Daun gajus, kacang botol, daun silom, ulam raja, pegaga, tenggek burung, petai dan jering merupakan antara jenis-jenis ulam yang biasa ditemui dan dihidangkan untuk sajian harian. Tetapi tahukan anda, ada beberapa jenis ulam yang tidak pernah kita makan, tetapi menjadi sajian harian bagi sesetengah masyarakat tempatan kita. Bagi masyarakat orang asli suku Temuan yang menetap di penempatan orang asli Ulu Batu, Hutan Lipur Sg Tua, ulam
Simpu Kaloi, menjadi penyedap hidangan harian mereka. Oleh kerana Riverstone Eco Resort terletak dijalur penempatan ini dan menggaji orang asli dari suku ini sebagai kakitangannya..makan Simpu Kaloi menjadi antara ulam yang dihidangkan kepada penggunjung di restoran kami. Bagi pengunjung yang gemar atau kaki ulam, Simpu Kaloi menjadi ulam yang mendapat permintaan tinggi dari mereka. Walaupun kebanyakan penggujung baru pertama kali merasai keenakan ulam ini di Riverstone Eco Resort, mereka terus menjadi peminat setia ulam ini. Jangan terkejut ada yang minta nak bawa balik......
Gambar Ulam-ulaman.
Memohon mana-mana jabatan yang terlibat mengkaji ulam ini dan beri info:-
Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia, FRIM
No comments:
Post a Comment
"Sila tinggalkan komentar anda"