NASI AMBENG ISTIMEWA

NASI AMBENG ISTIMEWA
HANYA DI RIVERSTONE ECO RESORT. Hutan Lipur Sungai Tua, Batu Caves, Selangor. 013-2080833, 03-92022672
Showing posts with label Riverstone Eco Resort. Show all posts
Showing posts with label Riverstone Eco Resort. Show all posts

Wednesday, January 13, 2010

Pelita Antik - Kerosene Lamp

NOSTALGIA MENERANGI KEHIDUPAN

Kali ini kami ingin memuatkan koleksi berharga Boss Riverstone Eco Resort yang juga Pengarah Urusan Etika Sihat Sdn Bhd - iaitu syarikat yang menjalankan kerja-kerja pengawalan serangga. Itu sebab resort kami tak ada nyamuk...Boss pakar kawalan nyamuk.
Pelita Antik.....mengumpul dan memilikinya merupakan hobi beliau, koleksi yang dimiliki pun boleh tahan banyaknya. Menurutnya pelita... merupakan nostalgia yang tidak akan luput dari kenangan. Ianya merupakan memori indah dari zaman kecil, alam persekolahan dan sebahagian dari alam remaja beliau....malah setelah menjadi seorang usahawan pun pelita masih menerangi kehidupannya......kat resort kami tak ada bekalan elektrik.
Walaupun jarak kami dari ibukota Kuala Lumpur sangat hampir, tetapi resort kecil di pinggir kota ini tidak mempunyai kemudahan elektrik. Selain menggunakan generator sebagai sumber tenaga, kami juga menggunakan pelita untuk menerangi kegelapan malam di sini.


Antara koleksi pelita yang dimiliki.


Pelita ni dari China, dulu banyak digunakan oleh kapal bijih dan pekerja pelabuhan. Digunakan untuk meronda kawasan. Tempat pelita ni dah diganti dengan lampu suluh. Lebih mudah dibawa ke mana-mana. Boss beli ni kat Hardware di Taman Muda pada tahun 2002. Ini merupakan koleksi pertama yang dimiliki. Masa ni barulah mula hobi kumpul pelita....

Pelita dari tembaga dengan cemeni..pemberian dari seorang rakan Mr Santana Seelan. Tak pasti pulak mana asalnya. Pelita ni dah lama dalam simpanan sejak tahun 1990 lagi.

Sepasang pelita antik dari Katmandu, Nepal. Cenderamata dari En Abdul Rahman Sadri, rakan baik Boss yang juga merupakan Pengarah Urusan
Hi-Tech Field Sdn Bhd.


Lampu pam ni lebih popular dengan panggilan 'gasoline'. Orang kampung aku kalau cakap lampu pam tak tau. Gasoline tau....ini banyak kami gunakan di Riverstone Eco Resort, maklumlah tak ada elektrik. Kat sini generator hanya beroperasi dari jam 6.30pm sehingga jam 12.00 tengah malam. Pas tu pakai pelita....

PASANG PELITA WAKTU PETANG,
MENERANGI MALAM PENUH KETENANGAN,
TUNGGU RENCANA AKAN DATANG,
LAGI BANYAK PELITA DAN KENANGAN.......

Oleh kerana kegunaannya untuk menerangi kegelapan malam telah berkurangan kini namanya digunakan untuk menerangi perniagaan pula. Ada banyak juga penggunaan pelita untuk nama perniagaan antaranya ialah..
Pelita Brunei
Pelita Nasi Kandar
Pelita Akademi
Pelita Sarawak
Pelita Hati
Pelita Akademi Sdn Bhd
Pelita Bahasa
Pelita Raya
Pelita Air
Pelita Indah Condominium
Pelita Holding Sdn Bhd
Pelita Harapan Universiti
Pelita Lim
Pelita Jaya
Pelita Hati Gallery
Pelita Pest Control (M) Sdn Bhd
Pelita Hidup
Pelita Nusantara OnLine
Pelita Training Centre
Pelita Maritime Training Sdn Bhd
Pelita Group & Associated Company
dan banyak lagi.....tapi yang ini paling best dan aku paling suka.....TEPUNG PELITA.




Friday, January 1, 2010

Hutan Lipur Sungai Tua

Hutan Lipur Sungai Tua, terletak berhampiran dengan Empangan Batu merupakan antara tempat perkelahan yang menjadi tumpuan pengunjung kerana keindahan sungainya di samping kawasan air terjunnya yang cantik menggamit pengujung untuk kesini. Terletak di dalam kawasan Hutan Simpan Hulu Gombak, merupakan Hutan Dipterokarp Pamah yang terkandung pelbagai flora, fauna dan herba untuk pelbagai kegunaan perubatan dan penawar. Lebih kurang 9km dari bulatan Batu Caves, untuk ke sini anda akan melewati Masjid Amaniah, melalui Jalan Sungai Tua terus menuju ke Ulu Yam. Sepanjang perjalanan anda akan menemui Kg Nakhoda, Kg Laksamana, Kg Sg Tua, dan Kg Bendahara sebelum melewati Depoh Rapid KL, masuk ke kanan. Meneruskan perjalanan dari sini, anda akan melihat Empangan Batu di sebelah kiri, terdapat juga tempat-tempat rehat R1, R2 dan R3. Anda boleh berhenti seketika di sini untuk menyaksikan keindahan Empangan Batu dan menikmati udara segar tanpa pencemaran. Sehabis pemandangan Empangan Batu anda akan melewati jambatan, dan selepas sahaja jambatan di sebelah kiri anda adalah Riverstone Eco Resort. Kira-kira 100meter dari simpang Riverstone Eco Resort adalah kawasan perkelahan P1 di sebelah kanan. Diikuti oleh kawasan perkelahan P2 dan P3. Kawasan-kawasan perkelahan ini adalah di bawah penyeliaan Jabatan Hutan Daerah, dan terdapat pejabat jabatan ini kawasan perkelahan P2. Menuju ke kawasan perkelahan P3 dari P2 anda akan melalui Perkampungan Orang Asli Ulu Batu di sebelah kiri jalan. Kawasan perkelahan P3 amat popular dengan keindahan air terjunnya. Sungai yang menyerikan jajaran kawasan perkelahan ini adalah Sungai Batu. Setiap kali hujung minggu tempat-tempat perkelahan ini dikunjungi oleh ribuan penggunjung yang terdiri dari masyarakat tempatan, warga Kuala Lumpur dan sekitarannya untuk beriadah bersama keluarga dan rakan-rakan. Sungai Batu yang mengalir sepanjang kawasan perkelahan ini memang indah dan sentiasa menggamit penggunjung untuk melawatinya sekali lagi jika ada kelapangan.
P
Walaupun demikian...dipenghujung aliran Sungai Batu iaitu menuju ke Empangan Batu, keindahan sungainya tidak dapat lagi dinikmati atau pun dirasai oleh orang awam. Ada pihak yang telah mengambil hak dan memonopoli kawasan ini. Dahulunya kawasan ini juga merupakan antara kawasan perkelahan dan menjadi tumpuan pengunjung yang ingin menikmati keindahan semulajadi Sungai Batu....dingin airnya..deru airnya....semuanya kini tinggal kenangan.
P
Penggunjung juga perlu tahu keselurahan kawasan ini tiada liputan talian telefon, mau pun talian tetap atau pun talian selular. Begitu juga dengan bekalan elektrik dan air paip. Kesemuanya tiada di sini. Gerai-gerai dan juga pusat rekreasi di sini menggunakan bekalan elektrik dari generator dan sumber air dari air semulajadi.
P
P
Satu peringatan buat semua pengunjung...jangan tinggalkan sampah anda merata-rata. Jika anda tidak menemui tong sampah...bawa sampah anda bersama....hargai keindahan hutan kita.







Kepada pengunjung yang ingin merasai kesegaran malam di kawasan Hutan Lipur Sungai Tua, Riverstone Eco Resort menawarkan penginapan untuk dipilih. Daripada Chalet Kayu, Chalet Buluh atau pun dorm, dan juga khemah.
P
P




Thursday, November 26, 2009

Happy Birthday Boss

Ops....dah malam baru teringat...Happy Birthday Boss....kami kakitangan Riverstone Eco Resort, Etika Sihat Sdn Bhd, Eshorich Trading dan Asha Photo Master ingin mengucapkan Selamat Hari Lahir semoga panjang umur, murah rezeki....sori boss tak de duit nak beli hadiah...cukup bulan boleh boss?

Monday, November 2, 2009

Program Motivasi Pelajar Kolej Komuniti



Kolej Komuniti Kuala Terengganu dan Kolej Komuniti Kepala Batas. Program Motivasi Pelajar. 28 - 30 Oktober 2009.


Seramai 55 orang pelajar dari kedua-dua kolej ini telah berkampung di Riverstone Eco Resort untuk menjayakan program motivasi pelajar selama 3 hari 2 malam. Program ini merupakan program anjuran bersama Kolej Komuniti dan Proton. Fasilitator untuk program ini disediakan oleh Proton. Sementara Riverstone Eco Resort selaku penyedia kemudahan penginapan dan makan minum mendapat pujian dari semua peserta kerana sajian makanan yang enak dan menyelerakan. Rata-rata mengatakan makanan disini sedap..... Selain itu keindahan senibina


Riverstone Eco Resort juga mengagumkan semua pengunjung dari Terengganu dan Kepala Batas yang baru pertama kali menjejakkan kaki mereka di sini....

Monday, October 26, 2009

Safeguard Securicor Academy - Corporate Team Building







River Crossing

Bertarikh 23 - 25 Oktober 2009, sekali lagi Safeguard Securicor Academy telah menganjurkan program Corporate Team Building di Riverstone Eco Resort. Mengambil peranan sebagai Ketua Jurulatih dan juga merupakan General Manager Safeguard Securicor Academy, Mej (B) Ilyas Amir, dengan penuh semangat dan dedikasi memberikan segala ilmu yang diperlukan untuk memantapkan diri dan organisasi yang diterajui oleh kesemua peserta pada sessi ini. Beliau turut dibantu oleh Kapt (B) Mat Isa Singah selaku Jurulatih Kanan.