NASI AMBENG ISTIMEWA

NASI AMBENG ISTIMEWA
HANYA DI RIVERSTONE ECO RESORT. Hutan Lipur Sungai Tua, Batu Caves, Selangor. 013-2080833, 03-92022672

Thursday, January 21, 2016

Dari Dapur Riverstone Eco Resort



PERIA....Pelbagai sajian dari Peria



Ramai yang tak suka dan ramai juga yang suka Peria ni. Banyak khasiatnya, selain dijadikan sajian peria juga digunakan untuk ubatan dan jus minuman.

Kami menanamnya berhampiran resort....hasilnya pun boleh tahan banyak. Oleh kerana dah banyak maka pelbagai sajian dibuat darinya.....






Peria segar dari Kebun


Peria Goreng Dengan Telur


Cara-caranya :

1 biji peria di belah dua. Buang bijinya dan dipotong nipis.
1 sudu udang kering
1 biji telur
2 ulas bawang putih
1 ulas bawang merah
4 tangkai cili kering
garam dan gula

Cili, udang kering, bawang putih dan merah dimesin kasar, dan ditumis dengan
sedikit minyak, masukkan peria, tambahkan garam secukup rasa dan secubit gula.
Bila peria sudah agak empuk pecahkan telur dan kacau sebati....hidangkan.



Peria Masak Lemak Cili Api dengan Daging Salai


Cara-caranya :

1/2 kilo daging dipotong nipis
1 biji peria
1 cawan santan pekat
10 tangkai cili api
4 ulas bawang putih
2 ulas bawang merah
1 helai daun kunyit
2 batang serai
1 sudu tea serbuk kunyit
sedikit minyak utk menumis

Bersihkan daging, perap dengan 1 sudu besar gula, 1/2 sudu tea garam, 1/2 sudu tea
serbuk kunyit. (Biasanya saya akan perap awal pagi dan salai menjelang tengah hari)
Salaikan daging sama ada diatas kuali atau oven
Peria di belah dua, potong 2 inci panjang dan dipotong menegak saiz jari kelingking
Cili api, bawang putih dan bawang merah ditumbuk halus
Tumiskan bahan-bahan ditumbuk tadi
Masukkan serbuk kunyit, serai dan daun kunyit
Masukkan daging yang telah disalai
Masukkan peria
Masukkan santan, gula dan garam
Tambahkan air sekiranya perlu
Didihkan sehingga peria masak
Hidangkan bersama nasi putih dan ikan masin.....


Peria Masak Lemak Cili api dengan Telur Ikan





Cara-caranya :

Untuk hidangan ini caranya sama dengan masak lemak cili api dengan daging salai. Cuma saya
tambahkan 1 inci halia dititik untuk menghilangkan hanyir telur ikan.
Saya belah telur ikan supaya mudah masak isinya.
Ada juga yang merebusnya terlebih dahulu.


Ikan Kembong Masak Kencur Dengan Peria



Ini agak berlainan. Masakan dengan kencur atau cekur adalah masakan istimewa orang jawa.
Ikan yang sering dimasak kencur adalah ikan keli dan ikan pari atau pun ayam.
Kali ini saya gunakan ikan kembong untuk masak cekur dan ditambah pula dengan peria.
Enak, penuh khasiat dari kencur @ cekur dan juga peria.

Cara-caranya :

2 ekor ikan kembong sederhana besar
1 biji peria
15 tangkai cili api
4 ulas bawang putih
1 inci belacan
15 ketul isi cekur
1 keping asam jawa
1 cawan santan pekat

Ikan kembong dibersihkan dan digoreng sederhana garing.
Peria dibelah dua dan dipotong 2 inci menegak sebesar jari
Cili api, bawang putih dan belacan ditumbuk
Cekur ditumbuk berasingan.
Tumis bahan-bahan ditumbuk tadi
Masukkan santan dan asam keping
Masukkan peria dan ikan
Tambahkan air jika perlu
Didihkan sehingga peria masak
Tambah garam dan gula secukup rasa

Selamat mencuba.

Salam kasih sayang dari Kak Midah @ Dari Dapur Riverstone Eco Resort






Wednesday, January 20, 2016

REKREASI


BERKHEMAH...ASRAMA...CHALET...REKREASI, DAY TRIP ATAU MENGINAP DI RIVERSTONE ECO RESORT.


Selain menyajikan makanan enak untuk semua tetamu, Riverstone Eco Resort juga menyediakan kemudahan untuk penginapan dalam bentuk khemah, asrama dan juga chalet. Pelbagai aktiviti rekreasi juga disediakan secara berkumpulan. Semua boleh mencuba sama ada murid sekolah, pelajar university atau badan swasta dan korporat. Pilih  aktiviti yang ingin ada lakukan disini bersama kami.


Trainer kami Abg Afis, Abg Faiq dan Abg Redza sentiasa bersedia menanti kedatangan anda.





Fidzhar Asararuddin









Asyraf Faiq















Mohd Redza

Antara kemudahan asas yang kami sediakan :


Lobi yang sentiasa menanti kedatangan anda




Menikamati hidangan makan buffet di Restoran



Nasi Ambeng




Aktiviti Survival



Jungle Survival @ RM35.00 seorang



Chalet Kayu @ RM120.00 semalam





Khemah disediakan @ RM50.00 seunit



Asrama boleh memuatkan 24 orang @RM480.00 seunit. Terdapat
tandas dan bilik mandi didalam setiap unit.




Abselling/Repelling @ RM45.00 seorang



Rempuh Halangan @ RM15.00 seorang




Menyumpit @ RM20.00 seorang





Memanah @ RM20.00 seorang





Tutup Mata @ RM20.00 seorang




Jom sertai kami dan rasai pengalaman yang hebat ini....hanya di sini di Riverstone Eco Resort.

Hubungi kami. Tel 013-2080833/012-2295228





Tuesday, January 19, 2016

Dari Dapur Riverstone Eco Resort

LABU DAN ANEKA HIDANGAN DARI LABU






Labu ini kami tanam berhampiran kawasan resort.

KHASIAT BUAH LABU

1.Vitamin A.
Labu kuning merupakan salah satu bahan yang digunakan dalam perubatan tradisional untuk mengatasi masalah vitamin A yang memungkinkan kita dijangkiti pelbagai jenis penyakit.
2. Kulit Halus Berseri.
Sekiranya anda mengidamkan kulit yang halus dan berseri, amalan memakan buah labu adalah jawapannya.
3. Antioksida.
Amalan memakan buah labu juga baik kerana ia bertindak sebagai antioksida yang memperlahankan proses penuaan serta memperbaiki sel-sel dalam badan yang telah rosak.
4. Rabun Malam.
Selain masalah kulit kusam dan tidak bermaya, buah labu juga elok bagi anda yang mempunyai masalah rabun terutama rabun malam. Bagi yang mempunyai masalah ketidakseimbangan gula dalam darah juga digalakkan agar memakan labu sekerap yang boleh.
5. Masalah Paru-Paru.
Buah labu baik untuk dimakan sekiranya anda mengalami masalah pembengkakan sendi dan masalah paru-paru. Mudah sahaja, ambil bijinya dan dikisar kemudian dicampur dengan jus lobak merah sebelum diminum. Rasa kelat biji labu tidak akan terasa malah lebih enak dan memudahkan anda untuk meminumnya.   Wallahu'alam.


JUADAH DARI LABU



Labu Manis





Pengat Labu

Pengat dan Labu mmg sangat sinonim. Inilah juadah pertama yang akan kita ingat bila disebut labu. Ada lagi beberapa juadah sinonim dengan labu yang akan saya kongsikan dengan anda semua disini nnti.

Cara-caranya :

1/2 biji labu manis dibuang kulit dan dipotong dadu
1 cawan santan pekat
1/2 cawan gula pasir
1 sudu tea garam
1 helai daun pandan
2 cawan air

Rebus labu dengan 2 cawan air sehingga empuk. Masukkan garam, gula dan daun pandan. Masukkan santan sekiranya perlu boleh ditambah air dan juga gula mengikut citarasa anda.
Pada yang suka boleh juga ditambah gula merah atau pun sagu.






Labu Goreng

Cara-caranya :

1/2 biji labu dibuang kulit dan dipotong nipis
1 cawan tepung gandum
1 sudu tea garam
secubit serbuk kunyit
1 sudu makan tepung beras
air secukupnya

Bancuh tepung dengan semua bahan sehingga sebati, tambahkan 1 sudu minyak masak panas dalam adunan untuk menjadikan adunan lebih rangup.
Goreng labu sehingga kekuningan.





Labu Rebus + Kelapa

Cara-caranya :

1/2 biji labu dibuang kulit dan direbus dengan 1 sudu makan garam. Toskan
1/2 cawan kelapa parut putih.
Semasa menghidang letakkan kelapa diatas labu dan taburkan sedikit gula diatas kelapa parut.
Enak untuk dimakan sepanjang masa.



 
Cekodok Labu

Cekodok Labu boleh dibuat dengan 2 cara. Iaitu labu direbus dan dilenyek atau pun diparut. Apa pun cara yang anda lakukan ianya tetap sedap.

Cara-caranya :

1/2 biji labu dibuang kulit @ rebus dan lenyek
atau
parut dengan parut kelapa.
1 cawan tepung gandum
1 sudu tea garam
1/3 cawan gula putih
1 biji telur

Gaulkan semuanya sehingga sebati, sekiranya masih agak lembik tambahkan sedikit lagi tepung gandum. Goreng sehingga kekuningan. Hidangkan dengan kopi O.




Selamat mencuba....


Salam kasih sayang dari Kak Midah @ Dari Dapur Riverstone Eco Resort.