NASI AMBENG ISTIMEWA

NASI AMBENG ISTIMEWA
HANYA DI RIVERSTONE ECO RESORT. Hutan Lipur Sungai Tua, Batu Caves, Selangor. 013-2080833, 03-92022672

Thursday, April 8, 2010

Harga Pakej, Aktiviti dan Kemudahan

PAKEJ-PAKEJ DITAWARKAN


A. PAKEJ PELAJAR SEK RENDAH & SEK MEN (Minima 20 orang)

1. Jenis Penginapan


a. Penginapan Khemah - RM65.00 (2H1M) RM100.00 (3H2M)

b. Penginapan Asrama - RM75.00 (2H1M) RM110.00 (3H2M)

2. Makan dan Minum

 
2 x makan tengahari
1 x sarapan pagi,
1 x makan malam
1 x tea break

3. Aktiviti Rekreasi - Rempuh Halangan

 
 
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------
 
 
B. PAKEJ PELAJAR IPT (Minima 20 orang)

1. Jenis Penginapan

a. Penginapan Khemah - RM75.00 (2H1M) RM110.00 (3H2

b. Penginapan Asrama -  RM85.00 (2H1M) RM120.00 (3H2M)

 

2. Makan dan Minum

2 x makan tengahari
2 x sarapan pagi,
2 x makan malam, 
4 x tea break.

3. Aktiviti Rekreasi - Rempuh Halangan




 

Harga dan Aktiviti Rekreasi disediakan :

 Rekreasi Aktiviti Rekresi
1. Merentas Hutan ----------------- RM15.00 seorang
 
2. Abseiling / Repailing -----------RM45.00 seorang

3. Jalan Malam --------------------- RM15.00 seorang
 
4. Rakit Buluh ------------------------RM25.00 seorang

5. Rempuh Halangan --------------RM10.00 seorang


6. Perang Berapi-------------------- RM15.00 seorang

7. Explore Riverstone Race--------RM400.00 (1 sesi permainan)

8. Sukaneka ------------------------RM350.00 (1 sesi permainan)

11. Memanah-----------------------RM20.00 seorang


12. Menyumpit---------------------RM10.00

13. Paint Ball-----------------------RM95.00 seorang (Min 30 orang)

14. Broken Bridge-----------------RM15.00 seorang

15. Cina Buta----------------------RM15.00 seorang


Penginapan & Kemudahan yang disediakan 

1. Chalet Kayu              RM120.00 semalam - Katil Queen + bilik mandi
2. Chalet Buluh             RM60.00 semalam - Katil bertingkat
3. Hillview 1                 RM280.00 semalam - Katil bertingkat, tandas dan bilik mandi
4. Hillview 2                 RM480.00 semalam - Katil bertingkat, tandas dan bilik mandi
5. Hillview 3                 RM480.00 semalam - Katil bertingkat, tandas dan bilik mandi
6. Hillview 4                 RM480.00 semalam - Katil bertingkat, tandas dan bilik mandi
7. Khemah                    RM60.00 / RM40.00
8. Dewan dan PA          RM450.00 (3H2M) / RM350.00 (2H1M) /  RM250.00 sehari
9. Tambahan Tilam       RM20.00 seunit
10. Tapak Paint Ball      RM500.00 sehari
11. Tapak Khemah        RM30.00 satu khemah.
12. Canopi                     RM380.00 seunit + 10 meja + 40 kerusi
13. Sleeping Beg           RM10.00 seunit/semalam
14. Karaoke                   RM350.00 untuk 3 jam
15. PA System              RM300.00 untuk 3 jam
16. Sewa Tapak            RM200.00 untuk 3 jam
 
 
Nota : Untuk semua pakej, kemudahan dan aktiviti ditawarkan, caj tambahan akan dikenakan semasa cuti Umum dan cuti perayaan



Riverstone Eco Resort
Hanya mengambil masa 15 minit perjalanan dari Kuala Lumpur




Istimewa Hari Ini

MINUMAN HERBA BERKHASIAT







Terbaru di Riverstone Eco Resort....Wedang Sere. Dijual dengan harga RM5.00 satu gelas besar, minuman ini merupakan minuman kesihatan berasaskan herba. Antara khasiat yang terdapat di dalam minuman ini adalah untuk melancarkan peredaran darah, penghadaman, membuang angin dan mengurangkan tahap kolesterol di dalam darah, juga untuk menghilangkan rasa loya dan kurang selera. Minuman ini dihidangkan dalam bentuk suam...tak boleh pakai ais lari khasiatnya.
Bila lagi nak mencuba? Yang pasti ianya hanya terdapat di sini...di Riverstone Eco Resort.





Monday, April 5, 2010

ANAK ANAK JAWA MALAYSIA (AAJM)



PERJUMPAAN AAJM



Pada 4 April 2010 lepas, telah berlangsung perjumpaan Anak-Anak Jawa Malaysia (AAJM) di Riverstone Eco Resort. Perkumpulan dikalangan pengguna facebook ini telah menggumpulkan seramai lebih 3000 pengguna facebook yang berketurunan Jawa Malaysia. Berkonsepkan santai, kebanyakan yang hadir tidak mengenali antara satu sama lain.

Walau pun kehadiran tidak sebagaimana yang dijanjikan, namun kemeriahan tetap dirasakan sepanjang pertemuan ini. Yang penting..teraju utama AAJM seperti Yanni, ZNizam, Sugeng, Shahrin dan Pak Dhe dan penyokong kuatnya seperti Bocah Nakal, LJT, Juliyah dan MJ tetap hadir untuk menyerikan lagi suasana...


Creator AAJM - Yanni Sarif dan GM Riverstone Eco Resort - Pn Hamidah Asararuddin.
Antara barisan utama dan pengikut setia AAJM yang hadir.


Masing-masing mencuba juadah yang di bawa.


Wira Sinto sedang menikmati menu istimewa Riverstone - Wedang Sere RER dan Nasi + Pecel Lele...barula betul Jawa..
Pak Dhe (Mat Dom Karto).....orang Jawa nyanyi lagu My Way....suara sedap tu!

Lama dan Baru. Dr Ismail Maulut (berkaca mata hitam) dan Bocah Nakal....tak nak kalah tu Teluk Intan dan Batu Pahat....
Tembak dik....tak puas minta duit kat abah lagi, baru RM5.00 je 10 pallet. Antara aktiviti yang disediakan pada hari tersebut.

Geng motor dari Tanjung Karang....terima kasih atas sokongan anda...JAWA World.


ANAK ANAK JAWA MALAYSIA
(AAJM)


Saturday, April 3, 2010

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata

Tahun Pertama Menyeronokan



Friday, April 2, 2010

Din Beramboi

Al - Fatehah
Allahyarham Mior Ahmad Fuad b Mior Badri



Semoga keluarga dan balu Allahyarham, Pn Suhaini Che Man dan Anak-anak diberikan kekuatan dan kesabaran untuk menghadapi dugaan ini. Warga Riverstone Eco Resort yang juga merupakan peminat setia Allahyarham mengucapkan takziah kepada keluarga Pn Suhaini.
Semoga roh Allahyarham ditempat bersama orang-orang yang salleh dan beriman...Amin.


S
S
S

Thursday, April 1, 2010

Merentas Hutan

Aktiviti Merentas Hutan - Sungai Tua

Jungle Trekking . Jungle Treking. Corporate Team Building

Aktiviti Merentas Hutan merupakan antara aktiviti rekreasi yang ditawarkan di sini. Aktiviti ini biasanya akan disertai oleh jurulatih bertauliah dan jurupandu jalan bergantung kepada jumlah peserta yang menyertai program tersebut. Bagi yang sukakan aktiviti lasak merentas hutan merupakan aktiviti pilihan.

Pelanggan boleh memilih untuk melakukan beberapa jenis aktiviti Merentas Hutan yang disediakan sama ada di sekitar kawasan resort atau pun meneroka lebih jauh ke dalam hutan. Merentas Hutan ke Sg Tua merupakan antara lokasi yang sering menjadi pilihan. Mengambil masa sejam perjalanan pergi dan sejam perjalanan balik, peserta boleh bermandi-manda di Sg Tua yang indah, sejuk dan tidak tercemar...kena bawa bekalan makan tengahari sekali.

Antara beberapa pilihan aktiviti Merentas Hutan yang ditawarkan :

1. Merentas Hutan Biasa RM5.00 seorang

Sg Tua RM5.00 seorang

2. Merentas Hutan Kg Orang Asli - River Walking (5 jam) RM5.00 seorang + RM300.00

3. Merentas Hutan

Jungle Survival -masak dlm buluh (3 jam + peralatan) RM5.00 seorang + RM400.00

4. Merentas Hutan

Cara-cara Beribadah - solat, wudhu, tayammum RM5.00 seorang + RM200.00



Antara pemandangan yang dapat dilihat semasa aktiviti merentas hutan...kehijauan pepohon.

Sekumpulan pelajar sekolah sedang melakukan aktiviti merentas hutan.


Keindahan hutan yang belum tercemar yang sentiasa menanti kedatangan anda di sini....jangan tinggalkan sebarang sampah di sini...hutan ini bukan hak kita tapi warisan kepada generasi akan datang...



Dah kepenatan....baru 1 jam, belum sampai Perkampungan Orang Asli Ulu Batu lagi...ada 1 jam perjalanan lagi tu...

Menujuk ke Puncak.....bukan menuju ke puncak AF, tapi ke puncak bukit di belakang Riverstone Eco Resort. Perjalanan ke sini mengambil masa 30 minit dan pendakian ke puncak kira-kira 5 minit. Hanya 4 - 10 peserta dibenarkan berada di puncak ini pada satu-satu masa, tempat ni curam dan kecil saja...di sini anda akan melihat Kuala Lumpur dengan jelas.


Bersama berjalan berkumpulan....jangan tinggalkan kawan dik...


Keindahan dari puncak bukit Riverstone Eco Resort...Empangan Batu dan Kuala Lumpur.



Sg Tua yang indah dan nyaman....tanpa pencemaran. Anda sekali lagi diingatkan untuk tidak meninggalkan sampah sarap di sini.


Sungai Tua....air mu dingin membelai bebatu yang setia menanti aliranmu..hutan mu indah tidak tercemar...tiada lagi tangan-tangan kasar mengotori kawasan mu....kau masih terpelihara.


Jadi apalagi yang anda tunggu? Rasailah semuanya semasa anda melakukan aktiviti ini...anda pasti tidak akan kecewa. Terokai keindahan alam ini, rasai dan nikmati keasliannya.....












Wednesday, March 31, 2010

Jawatan Kosong



1. Marketing Executive - Lelaki/Perempuan. Mempunyai kenderaan sendiri. Berpengalaman dan fasih Bahasa Inggeris.

2. Tukang Masak - Lelaki/Perempuan. Boleh memasak masakan Melayu. Masakan Panas dan Thai. Berpengalaman dalam bidang masakan diutamakan.

3. Pembantu Tukang Masak. Bolah memasak masakan melayu.

4. Pekerja Am


Riverstone Eco Resort
Tel : 03 - 92004181
R
R
R
R