NASI AMBENG ISTIMEWA

NASI AMBENG ISTIMEWA
HANYA DI RIVERSTONE ECO RESORT. Hutan Lipur Sungai Tua, Batu Caves, Selangor. 013-2080833, 03-92022672

Tuesday, November 18, 2014

Majlis Resepsi dengan kehijauan alam......

Inginkan kelainan untuk majlis Resepsi anda. Kami akan memberikan perkhidmatan yang terbaik untuk anda. Majlis resepsi kendalian kami pada 27 Sept 2014, dengan pilihan tema Konsep Jawa.  Kami membawakan kepada pasangan ini hidangan, pelamin, pakaian dan juga alunan muzik sepanjang majlis ke semuanya menepati konsep Jawa.



Pelamin 



Pasangan Mempelai



Tambahan kanopi diluar bangunan untuk tetamu menjamu selera.




Bufet di bahagian dalam bangunan  resort untuk tetamu.




Nasi Ambeng


Menyajikan hidangan utama yang juga merupakan signature dish kami iaitu Nasi Ambeng dan  Daging Salai Masak Lemak Cili Api serta Air Sirap. Ditambah pula dengan hidangan iringan Kambing Bakar, Tea Tarik serta Keledek dan Pisang Goreng. Tidak dilupakan Coklat Booth untuk sikecil.



Chocolate Booth 




Muzik Tradisi Jawa - Cempuling

Alunan rebana, selawat dan zikir dari kumpulan muzik cempuling menyerikan majlis, menghiburkan tetamu.

Monday, October 1, 2012

Destinasi Hamidah


 
Tiada perasaan kesal dalam dirinya sebaliknya ketenangan dan kepuasan dicari kini sudah ditemui. Perhitungan meninggalkan kerjaya pada saat kemuncak, keputusan paling sukar ternyata tepat dan memenuhi keinginan diri.
 
Hamidah Asararuddin pemilik Riverstone Eco Resort (RER) bertekad berkecimpung dalam dunia perniagaan resort selepas bertungkus lumus membangunkannya.
Bersama suami Mohamed Ashari Sidek yang sentiasa disisi dan memberi sokongan, Hamidah bangga dunia perniagaan resort dinuka sejak lapan tahun lalu, di Ulu Yam, Gombak, Selangor semakin dikenali ramai.
Resort terletak berhampiran Empangan Batu, Ulu Yam juga laluan menuju ke Genting Highlands itu yang dilengkapi restoran menjadi antgara daya tarikan pelancong menginap di premisnya.
Bagi ibu kepada dua anak, Natasha Atiqah, 16, dan Asyraf Faiq, 11, menjelaskan beliau tidak ada masalah mengendalikannya dan berbangga dapat membantu meningkatkan industri pelancongan negara.
"Saya seronok bertemu orang ramai khususnya pelancong dalam dan luar negara. Pelancong Barat misalnya, suka sangat keindahan alam semula jadi. Apabila pelancong datang ke sini macam-macam soalan ditanya. Kita harus bersedia semua itu," katanya.
 
Suasana damai
Mengimbas perjalanan perniagaanya, Hamidah sebelum ini berkhidmat sebagai Eksekutif Perhubungan Awam, di sebuah syarikat insurans selama 16 tahun, berkata RER diwujudkan atas inisiatif suaminya.
Kedamaian alam semula jadi membuatkan resort itu menjadi lokasi bagi warga banda mahu merehatkan diri sejenak daripada kesibukan kota.
Hiasan landskap ala kampung dengan chalet berlantaikan buluh dan berdindingkan kayu membuatkan Riverstone memebrikan kelainan bagi mereka yang tidak pernah merasai suasan sedemikian.
Bagaimanapun, resort itu tiada bekalan elektrik hanya mengunakan generator yang beroperasi jam 6.30 petang hingga 12 malam dan selepas itu menggunakan pelita minyak tanah.
"Sejak resort dan restoran ini dibuka, tiada masalah besar menguruskannya. Segala-gala berjalan lancar tetapi tidak dinafikan, ada pelanggan yang cerewet tetapi bagi saya itu hak untuk bersuara jika tidak puas hati. Cuma masalah utama ialah penyelenggaraan tinggi untuk menjana bekalan air dan elektrik di sini. Bahkan, terpaksa berjimat cermat supaya tidak terputus bekalan," ujarnya.
Resortnya juga seting menjadi pilihan individu dan syarikat korporat mengadakan pelbagai aktiviti riadah, selain berkunjung semata-mata mencari kelainan merasai pengalaman baru makan di restoran dalam suasana ala kampung.
Banyak cabaran tan tiada istilah cuti hujung minggu dab bercuti panjang. Pada masa wanita lain berehat bersama anak dan suamo di rumah atau berkelah di pusat peranginan, Hamidah perlu berada di RER.
Jumaat, Sabtu dan Ahad adalah hari paling sibuk di RER apatah lagi cuti sekolah dan perayaan tertentu. Hamidah menyinsing lengan di Riverstone melayan tetamu dan sesekali menjengah ke dapur memastikan operasi berjalan lancar.
"Saya bukan saja menguruskan resort dan restoran tetapi melakukan pelagai kerja termasuk aspek persekitaran dan kerja domestik," ujarnya.
 
Pelbagai aktiviti
Sesuai dengan konsep back to nature pelbagai pakej untuk rekreasi, bina diri dan motivasi disediakan. Peserta akan mengalami suasana persekitaran dalam hutan yang menarik dan dikelilingi flora dan fauna berbeza kehidupan seharian mereka.
"Sejak Disember tahun lalu, Riverstone ada pelbagai program motivasi, kepimpinan dan kem cuti sekolah khusus untuk remaja atau kanak-kanak sekolah.
"Melalui program diketengahkan, remaja akan didedahkan pelbagai perkara menarik, termasuk mempelajari kelangsungan hidup di dalam hutan, pengembaraan dan didedahkan aktiviti lasak. Program berlangsung tiga hari dua malam dan sasarannya remaja berusia 13 tahun ke atas," katanya.
 
Riverstone Eco Resort (RER)
- Sedia pakej rumah terbuka hari raya, majlis jamuan makan malam, ulang tahun perkahwinan, perjumpaan semula dan pelbagai.
- Jungle Survival, Rentas hutan, rentas sungai, flying fox, abseiling & repailing, jalan malam, berakit, rempuh halangan, perang berapi, sukaneka, memanah, bola baling, menyumpit, explore Riverstone Race dan paintball.
- Pelbagai jenis masakan tempatan, menu utama belut dan patin.
- Penginapan ala kampung
- Mampu menampung 90 penghuni
- Dilengkapi dewan untuk 200 orang
- Kemudahan surau.

Saturday, August 4, 2012

Sajian herba di Riverstone Eco Resort

RAMADAN bulan yang paling dinanti-nanti ketibaannya bagi umat Islam di seluruh dunia. Ia sinonim dengan bulan melakukan ibadah di samping mewah dengan pelbagai sajian untuk dinikmati ketika berbuka.
Restoran Riverstone Eco Resort (RER) di Ulu Yam, Selangor juga tidak ketinggalan menawarkan seleksi hidangan bufet Ramadan yang pasti menggamit selera.
Dianjurkan buat tahun kelapan berturut-turut, menu tahun ini menampilkan sedikit kelainan dengan mengetengahkan masakan paling istimewa dari dapur RER.
Diilhamkan sendiri oleh Pengurus Besar RER, Hamidah Asararuddin, para pengunjung berpeluang menikmati keenakan sajian kambing masak kencur, rendang arnab dan bebek masak ketumbar.
Selain itu, masakan popular RER seperti patin masak tempoyak, ayam panggang Riverstone dan wedang serey akan tetap menjadi penyeri bufet tahun ini.
Masih mengekalkan konsep masakan Jawa, pengunjung juga disajikan dengan tiwol, pisang dan ubi godog serta pecal Riverstone di samping urap kecipir dan tempe goreng bawang putih. Hidangan pemanis mulut pula terdiri daripada bubur kacang hijau, bubur pulut hitam, cendol dan kuih-muih.

Terbaik dari dapur Riverstone

 KUIH tradisional Jawa seperti pisang godog, ubi godog dan uk’rok turut disajikan pada Ramadan ini.
 Hamidah Asararuddin antara juadah bufet Ramadan di Riverstone Eco Resort, Hutan Lipur Sungai Tua, Jln. Sungai Tua, Batu Caves, Selangor


Ramadan muncul lagi. Seperti biasa pada tahun ini Riverstone Eco Resort di Hutan Lipur Sungai Tua, Batu Caves menampilkan kelainan dari segi hidangan makanan yang disajikan kepada pengunjung.
Menu kali ini mengetengahkan masakan paling istimewa dan terbaik dari dapur yang diilhamkan sendiri oleh Pengurus Besar Riverstone Eco Resort, Hamidah Asararuddin.
Di situ kelak, kita boleh menikmati masakan seperti kambing masak kencur, arnab rendang dan itik masak ketumbar sepanjang Ramadan. Masakan ini dihidangkan setiap hari di Restoran D'River untuk dinikmati pelanggan sepanjang bufet Ramadan di resort yang terletak dekat Hulu Yam, Selangor itu.
Hamidah berkata, masakan popular seperti patin masak tempoyak, ayam panggang Riverstone dan wedang serey tetap disajikan seperti tahun-tahun sebelumnya.

Monday, June 11, 2012

Bufet Ramadan 2012


Ramadan bakal bertandang lagi. Seperti tahun-tahun lepas Riverstone Eco Resort juga tidak ketinggalan untuk menyajikan sajian enak berbuka puasa sempena kehadiran bulan mulia ini. Kali ini bufet ramadan di Riverstone bakal menghidangkan makanan istimewa khas dari dapur dan resepi terbaik kami.


Bagi yang berminat untuk mengunjungi kami, boleh membuat tempahan dari sekarang. Sebarang tempahan berbayar untuk 10 orang akan mendapat percuma untuk seorang. Tawaran ini akan berlangsung dari sekarang sehingga 15 Julai, 2012.


Antara menu utama harian sepanjang bufet ramadan kali ini adalah :


Pecel
Tempe Goreng Bawang Putih
Arnab Rendang
Bebek Masak Ketumbar
Kambing Masak Kencur
Ikan Patin Masak Tempoyak
Ayam Panggang Riverstone

Soto
Tiwol
Pisang Godog
Ubi GodogWedang Serey
Cendol

RM40.00 dewasa
RM22.00 kanak-kanak 6-12 tahun

Hubungi : 03-9200 4181, 03-9287 2672, 013-2080833

Tuesday, May 8, 2012

Guyon sore@riverstone



Co Hosted by
Persatuan Anak Jawa Selangor (AJS) & Seni Pelita

Tarikh  : 19/5/2012 - Sabtu
Masa    : 2:30pm - 6:30pm


Aturcara Majlis

Bacaan Doa
Menjamu Selera - Hi Tea
Live Performance dari mini album AJS
Free & easy performances

Lain-lain

Kaunter Penerangan Koperasi & Pendaftaran Koperasi
Anak Jawa Selangor Berhad
 

"Pot Luck" dialu-alukan
 

Sebarang sumbangan untuk tabung amat digalakkan.

-
- http://www.facebook.com/events/362118683836150/

Tuesday, January 31, 2012

Sajian Selera Masakan Jawa Unik & menyelerakan

Dari Dapur Jawa Riverstone Eco Resort


Khas buat pembaca Mingguan Wanita Januari 2012



Malaysia kaya dengan hidangan unik dan menyelerekan. Ia berikutan dari kepelbagaian budaya dan etnik yang ada di Malaysia. Salah satunya adalah masyarakat Jawa yang tidak ketinggalan menyajikan masakan mereka dalam cara tersebut.

Tapi satu yang menariknya kebanyakan hidangan orang Jawa mempunyai sambal. Antara sambal yang popular dan pedas ada lah Sambal Ta'un. Istimewa dari dapur Jawa Riverstone Eco Resort, Sajian Selera kali ini membawakan hidangan enak istemewa masyarakat Jawa. Selamat mencuba.
Tilapia Merah Ala Riverstone


Bebek Masak Ketumbar


Sambal Ta'un Kerang


Kerabu Daun Selom


Sambal Penyet Tempe


Timun Acar Masak


Gethik Pari


Bobor Betik ( Kates / Gandul )


Getuk Pisang


Punten


Uk'rok


Bubur Candil


Rucuh timun