NASI AMBENG ISTIMEWA

NASI AMBENG ISTIMEWA
HANYA DI RIVERSTONE ECO RESORT. Hutan Lipur Sungai Tua, Batu Caves, Selangor. 013-2080833, 03-92022672

Thursday, December 16, 2010

Superteen Camp @Riverstone

Sebahagian dari peserta bergambar bersama Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah.

Sentiasa bersama sebagai satu kumpulan sepanjang program berlangsung.

Antara aktiviti menguji minda dan keyakinan yang dilakukan oleh peserta.


Antara aktiviti rekreasi yang disertai oleh peserta sepanjang kem ini.


Berkumpul, memberikan pendapat, meluahkan rasa, berkongsi masalah sesama ahli kumpulan dan fasilitator.


Antara peserta lelaki yang menyertai program kali ini.


Mengabadikan kenangan terindah di Riverstone Eco Resort.
Bersempena cuti sekolah hujung tahun yang agak panjang, Riverstone Eco Resort dengan kerjasama Anak Jawa Malaysia iaitu sebuah perkumpulan laman web Facebook telah menganjurkan kem untuk remaja berumur 9 hingga 16 tahun. Dinamakan Superteen Camp@Riverstone, kem yang berlansung selama 3 Hari 2 Malam ini telah disertai oleh seramai 55 orang pelajar dari serata Semenanjung bermula dari 10 hingga 12 Disember 2010.
Menyedari akan keperluan kem-kem sedemikian untuk dihadiri oleh remaja masa kini, dan juga rintangan harga yang agak mahal merupakan antara masalah yang dihadapi oleh ibu bapa, kem anjuran Riverstone Eco Resort dan Anak Jawa Malaysia ini hanya mengenakan harga yang paling minima kepada semua peserta iaitu RM220.00 seorang. Semua peserta mendapat Sijil Penyertaan dan T-Shirt.
Selain itu pihak kem telah menyediakan 4 orang fasilitator bertauliah dan berpengalaman dari Jabatan Agama Islam Selangor untuk menyelia dan menjalankan program ini. Sementara penceramah jemputan pula adalah Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah. Secara kebetulan pula Dr Mohd Ridhuan merupakan rakan lama kepada Pengurus Besar kami, Pn Hamidah.
Dengan slogan Melahirkan Remaja Berkarisma, sepanjang tempoh kem ini berlangsung peserta diberikan pelbagai pendedahan yang amat berguna kepada mereka untuk masa kini dan masa akan datang. Selain pengisian ibadah, peserta juga didedahkan dengan pelbagai situasi semasa yang mereka sendiri tidak pernah terfikir akan melaluinya.
Peserta diajar untuk mengambil air sembahyang dengan jumlah air yang terhad dan menunaikan solat di dalam hutan semasa aktiviti Merentas Hutan. Sesi praktikal mandi wajid di dalam sungai dan di dalam bilik air juga merupakan antara pelajaran yang diajarkan kepada semua peserta. Selain itu peserta juga didedahkan dengan kepentingan kekeluargaan, menghormati ahli keluarga, menghayati islam disamping menjurus untuk menjadi anak yang soleh dan solehah kepada ibu bapa.
Sementara aktiviti Paint Ball Target Shooting pula merupakan aktiviti terbaru yang amat mengujakan semua peserta. Peluang memegang 'marker' dan menembak sasaran merupakan kenangan paling manis yang tidak dapat dilupakan. Selain itu aktiviti rentas halangan juga merupakan antara aktiviti lasak yang menyeronokkan bagi setiap peserta.
Kegembiraan terpancar diwajah semua peserta di akhir kem. Masing-masing mendapat sesuatu yang baru untuk dikongsi bersama rakan-rakan apabila sekolah dibuka nanti. Namun demikian kesedihan untuk berpisah dari rakan-rakan setelah berkumpul bersama selama tiga hari amat dirasakan.....
Kepada semua peserta tahniah dan syabas diucapkan. Kita jumpa lagi di sesi kedua Superteen pada bulan Mac 2011 nanti. Kepada yang ingin mengikuti kem ini jangan lupa hubungi kami di talian 03-92004181 atau 03-92872672. Superteen Camp@Riverstone siri 2 akan menemui anda Mac nanti.


















No comments:

Post a Comment

"Sila tinggalkan komentar anda"