NASI AMBENG ISTIMEWA

NASI AMBENG ISTIMEWA
HANYA DI RIVERSTONE ECO RESORT. Hutan Lipur Sungai Tua, Batu Caves, Selangor. 013-2080833, 03-92022672

Wednesday, January 13, 2010

Pelita Antik - Kerosene Lamp

NOSTALGIA MENERANGI KEHIDUPAN

Kali ini kami ingin memuatkan koleksi berharga Boss Riverstone Eco Resort yang juga Pengarah Urusan Etika Sihat Sdn Bhd - iaitu syarikat yang menjalankan kerja-kerja pengawalan serangga. Itu sebab resort kami tak ada nyamuk...Boss pakar kawalan nyamuk.
Pelita Antik.....mengumpul dan memilikinya merupakan hobi beliau, koleksi yang dimiliki pun boleh tahan banyaknya. Menurutnya pelita... merupakan nostalgia yang tidak akan luput dari kenangan. Ianya merupakan memori indah dari zaman kecil, alam persekolahan dan sebahagian dari alam remaja beliau....malah setelah menjadi seorang usahawan pun pelita masih menerangi kehidupannya......kat resort kami tak ada bekalan elektrik.
Walaupun jarak kami dari ibukota Kuala Lumpur sangat hampir, tetapi resort kecil di pinggir kota ini tidak mempunyai kemudahan elektrik. Selain menggunakan generator sebagai sumber tenaga, kami juga menggunakan pelita untuk menerangi kegelapan malam di sini.


Antara koleksi pelita yang dimiliki.


Pelita ni dari China, dulu banyak digunakan oleh kapal bijih dan pekerja pelabuhan. Digunakan untuk meronda kawasan. Tempat pelita ni dah diganti dengan lampu suluh. Lebih mudah dibawa ke mana-mana. Boss beli ni kat Hardware di Taman Muda pada tahun 2002. Ini merupakan koleksi pertama yang dimiliki. Masa ni barulah mula hobi kumpul pelita....

Pelita dari tembaga dengan cemeni..pemberian dari seorang rakan Mr Santana Seelan. Tak pasti pulak mana asalnya. Pelita ni dah lama dalam simpanan sejak tahun 1990 lagi.

Sepasang pelita antik dari Katmandu, Nepal. Cenderamata dari En Abdul Rahman Sadri, rakan baik Boss yang juga merupakan Pengarah Urusan
Hi-Tech Field Sdn Bhd.


Lampu pam ni lebih popular dengan panggilan 'gasoline'. Orang kampung aku kalau cakap lampu pam tak tau. Gasoline tau....ini banyak kami gunakan di Riverstone Eco Resort, maklumlah tak ada elektrik. Kat sini generator hanya beroperasi dari jam 6.30pm sehingga jam 12.00 tengah malam. Pas tu pakai pelita....

PASANG PELITA WAKTU PETANG,
MENERANGI MALAM PENUH KETENANGAN,
TUNGGU RENCANA AKAN DATANG,
LAGI BANYAK PELITA DAN KENANGAN.......

Oleh kerana kegunaannya untuk menerangi kegelapan malam telah berkurangan kini namanya digunakan untuk menerangi perniagaan pula. Ada banyak juga penggunaan pelita untuk nama perniagaan antaranya ialah..
Pelita Brunei
Pelita Nasi Kandar
Pelita Akademi
Pelita Sarawak
Pelita Hati
Pelita Akademi Sdn Bhd
Pelita Bahasa
Pelita Raya
Pelita Air
Pelita Indah Condominium
Pelita Holding Sdn Bhd
Pelita Harapan Universiti
Pelita Lim
Pelita Jaya
Pelita Hati Gallery
Pelita Pest Control (M) Sdn Bhd
Pelita Hidup
Pelita Nusantara OnLine
Pelita Training Centre
Pelita Maritime Training Sdn Bhd
Pelita Group & Associated Company
dan banyak lagi.....tapi yang ini paling best dan aku paling suka.....TEPUNG PELITA.




Tuesday, January 12, 2010

HAPPY BIRTHDAY

Happy 18th Birthday Natasha Atiqah (8 Jan) dan Happy 13th Birthday Asyraf Faiq (10 Jan).
Mereka berdua ni adalah anak big bos Riverstone Eco Resort. Majlis Sambutan Ulang Tahun Kelahiran mereka telah diadakan pada 9 Jan 2010. Majlis yang bermula pada pukul 8.30pm itu dihadiri oleh kira-kira 200 orang tetamu jemputan. Dendangan medley lagu-lagu Selamat Hari Jadi, Allah Selamatkan Kamu dan Happy Birthday To You dinyanyikan secara live dengan petikan gitar oleh 3 pemain gitar diketuai oleh Major (B) Ilyas Mohd Amir dari Safeguard Securicor Academy. Sementara doa selamat pula dibacakan oleh Ust Hj Jailani yang juga dari Safeguard Securicor Academy.


Natasha bersama rakan-rakan sebaya

Menikmati hidangan malam itu yang terdiri dari Kambing Bakar, Ayam Panggang, Spaghetti Bolognaise, Nasi Goreng Cina, Sausages, Coleslow, Sagu Gula Melaka, Kuih-muih, Buah-buahan, Fruit Cocktail..... dan banyak lagi.....semuanya sedap-sedap belaka. Opss....lupa ada satu hidangan istimewa pada malam itu yang merupakan makanan tradisi orang jawa...Bubur Abang.. apa istimewanya bubur ini dan kenapa, itu nanti kita cerita di ruangan Makanan dan Masakan Riverstone Eco Resort.

Mereka berdua ni sentiasa melibatkan diri dalam apa jua aktiviti rekreasi di sini. Berehat selapas main Paintball.

Berkayak ....

Jalan-jalan ....

Jogjakarta...

Hari Raya Aidil Fitri 2009.







Monday, January 11, 2010

Safeguard Securicor Academy - Trainer Refresher



Pada 9 - 10hb Jan 2010, membuka tirai tahun baru, Riverstone Eco Resort telah dikunjungi oleh barisan jurulatih Safeguard Securicor Academy yang menjalani latihan selama 2H 1M, untuk memantapkan lagi stamina, strategi dan penyampaian semua jurulatih sebelum menerima peserta latihan Team Building versi 2010.












Thursday, January 7, 2010

Burj Dubai, Bangunan Tertinggi di Dunia

Burj Dubai dengan ketinggian lebeh 800 meter

Burj Dubai dirasmikan pada 4hb Januari 2010 di Dubai, Emiriyah Arab Bersatu (UAE). Dengan kos pembinaan RM2.7 billion mempunyai ketinggian 818 meter, mengandungi 167 tingkat dan siap pada tahun 2009, menjadikan ia bangunan yang tertinggi di dunia. Menempatkan masjid di tingkat 158, kolam renang di tingkat 76 dan tempat khas untuk tinjauan di tingkat 124. Selain itu bangunan ini juga menempatkan hotel, pejabat dan kediaman mewah serta kemudahan canggih untuk 12,000 orang. Puncak bangunan ini juga boleh dilihat sejauh 95km.


Rakyat Malaysia juga patut berbangga dengan perasmian bangunan Burj Dubai dan pengiktirafannya sebagai bangunan tertinggi di dunia, kerana Syarikat tempatan juga telah diberikan tugas untuk merealisasikan kewujudan bangunan ini. Selain itu Bangunan Menara Berkembar kita juga tidak kurang gahnya di persada dunia dengan kedudukannya di tempat ke 4 dan 5.
B
B
B

Wednesday, January 6, 2010

Laman Herba - Belimbing Tanah

BELIMBING TANAH

Nama Botani : Tacca spp. (Cristata/integrifolia)

Famili : Taccaceae

Nama Lain : Janggut Adam, Janggut Baung, Kelemoyang Air, Sebiak,
Belimbing Batu, Belimbing Bukit, White Bat Plant.

Pengenalan :
Pokok herba renek yang boleh mencecah ketinggian sehingga 1 meter. Daunnya panjang berukuran lebih kurang 15 inci panjangnya serta lebar yang menyerupai daun kunyit dan berwarna hijau tua.
Pokok Belimbing Tanah yang kami perhatikan di tempat kami, terdiri dari 2 warna batang. Iaitu putih dan hitam. Untuk membezakan di antara keduanya, pokok dengan batang kehitaman mengeluarkan bunga ungu kehitaman dan pokok dengan batang hijau mengeluarkan bunga berwarna putih. Pokok ini mengeluarkan bunga besar yang terbit dari hujung tangkai yang tumbuh tegak dan mencapai ketinggian sehingga 60cm.
Bunga yang matang akan menjadi buah bersaiz kecil yang berbentuk seperti belimbing buluh. Rasanya masam. Oleh kerana berat, buah pokok ini akan mencecah ke tanah.

Habitat :
B
Tumbuh liar dikawasan hutan tanah pamah dan lereng bukit dan terlindung dari cahaya matahari serta mempunyai kandungan humus yang tinggi seperti di kawasan kebun getah.
Pembiakan :
Melalui Rizom.


Bunga Belimbing Tanah Hitam

Batang Pokok Belimbing Tanah Hitam

Bunga Belimbing Tanah Putih

Batang Pokok Belimbing Tanah Putih

Koloni Belimbing Tanah yang hidup subur di kawasan hutan yang terlindung dari pancaran terik matahari

Penyediaan dan Khasiat :
1. Sepohon pokok termasuk akar dan buahnya direbus sehingga mendidih dan airnya diminum
2 x sehari. Menurunkan tekanan darah tinggi, mengubati masalah buasir, kencing manis, lemah jantung, melancarkan perjalanan darah, menambahkan tenaga dan melawaskan kencing.
2. Sepohon pokok termasuk akar dan buahnya direbus sehingga mendidih dan dijadikan air mandian. Untuk wanita lepas bersalin untuk membuang angin dalam badan.
3. Pelepah daun diramas-ramas. Merawat gatal-gatal kulit terkena ulat bulu.
4. Sepohon pokok termasuk akar dan buahnya dicampurkan dengan pokok Selayar Hitam (Goniothalamus malayanus) direbus sehingga mendidih dan diminum airnya 2 x sehari. Menguatkan buah pinggang.
Sebenarnya masih ada banyak lagi khasiat tumbuhan ini tetapi tidak kita ketahui. Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenainya, anda adalah dialu-alukan untuk mengemukakannya kepada kami.
B
B
Kita akan bertemu lagi di bulan Februari nanti dengan jenis herba yang lain pula iaitu BEMBAN.
Ikuti siri ini seterusnya dan jadilah pengikut blog Riverstone Eco Resort.

B
B
B

Saturday, January 2, 2010

Al- Fatehah Tan Sri Mohamed Rahmat

P
P
P

P
P
P
Warga Riverstone Eco Resort ingin mengucapkan takziah kepada keluarga Datuk Nur Jazlan Mohamed diatas kembali nya keramatullah ayahda beliau semoga rohnya ditempatkan bersama golongan orang yang beriman Al Fatehah
P
P
P

Friday, January 1, 2010

Hutan Lipur Sungai Tua

Hutan Lipur Sungai Tua, terletak berhampiran dengan Empangan Batu merupakan antara tempat perkelahan yang menjadi tumpuan pengunjung kerana keindahan sungainya di samping kawasan air terjunnya yang cantik menggamit pengujung untuk kesini. Terletak di dalam kawasan Hutan Simpan Hulu Gombak, merupakan Hutan Dipterokarp Pamah yang terkandung pelbagai flora, fauna dan herba untuk pelbagai kegunaan perubatan dan penawar. Lebih kurang 9km dari bulatan Batu Caves, untuk ke sini anda akan melewati Masjid Amaniah, melalui Jalan Sungai Tua terus menuju ke Ulu Yam. Sepanjang perjalanan anda akan menemui Kg Nakhoda, Kg Laksamana, Kg Sg Tua, dan Kg Bendahara sebelum melewati Depoh Rapid KL, masuk ke kanan. Meneruskan perjalanan dari sini, anda akan melihat Empangan Batu di sebelah kiri, terdapat juga tempat-tempat rehat R1, R2 dan R3. Anda boleh berhenti seketika di sini untuk menyaksikan keindahan Empangan Batu dan menikmati udara segar tanpa pencemaran. Sehabis pemandangan Empangan Batu anda akan melewati jambatan, dan selepas sahaja jambatan di sebelah kiri anda adalah Riverstone Eco Resort. Kira-kira 100meter dari simpang Riverstone Eco Resort adalah kawasan perkelahan P1 di sebelah kanan. Diikuti oleh kawasan perkelahan P2 dan P3. Kawasan-kawasan perkelahan ini adalah di bawah penyeliaan Jabatan Hutan Daerah, dan terdapat pejabat jabatan ini kawasan perkelahan P2. Menuju ke kawasan perkelahan P3 dari P2 anda akan melalui Perkampungan Orang Asli Ulu Batu di sebelah kiri jalan. Kawasan perkelahan P3 amat popular dengan keindahan air terjunnya. Sungai yang menyerikan jajaran kawasan perkelahan ini adalah Sungai Batu. Setiap kali hujung minggu tempat-tempat perkelahan ini dikunjungi oleh ribuan penggunjung yang terdiri dari masyarakat tempatan, warga Kuala Lumpur dan sekitarannya untuk beriadah bersama keluarga dan rakan-rakan. Sungai Batu yang mengalir sepanjang kawasan perkelahan ini memang indah dan sentiasa menggamit penggunjung untuk melawatinya sekali lagi jika ada kelapangan.
P
Walaupun demikian...dipenghujung aliran Sungai Batu iaitu menuju ke Empangan Batu, keindahan sungainya tidak dapat lagi dinikmati atau pun dirasai oleh orang awam. Ada pihak yang telah mengambil hak dan memonopoli kawasan ini. Dahulunya kawasan ini juga merupakan antara kawasan perkelahan dan menjadi tumpuan pengunjung yang ingin menikmati keindahan semulajadi Sungai Batu....dingin airnya..deru airnya....semuanya kini tinggal kenangan.
P
Penggunjung juga perlu tahu keselurahan kawasan ini tiada liputan talian telefon, mau pun talian tetap atau pun talian selular. Begitu juga dengan bekalan elektrik dan air paip. Kesemuanya tiada di sini. Gerai-gerai dan juga pusat rekreasi di sini menggunakan bekalan elektrik dari generator dan sumber air dari air semulajadi.
P
P
Satu peringatan buat semua pengunjung...jangan tinggalkan sampah anda merata-rata. Jika anda tidak menemui tong sampah...bawa sampah anda bersama....hargai keindahan hutan kita.







Kepada pengunjung yang ingin merasai kesegaran malam di kawasan Hutan Lipur Sungai Tua, Riverstone Eco Resort menawarkan penginapan untuk dipilih. Daripada Chalet Kayu, Chalet Buluh atau pun dorm, dan juga khemah.
P
P