lele dan juga tidak ketinggalan pecal.



Barisan ahli di dalam AAJM yang dapat hadir atas undangan Founder AAJM - Yanni Sharif (berbaju biru).

Pemula kata pembuka bicara, sedang berbincang mencari hala tuju.




Pelbagai topik dan cadangan dibentangkan untuk kebaikan bersama.






Friday, May 14, 2010

HARI GURU

SELAMAT HARI GURU. SELAMAT HARI GURU. SELAMAT HARI GURU. SELAMAT HARI GURU. SELAMAT HARI GURU.
SELAMAT HARI GURU
2010
"GURU PEMBINA NEGARA BANGSA"
GURU PEMBINA NEGARA BANGSA. GURU PEMBINA NEGARA BANGSA
dari:- Riverstone Eco Resort
-
Kepada semua pendidik anak bangsa di seluruh negara kami ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Hari Guru.


Khas kepada Guru-guru dari ;

Sek. Keb. Selabak.
Sek. Men. Seri Perak.
Sek. Keb. Sri Bintang Selatan.
Sek. Men. Sri Bintang Selatan.
Sek. Keb. Taman Muda.
Sek. Men. Pandan Mewah.
SMK Aminuddin Baki
SMK Raja Abdullah
Sek. Rendah Agama Al-Adni
SMK Sg. Kertas
Sek. Keb. (2) Taman Selayang
SMK Seri Selayang
Yayasan Pendidikan Qasimul Ulum
Sek. Men. Pendidikan Khas
SRJK Yak Chee Puchong
Sek. Keb. Seksyen 13 Shah Alam
Sek. Men Keb. Lelaki Bukit Bintang
Sek. Ren. Pendidikan Khas Selangor Shah Alam
Sek. Men. Kebn La Salle
Sek. Seksyen 14 Subang Jaya
Sek. Keb. Taman Keramat 1
SMK Jeram
Cahaya Umi Intergrated School
Sek. Keb. Jln Peel
Sek. Agama Rakyat Mambau
Sek. Men. Seksyen 17 Subang Jaya
Sek. Men. Taman Ehsan Kepong
Sek. Men. Batu 3 1/2 Jln. Ipoh
Sek. Men. Teknik Selangor


Selamat Hari Guru

'GURU PEMBINA NEGARA BANGSA'


Thursday, May 13, 2010

Cerpen



BILA HATI DAH SAYANG.......


Aku mengenalinya sejak kecil lagi. Dia tidak begitu kacak. Berkulit sawo matang dan sederhana tinggi. Tetapi kerana dia jarang balik ke kampung jadi aku tidak berapa mesra dengannya. Dia adalah kawan baik makcik. Kerana itu jugalah aku lebih mesra memanggilnya pakcik sahaya.

May 1982, Hari Raya Aidilfitri, merupakan kali pertama aku dapat berbual dan berkenalan dengannya. Itu pun tanpa disengajakan. Aku dan makcik bertandang ke rumah kawan makcik dan secara kebetulan dia ada di sana. Dia agak terkejut melihat aku, kerana katanya dulu kecil lagi tetapi sekarang dah nak ambil SPM hujung tahun ini.

Masa terus berlalu. Aku tidak pernah mendengar khabar berita lagi darinya. Aku sendiri hampir melupainya kerana terlalu lama tidak pernah bersua selepas pertemuan di Hari Raya dulu. Sehingga selepas peperiksaan dan aku telah menyambung pelajaran ke tingkatan enam barulah aku bertemu lagi dengannya. Itu pun kerana rakannya menjadi raja sehari dan kebetulan aku ada di majlis tersebut. Di sinilah bermula satu kemesraan antara kami berdua.

Julai 1983, dia balik lagi untuk berhari raya di kampung. Aku ingat lagi ketika itu lagu Lionel Ritchie amat popular. Perkataan 'Hello' yang terkeluar dari mulutku membuatkan dia singgah ke rumah untuk berbual dengan aku dan makcik. Dia banyak merendahkan diri semasa berbual. Aku amat tertarik dengan sikapnya ini. Setelah berbual sekejap dia meminta diri dan telah berjanji akan mengirimkan surat kepadaku sekembalinya dia ke Kuala Lumpur nanti. Aku tidak sabar menanti surat pertama darinya.

Emak sebenarnya tidak suka aku berkawan dengannya. Entah kenapa aku sendiri tidak tahu kerana emak tidak pernah memberikan sebabnya. Kehadirannya telah membuatkan emak syak dia menaruh hati kepadaku. Emak menyoal aku kenapa dia singgah ke rumah dan hanya berbuar dengan aku dan makcik tanpa naik ke atas. Aku hanya mampu mengatakan kami hanya berbual kosong sahaja. Sayangnya jawapanku tidak memuaskan hati emak.

Kecurigaan emak bertambah lagi apabila Hari Raya Haji menjelang. Seperti biasa dia balik dan bertandang ke rumah. Aku dan makcik seperti biasa akan melayan dan bersembang. Emak terus sahaja menyatakan aku dan dia ada hubungan cinta. Mustahil kalau tak ada apa-apa boleh bersembang dengan rancak dan mesra sekali. Sebenarnya kepulangannya yang semakin kerap menjadikan syak emak bertambah tebal lagi.

Aku ingat lagi pertengahan 1984 aku menerima surat pertama darinya. Membaca isinya aku senyum sendirian. Pakcik kini menjadi abang! Semakin hari isi surat-surat kami semakin berlainan. Terselit juga kata-kata sayang dan rindu di dalamnya. Hanya makcik sahaja yang tahu tentang perhubungan kami ini kerana aku dan makcik sangat rapat. Segala-galanya aku ceritakan kepadanya. Dia juga tidak faham kenapa emak bertindak sedemikian.

Peperiksaan kian hampir. Seminggu sebelum itu dia balik ke kampung dan kami sempat berjumpa. Tanpa diduga dia telah terlibat dengan satu kemalangan jalan raya. Mujur juga dia tidak cedera parah. Aku hanya mengetahui berita itu setelah dia keluar dari hospital, kerana waktu itu aku sibuk dengan peperiksaan. Dan makcik juga tidak mahu menggangguku dengan berita kemalangan yang dialaminya.

Selama menantikan sembuh dia tinggal di kampung. Hampir tiga bulan dia di kampung dan selama itu jugalah aku menjadi pengujung setianya. Ketika itu kehadiranku amat besar maknanya dan aku merupakan kegembiraan serta penawar segala kesakitan. Aku juga gembira kerana dapat bertemu dengannya. Tetapi kami datang secara diam-diam tanpa pengetahuan emak. Aku dan makcik takut kalau emak tahu kami selalu berkunjung kerumahnya, tentu emak akan marah.

Feb 1985, keputusan peperiksaan STPM diumumkan. Harapanku musnah. Keputusan yang ku perolehi tidak memuaskan. Dalam perjalanan pulang aku terjumpa dia. Aku tak tahu rupanya dia ada di kampung. Dalam kemurungan aku tak tahu apa yang harus kukatakan padanya. Aku cuma menghulurkan sekeping kertas yang kupegang padanya. Aku ingat lagi kata-katanya ketika itu.

"Janganlah bersedih. Ida masih tetap berjaya. Universiti bukan punca segala kejayaan dan kegagalan tidak bermakna berakhir sebuah kehidupan. Malah jadikan ia sebagai satu permulaan".

Kata-kata hikmat itu akan tetap aku ingat dan akan ku jadikan suatu pegangan untuk berjaya di masa depan. Ia cukup bererti padaku ketika itu dan hingga kini.

April 1985 kami keluar ke bandar. Aku berbohong pada emak mengatakan aku berjumpa dengan rakan lamaku. Emak diam saja. Tetapi petang itu sekembalinya dari bandar emak memarahi aku.

"Kakak semakin pandai berbohong sekarang. Dulu kakak tak macam ni. Emak tak pernah mengajar kakak berbohong. Dulu kakak selalu berterus terang dan jujur dengan emak"


"Apa pulak bohong, kakak keluar dengan Rahimah. Kan kami dah lama tak jumpa. Lepas tu kami jalan-jalan ke bandar".

"Emak tak percaya. Emak tahu kakak pergi jumpa Haris."

Sebenarnya aku tidak berniat untuk membohongi emak. Dan aku tahu emak juga tidak pernah mengajar aku menjadi pembohong. Tetapi sikap emak menjadikan aku seorang pembohong! Tetapi terkadang aku terfikir juga, sungguhpun aku berbohong emak tetap tahu dan memarahi aku. Adakalanya baik aku bercakap terus terang kerana dengan cara itu aku tidak menjadi pembohong...Tetapi aku takut, ah bingung dibuatnya.

Agak lama juga aku mengganggur di kampung. Aku menolong mak cik menjahit untuk mengisi masa yang terluang. Tapi aku tidak juga pandai menjahit. Mak cik kata aku lembab dan tangan aku keras.

Hari Raya Aidil Fitri 1985 secara rahsia kami pergi ke tempat perkelahan dengan makcik dan seorang rakannya. Emak tidak tahu kerana di samping pergi ke tempat itu kami ada tujuan lain. Alasan makcik itu menyebabkan emak tidak menaruh sebarang syak terhadap kami. Secara tidak langsung makcik banyak terlibat dalam menjayakan percintaan kami.

Tetapi cincin di jariku hadiah hari ulangtahunku yang ke 19 yang dihadiahkan kepadaku semasa kami berjumpa dulu membuatkan emak syak. Emak mulalah nak marah. Aku bohong lagi kali ini katakan ia pemberian kawan baikku Rahimah. Emak tetap ragu! Emak tetap menyatakan Haris yang memberikannya kepadaku.

Awal 1986 aku ditawarkan pekerjaan di Kuala Lumpur sebagai kerani di sebuah Jabatan Kerajaan. Ketibaanku di kota raya yang amat asing ini disambut oleh Haris. Aku tinggal bersama makcik di sini.

Sejak kehadiranku ke sini kami sering keluar tanpa sebarang halangan kerana mak cik pun tidak pernah menunjukkan sebarang reaksi membantah. Emak sudah tentu tidak nampak. Maka kesempatan ini kami gunakan untuk keluar bersama. Hari Wilayah Februari, 1986 kami keluar menonton konsert Alleycats di panggung anniversary, lagu 'Senyumlah Kuala Lumpur' merupakan lagu kenangan kerana di sinilah cinta kami bersemi. Saat ini aku mulai menyayanginya dan terkadang amat rindu padanya. Tetapi aku tidak pernah menyatakan perasaanku padanya.
-
Julai 1986 hari lahirku yang ke 21. Hadiah istimewanya seutas rantai dan loket sentiasa menemaniku setiap waktu bagaikan dia ada di sisi. Dengan kebenaran mak cik kami pulang agak lewat malam itu. Hangat ciuman di pipiku masih terasa hingga saat ini. Dan malam itu jugalah dia menyatakan perasaanya padaku.

"Abang sayangkan Ida, sekarang Ida telah dewasa dan boleh memilih dan membuat keputusan sendiri. Kerana itu jugalah abang menunggu hingga saat ini untuk menyatakan isi hati ini"

Aku pun demikian juga. Terasa dunia ini hanya milik kami berdua. Dan pada kami tiada siapa yang akan dapat menghalang cinta dan kasih sayang kami. Aku hanya mampu merenung wajahnya....ah lembut dan tenangnya wajah itu.

Aku sedar dia banyak membimbing aku untuk mengenali liku-liku hidup di kotaraya yang penuh kepuraan ini. Dia amat mengambil berat tentang apa juga yang ku lakukan. Sikap terus terangnya membuatkan aku menjadi lebih menyayanginya.

Terkadang jenaka lucunya membuatkan aku ketawa walaupun saat itu aku sedang keletihan dan murung kerana bebanan kerja. Dia merupakan penghibur dan teman yang paling setia bagiku.

Kerana aku masih berminat untuk mengambil semula peperiksaan STPM, dia menasihatiku untuk mengambil kelas malam. Dia sering menemaniku ke perpustakaan dan mengambil ku selepas kelas.

Dalam pada sibuk bekerja dan mengambil kelas malam, entah bagaimana aku telah berkawan rapat dengan teman sekerjaku. Aku sendiri tidak pasti bagaimana ia terjadi. Tapi apa yang aku ingat, aku telah dimarahi oleh emak ketika aku balik bercuti di kampung. Emak cukup marah saat itu. Hinggakan dia mengugut untuk memberitahu hal ini pada abah. Akhirnya aku berjanji dengan emak untuk tidak menemuinya lagi.

Tekanan dari emak ini menjadikan aku tidak tentu arah. Rakan sekerjaku pula melayanku dengan baik. Malah kami sering bersarapan atau makan tengah hari bersama. Aku sendiri tidak pernah bercerita sama ada aku mempunyai kekasih atau tidak. Lama-kelamaan kami bertambah mesra apatah lagi kerana sering bersama. Dia tidak mengetahui hal ini kerana aku sendiri tidak pernah memberitahunya. Kerana bagiku, aku hanya ingin lari dari tekanan emak tidak lebih dari itu.

Tetapi sedikit sebanyak sikapku terhadap Haris telah berubah. Aku sering tidak ambil endah terhadapnya dan kadang-kadang nada percakapanku juga berubah menjadi agak kasar dan tidak mesra.

Akhirnya dia tahu juga....Suatu hari dia mengambilku dari Puduraya sekembalinya aku dari kampung. Aku terkejut kerana tidak sepatah perkataan pun terucap dari mulutnya. Dia juga tidak singgah ke rumah seperti biasa. Sehinggalah dia mengajakku keluar keesokannya dan bertanya sama ada benar ada orang ketiga di antara kami berdua.

"Ida beritahu abang, betul atau tidak Ida ada hubungan dengan orang lain. Ida jangan cuba nak berbohong pada abang. Abang tahu segala-galanya. Ramai orang yang menyatakannya kepada abang".

Aku terdiam. Aku sendiri tidak tahu siapa yang telah memberitahunya hal ini. Mungkin ada di antara rakan sekelas merupakan rakannya atau mungkin rakan sekerja dari bahagian lain ada yang mengenalinya. Aku tidak pernah bertanya tentang ini kepadanya dan sehingga saat ini aku sendiri tidak tahu siapa yang memberitahunya.

Aku tahu dari nada suaranya dia amat marah. Wajahnya juga berubah malah dia tidak langsung memandang ke arahku. Dengan suara yang bergetar dia menyambung kata-katanya.

"Abang sayangkan Ida dengan sepenuh hati, abang tak sangka Ida sanggup buat begini pada abang. Di depan abang Ida bagaikan terlalu menyayangi abang tetapi rupanya Ida ada orang lain selain abang. Ida telah memusnahkan kepercayaan abang terhadap Ida selama ini."

Aku hanya tunduk membisu. Aku sendiri tidak tahu jawapan yang bagaimanakah yang harus kuberikan kepadanya. Aku sendiri tidak pernah terniat untuk menjadikan rakanku itu penggantinya. Tetapi aku faham perkara ini amat menyakitkan kerana aku bagaikan telah mengkhianati cinta kami.

Air mata mulai membasahi pipi apabila dia mencadangkan supaya kami berpisah untuk sementara waktu kerana katanya perpisahan ini akan memberikan aku pelung untuk berfikir dan membuat pilihan. Aku terpaksa akur dengan keputusannya kerana aku yang bersalah.

Berpisah dengannya merupakan suatu pengalaman yang sangat menyeksakan. Ia juga membuatkan aku sedar dan faham erti dikasihi dan disayangi. Aku kehilangan sesuatu yang selama ini kepunyaanku tetapi tidak ku hargai. Terasa kosong dan sunyi tanpa suara dan jenaka lucunya.

Aku tidak dapat menahan diriku dari menghubunginya. Aku terlalu ingin untuk berjumpanya. Dia bersetuju dengan permintaanku, kami bertemu. Tetapi lidahku kelu dan aku tak tahu apa yang patut kunyatakan padanya.

"Ida rindukan abang. Ida...Ida sayangkan abang'.

Tanpa kusedari tubuh sasa dihadapanku itu kupeluk erat. Aku menangis semahunya. Dia terpaku dengan kenyataan dan tindakkanku ini. Aku sedar selama ini aku tidak pernah menyatakan rasa sayangku padanya. Dia juga menyatakan dia juga rindu dan tetap menyayangiku.

Terima kasih kerana mahu memberiku peluang untuk memperbaiki kesilapanku. Aku berjanji kesempatan ini tidak akan kupersiakan. Kerana aku sedar peluang hanya datang sekali.

Kami menjalinkan sesi kedua percintaan kami. Namun walau bagaimanapun setianya aku padanya dia tetap sedikit sangsi. Dia sering menyoal aku sama ada aku benar-benar sayangkan dia dan setiap kali kami bersua dia tetap akan bertanyakan soalan yang sama.

"Betul Ida sayangkan abang?" Ida tak menyesal memilih abang sebagai bakal teman hidup Ida"?

"Ida tidak pernah menyesal kerana Ida sayangkan abang".

"Abang tidak punya apa-apa Ida, rupa tiada, pangkat tiada, harta benda jauh sekali. Abang hanya ada sekeping hati dan ia hanya untuk Ida".

Aku tahu keraguannya itu kerana dia amat menyayangi diriku. Dia takut jika aku akan mengulangi perbuatanku dulu. Kerana ia amat melukai hatinya.

Sungguh pun perhubungan antara kami berdua berjalan lancar tetapi aku masih merasa tidak selamat. Kerana selagi emak tidak merestui kami aku masih tidak pasti ke manakah arah perjalanan percintaan kami ini. Mak cik banyak mengetahui keresahanku kerana aku sering menelefonnya dan bercerita masalahku.

Dalam keadaan yang tidak tentu ini keputusan peperiksaan diumumkan. Aku mendapat keputusan yang cemerlang. Aku sendiri tidak menyangka aku akan mendapat keputusan yang sebaik ini. Terima kasih sekali lagi kerana galakan darinya.

Ingin juga untuk menyambung pelajaran di ITM atau mengambil kursus di sekolah swasta tetapi aku menghadapi masalah kewangan. Lantas aku terpaksa memendam cita-cita itu dahulu. Aku menjadi mangsa keadaan. Biarlah, suatu hari nanti aku akan menjejakkan kaki ini ke universiti juga. Insya-Allah.

Langit tidak selalu cerah. Begitu juga dengan perhubungan kami. Aku mendapat panggilan telefon dari kampung. Emak kata ada hal penting. Aku mesti balik dengan segera. Aku dah dapat mengagak emak akan membangkitkan soal aku dan dia. Aku pasti emak dah tahu kami tetap berkawan baik dan terus bertemu walaupun tanpa persetujuan emak setelah aku melafazkan janji pada emak bahawa aku tidak akan menemuinya lagi.

Emak cukup marah saat itu. Sambil menangis emak kata padaku.

"Kalau betul apa yang mak dengar dari budak-budak kampung yang bekerja di Kuala Lumpur tu, mak tak kira mak tak mengaku kakak anak emak. Hilang sorang anak pun tak apa. Mak tak menyesal."

"Sampai hati mak cakap macam tu pada kakak", pintasku.

"Biar! Mak tak peduli. Kakak degil, kakak tak tepati kata-kata sendiri. Mana janji kakak pada emak dulu?" soalnya.

Sedihnya aku. Siapalah agaknya yang telah ternampak aku dan dia di kotaraya ini. Aku kembali ke Kuala Lumpur dengan wajah murung. Dia dapat mengagak sesuatu yang tidak diingini telah terjadi. Fikiranku buntu tapi aku tetap degil dengan keputusanku. Aku hairan kenapa emak tidak membenarkan aku menentukan sendiri calon suamiku.

"Ida, emak dah cakap begitu pada Ida, jadi bagaimana sekarang? Abang tak dapat berbuat apa-apa, segala-galanya terpulang pada Ida. Abang sayangkan Ida", bisik Haris padaku.

"Biarlah abang, Ida rasa lama-lama emak mesti setuju juga kalau Ida tetap berdegil. Tapi abang mesti berjanji bahwa abang akan sabar menunggu Ida sehingga emak setuju."

"Abang berjanji, tapi Ida juga mesti setia pada abang."

Masa terus berlalu. Mak cik banyak menyakinkan emak bahawa pilihanku itu telah muktamad. Aku tidak akan mengubah fikiranku. Mak cik juga menyatakan mungkin dia sudah ditentukan untuk menjadi pasanganku. Segala kata-kata dan kenyataan yang diberikan oleh mak cik sedikit sebanyak dapat juga mengubah sikap emak.

Setiap kali aku pulang ke kampung aku dapati emak banyak berubah. Dia sering juga bertanya sama ada aku masih berjumpa dia. Aku mengaku saja. Dia diam sahaja. Malah kadangkala emak bertanya sama ada dia balik. Atau jika emak nampak dia ada di kampung emak akan bertanya sama ada aku balik dengannya. Jawapan positifku tidak pernah menyebabkan emak marah.

Sehinggalah Hari Raya 1987 aku bercuti. Dia datang ke rumah untuk berhari raya. Emak tetap melayannya dengan baik. Kedatangannya kali ini tidak menimbulkan sebarang kemarahan emak. Sekembalinya aku cuba-cuba untuk bertanya pada emak sekiranya aku dan dia bertunang, adakah emak setuju. Emak diam. Tanyalah abah, emak tak tahu. Itu jawapannya. Sekurang-kurangnya jawapan itu menyakinkan aku akan persetujuan emak.

Aku bertanya abah sama ada dia setuju. Abah pula memberikan jawapan yang sebaliknya menyuruh aku bertanya emak. Bingung aku dibuatnya. Aku cuma dapat memberitahu emak dan abah pihaknya akan datang untuk berunding penghujung tahun ini. Kedua-duanya diam sahaja.

November 1987, sekali lagi aku kembali ke kampung. Kali ini dengan penuh debaran aku nyatakan sekali lagi tentang kedatangan pihaknya kepada emak dan abah. Akhirnya abah bersuara. Suka hati kakak, asalkan tempoh dan bila langsungnya ditentukan oleh pihak kami. Aku nyatakan hal ini kepadanya. Dia tidak membantah.

Ketika keluarganya datang untuk berunding dengan keluargaku. Aku risau kalau-kalau emak mengubah fikirannya. Manalah tahu. Denganku dia kata boleh tetapi bila berunding dia mengambil keputusan yang sebaliknya.

Segalanya mungkin. Tetapi jangkaanku meleset. Kedua pihak mencapai kata persetujuan. Disember 27, 1987, kami rasmi ditunangkan. Terbukti segala kasih sayangnya padaku tidak kupersiakan.

Nota :
Cerpen ini telah disiarkan dalam Majalah Pesta keluaran 20 April 1989. Pihak kami telah mendapat kebenaran dari Penulis untuk menyiarkannya di sini. Penulis merupakan Pengurus Besar kami, Pn Hamidah Asararuddin. Cerpen ini merupakan hasil tulisan pertama beliau dengan nama pena Asyik.


-

SELAMAT HARI JURURAWAT


Selamat Menyambut Hari Jururawat kepada semua Jururawat di seluruh Malaysia, terutamanya kepada Jururawat yang bertugas di Hospital Daerah Teluk Intan, Perak
Selamat Hari Jururawat
2010

Tuesday, May 11, 2010

BINTANG KECIL


CAMP POP
Bersama BK - Riverstone Eco Resort 2010


-
Riverstone Eco Resort bersama Malajah Bintang Kecil akan menganjurkan Camp Pop, khas untuk pembaca BK yang berusia dari 9 hingga 13 tahun.
-
Jom sertai perkhemahan yang diadakan pada : 15-16 Jun 2010. Di Riverstone Eco Resort, Batu Caves, Selangor. Yuran penyertaan RM50.00 seorang.
-
Pelbagai aktiviti menarik seperti Jungle Trekking, Flying Fox, Sukaneka dan Rempuh Halangan, menanti anda di sana.


Sunday, May 9, 2010

Prostar Negeri Sembilan

Kementerian Kesihatan Malaysia - Kelab Prostar Seremban.

-

Minggu ini kami dikunjungi oleh pelajar-pelajar dari Kolej Kejururawatan Port Dickson, Kolej PTPL dan Maktab Perguruan Raja Melewar bersama Kelab Prostar Seremban selama 3 Hari 2 Malam untuk Kursus Fasilitator Prostar

-

Terima kasih kami kepada Pengerusi Kelab Prostar Seremban - En Mohd Faizal, kerana memilih Riverstone Eco Resort sebagai tempat latihan.

Kenangan untuk diabadikan di Album Prostar Seremban.

Kumpulan yang berjaya menjadi Kumpulan Terbaik sepanjang kursus.

Ini pula antara wajah-wajah pendidik anak bangsa....

Bakal-bakal Misi (Jururawat) baru selesai menikmati hidangan makan tengahari...