NASI AMBENG ISTIMEWA

NASI AMBENG ISTIMEWA
HANYA DI RIVERSTONE ECO RESORT. Hutan Lipur Sungai Tua, Batu Caves, Selangor. 013-2080833, 03-92022672

Tuesday, February 2, 2010

Mee & Rojak Mastan Ghani kini di Langkap

Pada 31 Jan lepas Boss & family buat road tour ke Kuala Selangor, Sungai Besar, Sabak Bernam, Teluk Intan, Langkap dan Tapah...di Langkap Boss melawat restoran kepunyaan adik ipar beliau yang juga merupakan cucu Mastan Ghani..nama yang amat sinonim dengan Teluk Intan. Sesiapa saja kalau sebut Mastan Ghani memang dah tau, di sini lah terhasilnya mee rebus dan rojak yang unik dan sedap rasanya. Tak sama dengan mee rebus di Kuala Lumpur ni...
Sebelum membuka restoran ini Faizal dengan menggunakan van menjalankan perniagaan mee rebus ini ke serata pasar pagi di daerah Hilir Perak. Semangat dan kegigihannya akhirnya membuahkan hasil.
Adik ipar Boss ini adalah generasi muda 'mamak' hari ini...menjalankan perniagaan dengan konsep moden, berwawasan dan berlainan dari mamak masa lalu. Mohd Faizal Abdul Aziz, mendapat pendedahan, pendidikan dan pengalaman luas dalam bidang perniagaan, kebersihan dan juga hygiene. Sebelum membuka restoran ini Faizal menggunakan van untuk menjalankan perniagaannya ke serata pasar pagi di daerah Hilir Perak. Beliau juga merupakan pelopor kepada perniagaan bergerak Mastan Ghani ini. Kini perniagaan ini di ambil alih oleh adiknya di bawah pengawasan beliau.
Kami semua warga Riverstone ingin mengucapkan Tahniah dan Selamat Maju Jaya kepada beliau.


Dua Generasi...Mastan & Mohd Faizal

Mee Rebus dan Rojak yang sedap tu.....terliur! Apasal la boss tak bungkus untuk kami?


Antara menu minuman yang ada. Air Batu Campur.

Mamak Faizal, sedang menyediakan antara menu baru yang ada di sini. Nasi Ayam...


Bahagian dalam restoran, walaupun agak kecil tetapi cukup selesa untuk menikmati hidangan anda di sini.
Restoran ini baru di buka kira-kira sebulan yang lalu. Terletak dihadapan Klinik Kesihatan Langkap, Teluk Intan Perak. Kome yang nak balik menghala ke Bidor, Ipoh, Kampar, Tapah dan Teluk Intan, singgah la ke Restoran Mastan Ghani kat Langkap ni....




Saturday, January 30, 2010

Dorm dan Chalet Buluh



Riverstone Eco Resort terletak di antara Hutan Lipur Sungai Tua dan Empangan Batu. Merupakan sebuah pusat latihan dan rekreasi yang unik dan paling hampir sekali kedudukannya dari Kuala Lumpur. Uniknya resort ini adalah kerana keindahan seni binanya di samping flora dan fauna yang masih belum tercemar. Bagi para tamu yang sering ke sini untuk menghadiri program latihan seperti Team Building, Motivasi dan Rekreasi, di sini mereka dapat menikmati udara segar dan keindahan alam bersama dengan nostalgia kampung halaman di masa silam.....resort ini tiada kemudahan elektrik, bekalan elektrik dari generator hanya berfungsi dari pukul 7 petang sehingga 12 malam sahaja. Selepas itu, resort hanya diterangi oleh lampu dari sumber bateri dan pelita minyak tanah...unik kan?

Antara kemudahan penginapan yang disediakan di sini adalah :

D
DORM :


Bangunan dengan kedudukan tertinggi di sini. Terletak di atas bukit, bangunan 2 tingkat dengan 4 bilik yang dinamakan Hillview 1, Hillview 2, Hillview 3 dan Hillview 4 juga menerapkan senibina yang menarik. Bangunan ini merupakan satu-satunya bangunan di resort ini yang menggunakan kemasan dari batu sepenuhnya.

Ruang legar tingkat bawah yang menempatkan Hillview 1 dan Hillview 2. Keseluruhan 4 bilik dorm ini dilengkapi dengan bilik mandi dan tandas.

Pandangan dalam dorm yang dilengkapi dengan katil bertingkat. Hillview 2, 3 dan 4 boleh menempatkan 12 hingga 14 katil bertingkat sementara Hillview 1 pula menempatkan 7 hingga 8 katil bertingkat.



Rekabentuk dalaman Hillview 4 merupakan rekabentuk dalaman yang paling indah sekali untuk Dorm ini. Siling bilik ini diperbuat dari pecahan buluh yang disusun atur dengan teliti untuk menghasilkan corak yang menarik.
Harga :
Hillview 1  -  7 katil RM280.00
Hillview 2  - 12 katil RM480.00
Hillview 3  -  12 katil RM480.00
Hillview 4  - 12 katil RM440.00

Kemudahan :
Bilik Mandi dan Tandas di setiap bilik.


CHALET BULUH :

Terdapat 4 unit Chalet Buluh dengan senibina yang unik. Terletak di bahagian bawah Dorm. Mengambil konsep binaan pondok orang asli, dengan dinding kemasan buluh pecah dan dilapik dengan plywood di bahagian dalam dan berlantaikan papan.




Setiap Chalet Buluh dilengkapi dengan 1 katil bertingkat, tanpa kemudahan bilik mandi dan tandas. Boleh menempatkan maksimum 4 orang dengan tambahan tilam. Bilik mandi dan tandas terletak 15 meter dari chalet ini.





Bahagian balkoni hadapan Chalet Buluh. Anda dapat menikmati pemandangan indah laman resort dari sini.


Harga : RM60.00
Jumlah : 4 unit
Muatan : 2 - 4 orang
Tanpa kemudahan bilik mandi dan tandas, terdapat tandas dan bilik mandi berkongsi berhampiran chalet ini.










Friday, January 29, 2010

Bicara Agama - Utusan Online




Selawat ke atas Rasulullah perintah wajib

Kenapa kita ucapkan selawat ke atas Rasulullah SAW sahaja, sedangkan Nabi-nabi dan rasul-rasul yang lain kita hanya ucapkan sejahtera?


...............................................................................................................


Gambar sebagai hiasan
Apakah hukumnya membuang tahi lalat pada tubuh badan terutama sekali di bahagian muka?

Jawapan Klik tajuk di atas Bicara Agama - Utusan Online

Kemusykilan Agama

Bersama MOHD. FARID RAVI ABDULLAH
Pengarah Institut Kajian Hadis, Selangor, Kolej
Universiti Islam Antarabangsa Selangor.
P
P

Thursday, January 28, 2010

Prudential Assurance Malaysia


Pada 25hb Jan 2010, seramai 20 orang Perunding Kewangan dari Sherlock Agency, Prudential Assurance Malaysia salah sebuah syarikat insurans yang unggul di Malaysia, telah menghadiri sesi penerangan dan rancangan perniagaan 2010 yang berlangsung dari jam 8.30 pagi sehingga jam 6.00 petang. Selain sesi perbincangan, mereka juga menyertai aktiviti berakit.



Sedang berehat seketika sambil menikmati minuman dan makanan ringan. Riverstone dengan ini juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Sherlock Agency kerana pujian dan rating 4* untuk makanan yang disajikan sepanjang hari tersebut.
Ada yang dapat penghargaan atas usaha pada tahun 2009.

Mengalas rakit ke gigi air untuk memulakan aktiviti berakit.

Berusaha bersungguh-sungguh untuk sampai ke garisan penamat sebagai Juara...

Kumpulan yang kalah terpaksa menerima kenyataan....hijau muka bang!



Bubur Abang

B
B
BUBUR ABANG
dari dapur Riverstone Eco Resort

B

Bubur Abang - bagi masyarakat Jawa di Teluk Intan, Perak, bubur ini merupakan satu hidangan tradisi yang wajib dan unik untuk pelbagai upacara dalam kehidupan seharian. Bubur Abang melambangkan kesyukuran bagi masyarakat Jawa. Ia akan dihidangkan sempena kelahiran anak, perkahwinan, pertunangan, ulangtahun kelahiran, menamakan anak, upacara turun tanah, lulus periksa, dapat keuntungan perniagaan, mendapat hasil tuaian, baik dari demam, pendek kata apa juga kejadian, bubur ini pasti akan dihidangkan.

B

Apakah Bubur Abang ni? Abang bermaksud merah. Namun begitu warnanya bukanlah merah, tetapi coklat keperangan hasil dari penggunaan gula merah. Mungkin kerana itu lah juga ia dipanggil Bubur Abang.

B

Macam mana nak buat Bubur Abang? Seperti membuat bubur nasi, beras direbus sehingga lembut, tambahkan santan, garam dan daun pandan. Asingkan sedikit bubur ini ke dalam mangkuk dan baki bubur di dalam periuk ditambah gula pasir dan gula merah sesedap rasa. Apabila menghidangkannya letakkan bahagian putih yang diasingkan tadi di atas bubur tersebut. (seperti gambar)

B

Biasanya bagi masyarakat jawa di Teluk Intan, majlis sedemikian dipanggil "Among-Among" yang biasanya akan disertai dengan hidangan tradisi orang jawa juga iaitu Keluban. Selain itu sebagaimana majlis kenduri yang lain, upacara akan di sertai dengan bacaan doa selamat oleh Pak Imam. (kita akan bercerita mengenai Keluban di lain keluaran )

B

Bagi masyarakat Jawa di tempat lain cara menghidang bubur ini juga adalah bebeza walaupun dengan tujuan yang sama iaitu sebagai tanda kesyukuran. Bubur Putih diletak di tengah-tengah bubur merah untuk menandakan majlis itu meraikan anak lelaki. Contohnya berkhatan atau harilahir. Bubur Merah diletak di tengah-tengah bubur putih untuk meraikan anak perempuan.


Resepi Bubur Abang

2 cawan beras
2 helai daun pandan
4 cawan santan
2 cawan gula merah
1/2 cawan gula putih
1 sudu kecil garam

Rebus beras sehingga lembut. Selalu dikacau dan ditambah air. Setelah itu masukkan santan, garam dan daun pandan. Kacau sehingga sebati, asingkan sedikit bubur ini. Kemudian bancuh gula merah, tapis dan masukkan ke dalam baki bubur ini. Tambahkan gula putih atau ikut citarasa anda sendiri.

Selamat mencuba...

Bagi pembaca yang ingin membuat tempahan Bubur Abang sempena majlis di Riverstone atau pun di rumah bolehlah menghubungi kami.
B

B

Tuesday, January 26, 2010

CHALET KAYU


Pandangan hadapan Chalet Kayu.
Dinding Chalet Kayu menggunakan bilah belahan kayu. Menghasilkan satu keunikan yang amat berbeza. Menginap di Chalet Kayu juga merupakan satu pengalaman menarik, walaupun tiada penghawa dingin, suasana malam yang sejuk turut dirasai oleh penghuni Chalet Kayu. Tingkap-tingkap di Chalet ini tidak dilengkapi dengan langsir, ini adalah untuk membolehkan angin malam menerjah masuk ke dalam Chalet ini.


Pemandangan bahagian belakang Chalet Kayu dilihat dari Dewan Sungai Gimba.


Bahagian balkoni belakang Chalet Kayu. Anda boleh bersantai disini, melihat kehijauan pepohonan dan menikmati udara segar.


Bahagian dalam Chalet Kayu, yang dilengkapi dengan katil queen, tuala, sabun dan syampoo. Di dalam Chalet Kayu ini terdapat kemudahan bilik mandi tanpa tandas. Kemudahan tandas untuk semula Chalet Kayu terletak kira-kira 30 meter dari Chalet.


Harga : RM120.00 semalam tanpa sarapan pagi
Jumlah Unit : 3 unit
Masa check in : 2.00 pm
Masa check out : 12.30pm




Universiti Tenaga Nasional - UNITEN


PROGRAM INDUKSI MPP


Kami sungguh teruja dengan kehadiran UNITEN pada bulan ini selepas kunjungan mereka pada bulan Dec lalu. Terima kasih urusetia terutama kepada Mohd Mahlil - puterakuda.blogspot.com
Aktiviti permulaan - Jungle Trekking sambil membawa kelapa sebagai barang amanah.

Oleh kerana kelapa tu berat sangat...jalan pun tak larat...sampai kat resort pukul 3.00pm...dah kelaparan..baru dapat makan...kesian diorang ni.

Dah kenyang makan.....kena la pulak mendayung rakit...dalam terik panas matahari menjelang petang...ramai yang tak larat nak mengemudi rakit ni...nasib baik tak terlepas ke empangan. Lokasi aktiviti ni adalah di muara sungai ke empangan batu.

Kayuh jangan tak kayuh......garisan penamat jauh lagi tu...

Posing selepas tamat berakit. Dah seronok mandi sungai tak ingat nak balik...upacara penutup pun sampai terlewat sejam....nasib baik kami tak caj lebih.