NASI AMBENG ISTIMEWA

NASI AMBENG ISTIMEWA
HANYA DI RIVERSTONE ECO RESORT. Hutan Lipur Sungai Tua, Batu Caves, Selangor. 013-2080833, 03-92022672

Sunday, December 27, 2009

Tragedi Bas Ekspres


Kemalangan Bas Sani Ekspres yang meragut 10 nyawa di Kilometer 272.8 Lebuhraya Utara Selatan awal pagi 26 Disember 2009, mengejutkan seluruh warga Malaysia. Atas apa juga alasan, kemalangan telah berlaku, komen dan pandangan datang bertalu-talu. Renungkan, ambil iktibar cuba perbaiki apa yang perlu. Kepada semua ahli keluarga mangsa kemalangan, kami ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan takziah, dan merakamkan rasa simpati kami.

Tuesday, December 22, 2009

Merry Christmas


Warga Riverstone Eco Resort mengucapkan Merry Christmas and Happy New Year kepada semua pelanggan dan pembaca blog kami.

Syabas - Hi-Tea




Pada hari Isnin, 21hb Disember 2009, Syabas telah menganjurkan majlis Hi-Tea untuk kakitangan dari berbagai jabatan. Pada majlis ini, kakitangan yang akan bertukar, menyambut hari lahir dan bersara, diberikan penghormatan dan cenderahati.





Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd

Lim Poh Chee


On the 12th December 2009, we are being surprised by a group or buddhist devotees and their Lim Poh Chee when all of them visiting our resort after their relegious ritual at batu dam. During our conversation we found out that these Lim Poh Chee is from India, and this is his first visit to Malaysia. He really enjoy the scenery and view of our resort. He did mentioned to our Pn Hamidah...that our resort are beautiful and cozy. Thank you Lim Poh Chee.

Universiti Tenaga Nasional - Program Pembimbing Rakan Sebaya


Program Pembimbing Rakan Sebaya telah berlangsung pada 18 - 20 Disember 2009. Di sertai oleh lebih 60 orang ahli-ahli persatuan, program 3H 2M ini turut menyelitkan aktiviti berakit dan jalan malam di dalam agenda program selain dari beberapa aktiviti 'team building' lain. Seperti biasa aktiviti seliaan resort akan dipantau dan dibimbing oleh Abah, Abang Afis dan kali ini Abang Sham pun ada. Semua aktiviti berjalan lancar cuma, selesai berakit, ada pulak yang jatuh dan secara tidak sengaja terduduk di atas batang paip pvc kami...apalagi patahlah batang paip tersebut....mujur Abang Jais - handyman kami dapat menyelesaikan masalah ini. Jangan sedih Nana....semua dah OK.










Pakej Perkhemahan Persatuan Pengajian Agama Chihui Tang

Perkhemahan Persatuan Pengajian Agama Chihui Tang pada 17 - 19 Disember 2009. Disertai oleh lebih kurang 105 peserta. Selain aktiviti rempuh halangan, peserta juga telah merentas hutan awal pagi iaitu bermula pada jam 5.00pagi dan berakhir pada jam 6.30pagi. Sementara aktiviti survival merupakan antara aktiviti yang menjadi tarikan sepanjang perkhemahan ini.

Ketua Jurulatih, En Abdul Wahab Daud (Abah) - sedang memberikan penerangan kepada semua peserta cara-cara dan kaedah yang akan digunakan untuk aktiviti survival dalam hutan iaitu memasak menggunakan buluh dengan jumlah air yang terhad untuk semua ahli kumpulan.
Sebelum urusetia (berbaju kuning) mengajar cara-cara memasak dalam buluh kepada semua peserta, mereka terlebih dahulu perlu menunjukkan skil dan dipantau oleh Abah (duduk) terlebih dahulu.

Wa..... Tai Ko.....sudah pandai banyak sombong haa....boleh ajar anak-anak buah masak dalam buluh tu...


Peserta-peserta peringkat umur 9 - 12 tahun menunjukkan hasil kerja tangan dari daun-daun kering. Macam-macam bentuk ada.







Wednesday, December 16, 2009

PELITA MINYAK TANAH


Rakan baik boss yang juga pelanggan tetap Riverstone, baru balik dari Katmandu - Nepal....mengetahui boss merupakan peminat dan pengumpul pelbagai koleksi pelita dari seluruh dunia...En Rahman Sadri - Hi-Tech Field Sdn Bhd, telah menghadiahkan dua buah pelita unik dari sana. Maka dengan ini bertambahlah koleksi boss.
b
b
b

Tuesday, December 15, 2009

Salam Ma'al Hijrah 1431

B
B
B



Riverstone Eco Resort ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Tahun Baru Maal Hijrah kepada semua pelanggan dan pembaca muslim blog kami.
B
B
B
B

Monday, December 14, 2009

Kem Bina Rohani 2009 bersama Kumpulan Zaidan

Yayasan Pendidikan Qasimul Ulum telah menganjurkan Kem Bina Rohani 2009 pada 11 - 13hb Disember lalu. Bersama-sama menjayakan Kem ini ialah Kumpulan Nasyid yang sedang meningkat naik iaitu Kumpulan Zaidan. Di antara pengisian Kem yang dirasakan amat menarik adalah cara-cara mengambil air sembahyang dengan jumlah air yang terhad, dan menunaikan solat di dalam hutan.







Friday, December 11, 2009

DAULAT TUANKU, Hari Keputeraan Sultan Selangor



Daulat Tuanku
H
MERAFAK SEMBAH SETINGGI-TINGGI TAHNIAH
H
DULI YANG MAHA MULIA SULTAN SARAFUDDIN IDRIS SHAH ALHAJ
IBNI ALMARHUM SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH ALHAJ
D.K., D.M.N., D.K.(Terengganu)., D.K.(Kelantan)., D.K.(Perak).,
D.K.(Perlis)., D.K.(Negeri Sembilan)., D.K.(Kedah)., S.P.M.S., S.S.I.S., S.P.M.J.
H
SULTAN DAN YANG DI-PERTUAN NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN
SERTA SEGALA DAERAH TAKLUKNYA
H
SEMPENA HARI KEPUTERAAN BAGINDA YANG KE-64
H
H
Sembah Takzim Daripada
Riverstone Eco Resort
H
H
H
h
h

Tuesday, December 8, 2009

Seputih HYO - Program Rekreasi


Pada 6hb Disember 2009, seramai 30 orang ahli Seputih HYO telah mengadakan program rekreasi di Riverstone Eco Resort. Bermula dengan aktiviti Perang Berapi diikuti oleh Xplore Riverstone Race dan diakhiri dengan aktiviti Rakit Berakit.




Monday, December 7, 2009

TRADES & CSG Team Building 2009








Photo .www.riverstoneecoresort.blogspot.com

Programme was held on 5th December 2009. About 60 staff from Traders & CSG Dept were involved in this programme. Mr Lim Weng Sia, of Pride Travel & Event Management Sdn Bhd, is the Head Trainer for the programme. Games like, coconut bowling, tug of war, treasure hunt, obstacle and river crossing are choosen for the programme. Most of the participants enjoyed all the games



Trades & CSG Team Building 2009

Standard Chartered Bank
Pride Travel & Event Management Sdn Bhd
Riverstone Eco Resort
Tel: 03-92004181



Thursday, December 3, 2009

ULAM-ULAMAN - Simpu Kaloi

Daun gajus, kacang botol, daun silom, ulam raja, pegaga, tenggek burung, petai dan jering merupakan antara jenis-jenis ulam yang biasa ditemui dan dihidangkan untuk sajian harian. Tetapi tahukan anda, ada beberapa jenis ulam yang tidak pernah kita makan, tetapi menjadi sajian harian bagi sesetengah masyarakat tempatan kita. Bagi masyarakat orang asli suku Temuan yang menetap di penempatan orang asli Ulu Batu, Hutan Lipur Sg Tua, ulam
Simpu Kaloi, menjadi penyedap hidangan harian mereka. Oleh kerana Riverstone Eco Resort terletak dijalur penempatan ini dan menggaji orang asli dari suku ini sebagai kakitangannya..makan Simpu Kaloi menjadi antara ulam yang dihidangkan kepada penggunjung di restoran kami. Bagi pengunjung yang gemar atau kaki ulam, Simpu Kaloi menjadi ulam yang mendapat permintaan tinggi dari mereka. Walaupun kebanyakan penggujung baru pertama kali merasai keenakan ulam ini di Riverstone Eco Resort, mereka terus menjadi peminat setia ulam ini. Jangan terkejut ada yang minta nak bawa balik......

Gambar Ulam-ulaman.

Gambar ulam-ulaman 1. Simpu Kaloi

Gambar 2.
Simpu Kaloi cicah budu.....meleleh beb....

Gambar 3.
Bunga Simpu Kaloi...kelopak bunga ulam ini jika mengikut amalan masyarakat asli suku Temuan boleh digunakan untuk memancing ikan kaloi...nak try? datang Riverstone Eco Resort...kita ada pakej memancing tu.....

Gambar 4.
Pokok Simpu Kaloi....

Gambar 5.
Anak-anak ulam Simpu Kaloi..mudah tumbuh di kawasan paya berpasir.

Gambar 6.
Pokok Ulam ni bukannya pokok renek....tapi boleh jadi lebih besar lagi dari ini.


Memohon mana-mana jabatan yang terlibat mengkaji ulam ini dan beri info:-

Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia, MARDI
Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia, FRIM
Institut Biosains, Universiti Putra Malaysia
rer

Wednesday, December 2, 2009

Majlis Jamuan Makan Tengahari En Shahriza

Riverstone Eco Resort telah menerima tempahan untuk majlis Jamuan Makan Tengahari dari En Shahriza pada 29 Nov 2009. Menu untuk majlis tersebut adalah Gulai Lemak Cili Api Rebung.. (rebung fresh yang ditempah dari orang asli kg ulu batu), Sambal Tumis Udang + Petai, Ayam Goreng Kunyit, Sambal Belacan, Ulam-ulaman, Kordial Anggur, Bubur Kacang Hijau, Tea Tarik dan Buah-buahan. Jamuan untuk 100 orang tersebut telah dihadiri oleh rakan-rakan dan juga saudara mara beliau dari sekitar Kuala Lumpur dan juga Pahang. Majlis bermula pada jam 12.00 thari dan berakhir pada jam 3.00 petang.

rer