Riverstone Eco Resort terletak di antara Hutan Lipur Sungai Tua dan Empangan Batu. Merupakan sebuah pusat latihan dan rekreasi yang unik dan paling hampir sekali kedudukannya dari Kuala Lumpur. Uniknya resort ini adalah kerana keindahan seni binanya di samping flora dan fauna yang masih belum tercemar. Bagi para tamu yang sering ke sini untuk menghadiri program latihan seperti Team Building, Motivasi dan Rekreasi, di sini mereka dapat menikmati udara segar dan keindahan alam bersama dengan nostalgia kampung halaman di masa silam.....resort ini tiada kemudahan elektrik, bekalan elektrik dari generator hanya berfungsi dari pukul 7 petang sehingga 12 malam sahaja. Selepas itu, resort hanya diterangi oleh lampu dari sumber bateri dan pelita minyak tanah...unik kan?
Bangunan dengan kedudukan tertinggi di sini. Terletak di atas bukit, bangunan 2 tingkat dengan 4 bilik yang dinamakan Hillview 1, Hillview 2, Hillview 3 dan Hillview 4 juga menerapkan senibina yang menarik. Bangunan ini merupakan satu-satunya bangunan di resort ini yang menggunakan kemasan dari batu sepenuhnya.
Ruang legar tingkat bawah yang menempatkan Hillview 1 dan Hillview 2. Keseluruhan 4 bilik dorm ini dilengkapi dengan bilik mandi dan tandas.
Pandangan dalam dorm yang dilengkapi dengan katil bertingkat. Hillview 2, 3 dan 4 boleh menempatkan 12 hingga 14 katil bertingkat sementara Hillview 1 pula menempatkan 7 hingga 8 katil bertingkat.
Rekabentuk dalaman Hillview 4 merupakan rekabentuk dalaman yang paling indah sekali untuk Dorm ini. Siling bilik ini diperbuat dari pecahan buluh yang disusun atur dengan teliti untuk menghasilkan corak yang menarik.
CHALET BULUH :
Setiap Chalet Buluh dilengkapi dengan 1 katil bertingkat, tanpa kemudahan bilik mandi dan tandas. Boleh menempatkan maksimum 4 orang dengan tambahan tilam. Bilik mandi dan tandas terletak 15 meter dari chalet ini.
Bahagian balkoni hadapan Chalet Buluh. Anda dapat menikmati pemandangan indah laman resort dari sini.