http://www.youtube.com/watch?v=eR5vNs2Y2yM
Selera Nasi Ambeng
Istimewa Nasi Ambeng
Kini boleh didapati setiap hari. Anda boleh menjamu selera di Riverstone atau membuat tempahan untuk penghantaran 10 ambeng ke atas.

http://www.youtube.com/watch?v=eR5vNs2Y2yM
Selera Nasi Ambeng
Istimewa Nasi Ambeng

KOSMO! Varia 8 ogos 2011
HIDANGAN nasi ambeng dengan lauk-pauk pelengkap begitu menyelerakan.
-------------------------------------------------------------------------------
BAYANGKAN jalinan rasa gulai tradisi Melayu saat ia dimakan bersama kerabu yang harum dengan aroma hirisan bunga kantan dan kelapa parut segar. Itu belum lagi merasa gulai lemak patin tempoyak yang seimbang rasa manis dan pedasnya. Gabungan itu mencetuskan pengalaman hebat buat mereka yang kali pertama mencubanya!
Semua itu bakal dinikmati sekiranya anda memilih untuk berbuka puasa di D'River Cafe, Riverstone Eco Resort (RER) di Ulu Yam, Selangor. Keindahan suasana rimba dan landskap pinggir sungai menjadikan lokasi tersebut tumpuan penggemar ramai setiap kali tibanya Ramadan.
"Kami meneruskan tarikan iftar tahun ini dengan menawarkan lebih 40 jenis hidangan kampung dan juga tradisional Jawa," ujar Pengurus RER, Hamidah Asararuddin.
Signatur RER
Menurutnya, selain patin tempoyaknya yang popular, pelanggan restorannya kali ini diraikan dengan beberapa menu utama seperti pecel Mbah Wedok, ayam panggang Wak Kenny, daging semur Mbah Lanang dan ikan asam pedas.
Turut menjadi 'bintang' di meja bufet adalah nasi ambeng Selabak yang merupakan signatur baharu di RER. Nasi putih panas beralas daun pisang sememangnya bertambah lazat dimakan bersama ayam masak kicap, sambal goreng, serunding kelapa, mi goreng dan ikan masin.

D'RIVER CAFE terkenal dengan sajian gulai lemak patin tempoyak dengan tahap kepedasan sederhana.
--------------------------------------------------------------------------------
Bagi yang menenangkan jiwa dengan menunaikan solat Maghrib terlebih dahulu di surau terbuka dekat lereng bukit berlandskap hutan di situ, tidak salah kalau terus kembali ke restoran bagi menyambung tuntutan selera.
"Pelanggan juga perlu mencuba laksa Teluk Intan sebagai hidangan sampingan. Mulai minggu kedua, tetamu kami diraikan dengan sajian kambing panggang setiap hari Isnin hingga Khamis sementara minuman wedang serey pula boleh didapati pada hari Jumaat hingga Ahad," ujar Hamidah.
Wedang serey ialah minuman herba istimewa yang menggabungkan rasa eksotik serai, halia, kayu manis dan gula melaka. Ia mampu menyegarkan tubuh apabila diminum panas. Bagi yang meminati pencuci mulut pula, kolak pisang, bubur pulut hitam, sago gula melaka menjadi taruhan RER selain kuih-muih tempatan lain.
Di RER, anda mungkin mahu merasai keunikan nasi ambeng dan kelazatan patin tempoyaknya secara berasingan. Mungkin juga, ada yang ingin mengejutkan tunas rasa dengan menikmati kedua-duanya secara serentak dalam satu pinggan. Nasi ambeng bertemu patin tempoyak, apa salahnya? - HAMZAH ABDUL HAMID
UTUSAN MALAYSIA JUMAAT 5 OGOS 2011
Oleh ROHANA MAN
rohana.man@utusan.com.my
Pengunjung boleh menikmati pelbagai sajian kampung ketika berbuka puasa di D'River Cafe,Riverstone Eco Resort.
JIKA kita membesar dengan hidangan masakan kampung untuk berbuka puasa, pasti kedatangan Ramadan menggamit untuk pulang ke kampung.
Namun, dalam kesibukan bekerja peluang untuk pulang ke kampung tentu sukar.
Tetapi bagi mereka yang ingin menikmati cita rasa ala kampung terdapat banyak restoran yang menyajikannya yang boleh dijadikan persinggahan untuk berbuka puasa.
Tidak terkecuali D'River Cafe, Riverstone Eco Resort (RER) yang meneruskan tradisi menyajikan aneka masakan kampung untuk Ramadan.
Masakan patin tempoyak misalnya merupakan yang begitu popular dari dapur RER.
Dengan konsep santai dan selesa, pengunjung pasti teruja berbuka puasa di ruang kafe terbuka sambil bertemankan bayu senja menyegarkan.
Tanpa pendingin hawa, mahupun kipas angin, pengunjung bakal disapa bayu segar dari belantara dan tasik berdekatan.
Pengurus Besar RER, Hamidah Asararuddin berkata, seperti tahun-tahun sebelumnya, sajian bufet Ramadan tahun ini berkonsepkan masakan kampung dengan satu hidangan baru diperkenalkan iaitu nasi ambeng.
"Menu yang sudah popular seperti patin tempoyak, kami kekalkan dan menu baru kami perkenalkan bagi memberi kelainan Ramadan tahun ini.
"Saya jangka menu baru ini bakal mendapat sambutan terutama daripada orang Jawa yang mahu menikmati nasi ambeng seperti yang disajikan pada majlis kenduri di kampung mereka," katanya.
Walaupun Nasi ambeng yang dihidangkan itu secara bufet iaitu tidak di dalam dulang seperti kebiasaannya, rasa asli masakan itu tetap sama.
"Set nasi ambeng ini terdiri daripada ayam masak kicap kidul, sambal goreng wetan, serunding kelapa lhor, mi goreng kulon dan sayur kacang njero. Saya sendiri yang menyediakannya," ujarnya yang mementingkan kualiti rasa setiap masakan yang dihidangkan.
Bagi mengekalkan warisan keturunan Jawa daripada keluarganya, Hamidah turut menamakan sajian dengan ciri-ciri masyarakat Jawa, misalnya Pecel Mbah Wedok yang mengandungi kuah kacang, tauge, kacang panjang, tauhu, kangkung, timun dan sengkuang; Daging Semur Mbah Lanang dan Ayam Panggang Wak Kenny.
"Saya sengaja menggunakan perkataan-perkataan Jawa itu bagi menunjukkan satu kelainan pada bufet Ramadan tahun ini," ujarnya.
Bagi hidangan pembuka selera pula, beliau yang berasal dari Teluk Intan, Perak, menyajikan laksa Teluk Intan.
"Laksa ini tidak sama seperti yang biasa kita makan. Laksa di sana (Teluk Intan) banyak menerima pengaruh masyarakat Cina," katanya yang memilih laksa beras.
Menu lain yang bakal menanti pengunjung adalah ikan masak asam pedas, kerabu telur dan tauge, kerabu daun silom dan taugeh, acar timun dan nanas, tempe goreng dengan bawang putih, ikan masin, ulam serta sambal tempoyak dan sambal belacan.
"Tidak lengkap bufet Ramadan tanpa manisan penyudah hidangan seperti bubur pulut hitam, kolak pisang, kuih muih tempatan, kek, buah-buahan segar, serta minuman panas dan sejuk termasuk ABC," tambahnya.
.INFO
.
=====================
tempe goreng + bawang puteh
ikan masin
sambal belacan
sambal tempoyak
ulam kacang botor
ulam daun pegaga
ulam daun silom
ulam timun
nasi puteh
ikan patin masak tempoyak
ayam panggang wak kenny

ikan masak asam pedas
nasi ambeng selabak
ayam masak kicap kidul
sambal goreng wetan
serundeng kelapa lhor
mee goreng kulon
sayur kacang .

lain-lain
laksa teluk intan
timun, bawang besar, limau kasturi, laksa beras, otak udang
Kuih Karipap
Kuih Kasui
Lepat Pisang
kek pandan
kek marble
kek pisang
buah tembikai
buah betik
buah oren
kordial sarsi
tea tarik

abc: ais batu campur
(
-=-==-=-=-=-=-=-=-=====-===-=
Peminat masakan kampung dan trdisional Jawa pasti tidak mahu melepaskan peluang menikmati hidangan bufet berbuka puasa di restoran Riverstone Eco Resort (RER) di Hutan Lipur Sungai Tua Batu Caves, Selangor yang menawaran 40 hidangan istimewa.
Pengurus Besar RER, Hamidah Asararuddin, berkata beliau memilih masakan Jawa dan kampung kerana ia ramai peminat, selain sesuai dengan konsep resort yang bercirikan alam semula jadi.
Hidangan bufet Ramadan ditawarkan pada harga RM40 (dewasa) dan RM25 (kanak-kanak). Dimulakan dengan hidangan pembuka selera pecel mbah wedok, pelangan disaran berbuka terlebih dulu sebelum menunaikan solat maghrib di surau disediakan.
Nasi puteh dihidangan dengan ikan patin masak pempoyak. ayam panggang Wak kanny, daging semur mbah lanang serta ikan asam pedas.
Anda pasti tidak mahu melepaskan peluang menimati nasi ambeng selabak. Nasi putih disusun molek dalam dulang pelbagai lauk wajib seperti ayam masak kicap dan sambal goreng sementara daun pisang yang dijadikan pelipik nasi mengeluarkan aroma membangkit selera.
Turut disediakan hidangan pencuci mulut seperti laksa Teluk Intan, bubur pulut hitam dan kolak pisang serta air batu campur, minuman kordial serta teh tarik.
Setiap Isnin hingga Jumaat, kambing panggang disediakan sementara Jumaat hingga Ahad, Wedang Sere iaitu minuman berasaskan herba yang antara khasiatnya untuk melancaran peredaran darah.
Bagi yang belum pernah ke sana anda boleh menggunakan Lebuh Raya Lingkaran Tenggah Kedua (MRR2) atau menyusuri Jalan Kuching menuju Batu Caver dan ikut papan dtanda ke arah Hutan Lipur Sungai Tua . Batu Caves, Selangor.
Maklumat lanjut atau tempahan hubungi
03 - 92004181 atau
013- 2080833 atau layari
www.riverstoneecoresort.com atau
www.riverstoneecoresort.blogspot.com
40 hidangan istimewa
" BERBUKA PUASA BALIK KAMPUNG"
"SELERA RAMADAN"
Berita Harian Sabtu 30 Julai 2011
INSPIRASI makan luar
AMBENG ULU YAM
KEDATANGAN Ramadan pasti membuatkan ramai antara kita berkira-kira mencari tempat berbuka yang sesuai untuk seisi keluarga dan paling penting, juadah dihidangankan mestilah sama seperti masakan ibu di rumah.
Antara premis yang menjadi pilihan ramai, sudah pasti Riverstone Eco Resort di Batu Caves yang saban tahun menyajikan hidangan berbuka puasa selera kampung dengan persekitaran menghijau persis berbuka puasa di desa.
Terletak di Batu Caves, Selangor pemandangan indah dan mendaimaikan menemani anda sehingga menjejaki premis popular ini. Namun, anda perlu berhati-hati mencari Riverstone Eco Resort kerana lokasi ini agak tersorok. Namun, sebaik menjejak kaki ke premis ini, anda akan terputus hubungan dengan hiruk pikuk ibu kota.
Pengurus Besar Riverstone Eco Resort, Hamidah Asararuddin berkata sepanjang Ramadan pihak nya menyediakan hidangan bufet masakan kampung selain resipi istimewa dan tarikan terbaru.
Ramadan kali ini masuk kali ketujuh premis berkenaan menyediakan untuk tetamu yang teringin merasai juadah trdisi ini.
"Lazimnya, nasi ambeng kami sajikan pada hari biasa setiap hujung minggu dan tidak pernah dimasukan dalam bufet Ramadan. Namun , kali ini atas permintaan ramai, kami menyediakan juadah ini.
"Apa yang unik nasi ambeng ini menggunakan resipi istimewa turun temurun dan saya sendiri yang menyediakan segala ramuan dengan dibantu pekerja," Katanya kepada kolum Makan Luar.
Nasi ambeng adalah hidangan istimewa masyarakat Jawa dan selalunya juadah ini dimakan beramai-ramai dalam satu dulang. Antara lauk yang disajikan dalam nasi ambeng termasuk ayam, Resort tepi sungai sajikan hidangan kampung sepanjang Ramadan sambal, serunding, mi goreng dan sayur. Namun, di Riverstone Eco Resort, nasi ambeng dihidangkan dalam pinggan dan bolih dimakan seorang
Selain itu, tarikan lain di restoran ini termasuk patin masak tempoyak dan pecal mbaah wedok yang menjadi hidangan wajib setiap kali tibanya ramadan.
"Pelanggan setia yang selalu datang ke sini pasti mencari dua hidangan ini . Patin yang masak sangat segar dan dimasak dengan menggunakan resipi keluarga.
Pecal kami berbeza dengan yang lain. Kuah pecal kami pekat dan ada pelbagai jenis sayur yang dicampur. Juadah ini pasti membuka selera sesiapa saja," kata Hamidah.
Lebeh 30 hidangan disediakan dalam bufet Ramadan restoran ini pada harga RM40 untuk pelanggan dewasa dan RM20 (kanak-kanak). Kemudahan lain seperti surau dan tandas juga di sediakan, malah pengurusan Riverstone Eco Resort menawarkan pakaj istimewa kepada pelanggan yang ingin bermalam di resort ini.
Pelanggan yang mahu berbuka puasa dan bermalam di sini, usah risau kerana pakaj sahur juga disediakan di resort ini.



INFO