NASI AMBENG ISTIMEWA

NASI AMBENG ISTIMEWA
HANYA DI RIVERSTONE ECO RESORT. Hutan Lipur Sungai Tua, Batu Caves, Selangor. 013-2080833, 03-92022672

Friday, March 5, 2010

YOGYAKARTA - KOTA ILMU, KESENIAN DAN BUDAYA





Yogyakarta...kota mu ku jejaki lagi....



Hamidah Asararuddin
General Manager - Riverstone Eco Resort.
Candi Prambanan
Candi Borobudur

Antara tempat bersejarah dan tarikan utama penggunjung ke Kota Jogja. Candi ini tersenarai sebagai salah satu dari 7 keajaiban binaan di dunia.

Istana Yogyakarta
Latihan untuk persembahan sempena Maulidur Rasul.




Restoran Pecel Solo


Di sini anda boleh mencuba Pecel N'deso - Pecel dengan Sego Abang (Nasi Beras Merah). Terdapat dua jenis kuah pecel di sini iaitu Kuah Kacang dan Kuah Wijen (Bijan). Selain pecel anda jua boleh merasai tumisan pucuk betik yang sudah hilang rasa pahitnya dan juga sup buntut.




Sejak pertama kali menjejakkan kaki ke kota ini pada Ogos 2008 bersama keluarga dan rakan baik Abdul Rahman Sadri, aku sudah jatuh cinta dengan keindahan semulajadi, kesenian, senibina dan peradaban yang ada di sini. Aku ke kota ini dengan rakan-rakan pada Jun 2009 tanpa ditemani ahli keluarga....Hari ini 5 Feb 2010 ku jejaki lagi kota ini bersama anak dara nan sorang Natasha Atiqah. Selain Natasha, kali ini kota Jogja ku lawati bersama rakan baik Minarni Mat Saad - Editor Berita Harian serta keluarga dan adik lain mak lain ayah...Budiman Zaudi - Ahli Perniagaan/Pakar Motivasi serta keluarga.

Setibanya di Lapangan Terbang Adi Sucipto, kami disambut oleh Muhammad Hadi - Tour Manager - Trend Tour and Travels, yang akan menjadi ejen pelancungan kami di Jogja.

Oleh kerana ada kekeliruan, MPV yang disediakannya tidak dapat menampung semua ahli rombongan dan beg yang di bawa. Aku, Hadi dan Tasha naik kereta sewa ke destinasi pertama dalam agenda lawatan. Istana Yogyakarta. Semasa ahli rombongan melawat Istana, kami bertiga dan pemandu pelancung kami Drs Sarmito Sugondo (Pak Totok) menjamu selera di luar bangunan istana. Selesai makan kami menyusul yang lain di Istana. Kebetulan hari ini ada sesi membaca cerita hikayat kuno dalam bahasa jawa halus oleh pekerja wanita istana....wah terpegun aku dengan keindahan bahasa dan lenggok suara makcik ni....

Sesuatu yang unik mengenai Istana ini ialah pekerja istana tidak dibayar gaji, mereka hanya diberikan persalinan. Menjadi sukarelawan di istana merupakan suatu pekerjaan mulia dan menjadi kebanggaan, walaupun kerja ini tanpa gaji, tetapi tidak mudah untuk dapat berkhidmat di sini. Sukarelawan ini hanya bekerja dari awal pagi sehingga jam 3 petang.

Selesai lawatan ke Istana, destinasi seterusnya, makan tengahari di restoran salah seorang rakan baik ku di Jogja Ibu Imung. Restoran Ngabean Ndalem. Restoran ini sebenarnya merupakan sebahagian dari Istana Jogja yang telah diswastakan untuk tujuan perniagaan. Senibinanya amat cantik....terdapat sebuah bilik 'sajen' atau persembahan untuk dewi semangat padi. Dewan solat dengan ukiran yang amat indah. Juga terdapat beberapa buah bilik untuk disewa disamping kolam renang kecil untuk bersantai.

Usai makan dan melihat sekitaran Ngabean Ndalem kami melawati beberapa buah butik yang terdapat di sekitar Jogja yang menawarkan harga murah dan barangan yang berkualiti. Aku setiap kali ke sini pasti singgah ke Tirto Noto. Sebuah kedai yang menjual pelbagai jenis pakaian dari batik khusus keluaran Jogja. Ada yang membuatkan aku suka ke sini, bukan batik tetapi....sabun sireh dengan bau serai wangi.....kat sini je ada sabun ni. Tiap kali datang mesti borong punya. Semua ahli keluarga pun suka pakai sabun ni...sabun tradisional.

Kami sampai di hotel agak lewat petang. Malam ini kami akan makan malam di Gama Chandi..sebuah restoran makanan laut dan ikan bakar. Aku sebenarnya dah pilih semua tempat-tempat makan yang best kat sini untuk lawatan kali ini. Selain Gama Chandi, kami akan makan di Sekar Kedaton yang popular dengan dessert Pis Kopyor, Pecel Solo, Raminten, Sederhana Padang, dan Restoran Prambanan.
P
Lepas makan malam kami sambung merayau ke Jalan Malioboro yang juga menjadi simbul tarikan Kota Jogja . Sepanjang Jalan Malioboro apabila malam akan dipenuhi oleh peniaga kecil yang menjual pelbagai barangan, kalau kat sini kita kata Pasar Malam la. Tapi pasar malam ini tiap-tiap malam bukan hanya pada malam tertentu sahaja. Dah penat jalan-jalan kami sambung dengan pergi lesehan. Lesehan merupakan satu aktiviti popular di kalangan masyarakat di sini. Umum mengetahui bahawa Jogja merupakan kota kesenian dan ilmu. Kota ini dipenuhi dengan pelbagai pusat pengajian tinggi. Antara yang paling popular adalah Universitas Gadjah Mada, Universitas Islam Indonesia dan banyak lagi.

Lesehan di sini popular dengan makanan seperti Nasi Kucing, Kopi Joss, Oseng-oseng Mercon, Wedeng Jahe, Susu Jahe dan Es Jeruk. Lesehan merupakan makan di tepi kaki lima jalan...biasanya di atas tikar je..ada pemuzik jalanan yang akan mendendangkan lagu permintaan dengan bayaran Rp1000 bagi setiap lagu....ini yang aku selalu syok datang kat sini ni...perkara yang kita anggap remeh pun menjadi bisness top kat sini. Nak tau tak apa nasi kucing, kopi joss dan oseng-oseng mercon?

Hari ke dua selepas sarapan kami jemput Mak Tok di lapangan terbang. Mak Tok (Mak Minarni) tiba lewat sehari dari kami. Semua dah naik bas, Budiman pula tak muncul-muncul. Bila aku cal dia kata tengah pusing-pusing kat Lapangan Terbang....gemar betul dia ni rekee tempat, tiap kali kami sampai ke suatu tempat dia akan pusing keliling.

Dari Lapangan Terbang, kami terus menuju ke Solo. Sepanjang perjalanan dari Jogja ke Solo kami melewati Klaten yang popular dengan Beras paling sedap di Jogja yang dinamakan Rojo Lele. Kata orang sini kalau makan beras ni tak de lauk pun tak pe....nasi pun dah sedap apa lagi kalau di 'liwet' maksudnya ditanak dengan kayu api.

Di daerah Klaten juga terdapat sebuah kilang gula yang telah wujud sejak tahun 1960an lagi. Oleh kerana kaedah penanaman tebu di sini adalah secara bermusim selama 6 bulan maka kilang ini hanya akan beroperasi selama 6 bulan dalam setahun dan ditutup pada 6 bulan seterusnya. Terdapat juga muzium gula di kawasan kilang ini.

Kami juga melalui Daerah Kalasan yang popular dengan 'Ayam Goreng Kalasan". Tempat ni namanya Bokem, melalui daerah ni Danish la yang paling ngeri sekali. Sepanjang jalan terdapat papan tanda "Juru Supit" yang bermaksud Tukang Sunat atau Tok Mudim.
Tiba di Solo kami terus ke Pasar Antik Triwindu....darling yang ditinggalkan kat KL pasti gembira dengan penemuan dan pembelain sebuah pelita antik dan lampu kereta kuda (dokar) tahun 1950an. Kopak juga 1.5 juta rupiah kat sini. Dari sini kami ke Istana Mangkunegaran. Kat sini pun aku mesti singgah, tak masuk dalam pun tak apa.....ada ibu-ibu yang akan tolong belikan. Apa lagi jamu la. Jamu kat dalam Istana ni special, yang buat pun nini-nini (nenek tua yang dahulunya dayang istana) dengan ramuan tradisional khusus untuk puteri-puteri istana. Bukan nak jadi macam puteri, tetapi ramuannya sesuai dengan Aku.
K
Kami makan tengahari di Sederhana Padang, ada gulai otak dan kulit lembu. Sejak dari hari pertama lagi Budiman dah sibuk tanya jus Avocado yang disebut Avocat di sini. Apa lagi selepas makan kami pun pesan jus avocado....memang sedap dan fresh. Aku dah inform semua ahli rombongan lebih selesa membeli belah di PGS - Pusat Grosir Solo, kalau ke Pasar Klewer agak sesak dan panas. Selesai di PGS kami menghala ke Jogja semula.

Dari Solo ke Jogja kami singgah di Candi Prambanan untuk menikmati makan malam di restoran Prambanan yang indah dan nyaman berlatar belakangkan Candi Prambanan. Candi Hindu terbesar di Indonesia ini juga merupakan antara pusat tumpuan pelancung apabila melawat kota Jogja. Namun bagi masyarakat tempatan candi ini dikaitan dengan mitos Nyi Roro Jongrang dan Bandung Bondowoso. Selesai makan kami ke Theater Prambanan untuk menyaksikan Ramayana Ballet - atau wayang wong yang bermaksud wayang orang. Terpukau semua melihat penari wanita yang cantik, putih, gebu dan hanya berkemban. Tak kurang juga penari lelakinya yang hansem-hensem belaka.

Oleh kerana ballet selesai agak lambat kami sampai di hotel pun dah lewat malam. Danish yang sibuk nak pergi Lesehan lagi sekali pun dah tidur. Natasha Atiqah dari awal lagi dah keluar dari theater bersama Hadi untuk jalan-jalan melihat suasana malam minggu di Jogja. Kami semua memilih untuk tidur sajalah malam ni. Esok sambung lagi perjalanan.
Pagi ini kami melawat Candi Borobudur. Senibina Borobudur memang menakjubkan. Katanya kalau anda menaiki aras ke tujuh candi ini dan memasukkan tangan anda di dalam Stupa Agung yang terdapat patung Buddha di dalamnya, sekiranya anda dapat mencapai Buddha ini anda akan dapat mencapai segala impian anda. Aku dah ke sini banyak kali tapi tak pernah buat pun. Budiman sejak tengok show semalam, kemana saja kami pergi dia asyik tanya...kak yang berkemban tak ada ke? Adoi...penat aku macam ni....
K
Kami meneruskan perjalanan ke Ullen Sentalu, muzium kesenian jawa milik peribadi seorang doktor warga indonesia yang bermastautin di Amerika Syarikat. Memang berbaloi melawati muzium ini, terdapat pelbagai warisan sejarah yang terdapat di Istana Jogja dan Istana Solo juga terdapat di sini. Kisah-kisah istana, adat istiadat, kesenian dan sejarah putra putri istana juga ada di sini.
Perjalanan ke Ullen Sentalu ni sebenarnya agak jauh juga melalui jalan-jalan kampung dan yang paling menarik menaiki bukit dengan jalan sempit...semua ahli rombongan mengaitkan perjalanan ni sama seperti melalui jalan-jalan berliku ke Riverstone Eco Resort. Masing-masing kata patut tidur satu malam di kawasan peranginan berbukit ni...baru best macam bermalam kat Riverstone....lain kali datang kena tidur sini satu malam....bila agaknya korang nak datang sini lagi ni??????Semasa kami di Ullen Sentalu ni la juga Danish menyanyikan lagu...aku dah lapar...aku dah lapar...berulang-ulang kali. Kebetulan hari ini kami leka di setiap tempat yang dilawati...jadi dah agak lewat belum makan tengahari lagi.

Naik je bas Budiman dah sebut...kak dah lapar, bila nak makan?....Dalam perjalanan turun aku singgah di Kedai Mbah Jarik, untuk membeli wajik dan 'jadah' - jadah merupakan makanan tradisi masyarakat jawa baik di Malaysia atau di Indonesia. Bezanya di Malaysia dimakan kosong atau dengan serunding, kuah kari, atau kuah semur. Tetapi di Indonesia ia dimakan dengan wajik atau bacem tempe dan tauhu. Bacem merupakan cara penyimpanan supaya tahan lama dengan merebus tauhu atau tempe tersebut dengan gula jawa. Gula jawa seperti gula melaka berbentuk bulat dan berwarna perang tetapi diperbuat daripada gula tebu. Selain jadah dah wajik kat sini aku suka beli 'wedang secang' dan 'kunyit asem'....minuman herba dalam bentuk serbuk dua dalam satu yang enak. Secang merupakan sejenis kayu yang apabila direbus menjadikan airnya berwarna merah, dan dicampur pula dengan gula dan halia...mesti cuba....rasanya sedap baik untuk buang angin dalam badan.

Aku ni kaki jamu dan herba. Jadi semua jenis jamu dan herba aku suka cuba...kat sini yang tradisional ni banyak. Kalau yang dah dikomersialkan kita semua dah biasa tengok, yang tak dikomersialkan, hanya menjadi produk tempatan juga banyak. Tapi anda juga harus berhati-hati, tidak semuanya asli....Yang paling enak diminum waktu pagi di sini adalah beras kencur dan kunyit asem....segar sepanjang hari.
M
Menyentuh mengenai makanan tradisi tempatan ni, Zamri bagi tau aku dia sering juga ke Indonesia ni tapi sekali pun tak pernah mencuba makan bacem tempe dan tauhu. Inilah kali pertama dia makan makanan tradisi macam ni....pendek kata tak sia-sia pergi berjalan dengan Kak Midah ni.....Masing-masing makan jadah dan wajik untuk mengalas perut sebelum sampai ke Sekar Kedaton untuk makan tengahari yang dijamah pada jam 3.00 petang. Lepas makan kami ke kedai Kesenian Perak Pak Ansor yang juga merupakan pemilik Sekar Kedaton....memborong juga la semua orang kat sini.
S
Selepas makan malam kami menyambung perjalanan ke Jalan Malioboro....ada lagi barang yang belum cukup untuk diagihkan sebagai tanda mata kenangan dari Jogja. Selesai membeli apa yang patut, kami nak lesehan tapi macam tak menarik je ....akhirnya kami lesehan di McDonald je.....

Selesai sarapan pagi semua ahli rombongan akan meninggalkan kota Jogja. Yang tinggal hanya Aku, Tasha dan Mak Tok. Aku sebenarnya ke kota ini dengan pelbagai tujuan. Tetapi bila ada yang nak mengikut bertambah meriah la perjalanan ini. Terima kasih Mini, Budi kerana anda semua telah menjadikan perjalanan akak lebih meriah dah gembira. Tak kering gusi kita bergelak ketawa sepanjang perjalanan. Percayalah, trip dengan anda semua merupakan yang terbaik pernah akak alami setakat ini. Terima kasih atas pujian yang diberikan, terima kasih kerana semua berpuas hati...kepada Zamri lain kali kita pergi 5Hari 4Malam, baru puas. Kepada Norma dan Yasmin, terima kasih kerana mempercayai Akak dan Tasha.

Selepas menghantar mereka balik, kami menyambung perjalanan ke Muzium Gunung Berapi. Malangnya muzium tutup hari Isnin. Lawatan kali ini aku tidak mengunjungi Merapi dan Mbah Marijan. Masa tak mengizinkan.

Kami akhirnya ke Kompleks Mirota Batik, untuk ke studio yang menyediakan perkhidmatan menyewakan pakaian pengantin tradisional Jawa. Anak dara aku ni pantang sebut hal cantik dan bergaya....bila-bila masa pun dia nak punya. Nak ambil gambar pengantin kenalah ada pasangan. Terpaksalah aku suruh Hadi jadi model pengantin lelaki. Di Kompleks ini selain studio, terdapat restoran dan supermarket dengan pelbagai jenis barangan cenderahati dan juga barangan keperluan harian.

Mak Tok banyak nak shopping lagi.....kena la bawa ke Tirto Noto, lepas tu aku bawa Mak Tok ke Umah Mode....wah berbelanja sakan Mak Tok..Beli untuk anak cucu yang ditinggalkan...Mak Tok ni sporting...tak kisah sangat apa pun boleh ikut...senang bawa orang tua macam ni jalan-jalan. Lewat petang baru kami balik ke hotel. Lepas maghrib Mak Tok dah ketuk pintu...siap dah...




Restoran di Kompleks Mirota Batik.


Ullen Sentalu


Kami makan malam di Raminten. Raminten merupakan sebuah restoran berkonsepkan lesehan moden yang lebih selesa dan mewah dan menawarkan pelbagai hidangan moden dan tradisional. Tidak seperti lesehan di tepi jalan yang agak terhad jenis hidangannya. Di sini anda boleh mencuba tempe goreng, dan yang paling menarik Rondo Royal.....nak cuba datang ke Riverstone Eco Resort.
Selepas makan malam, kami terus balik ke Hotel. Banyak yang belum dikemaskan. Dua barang antik ni kena fikir macam mana nak bawa. Masuk luggage beg lah jawabnya.


Kota Jogja ku tinggalkan pada tanggal 9 Feb 2010, berat rasa hati nak melangkah dari sini. Tapi tugasan dah menunggu di Malaysia. Kota ini akan ku jejaki lagi pada 16hb March ini. Kali ini Aku akan ke sini dengan Suami dan Anak-anak serta Abah (Asararuddin Hj Rafie) dan rakan baik Abdul Rahman Sadri dan keluarga. Kali ini aku akan menyambung perjalanan ke Semarang, Kudus dan Demak untuk menjejaki dan melawati sejarah Wali Songo.


Berminat untuk menyertai perjalanan-perjalanan seterusnya? Hubungi : 013-2080833 /03-92004181




Y

KLMU - Kuala Lumpur Metropolitan University College


Seramai 40 orang pelajar dari School of Architecture - KLMU telah mengadakan lawatan satu hari di Riverstone Eco Resort pada 4hb Mac 2010. Lawatan ini adalah untuk mendedahkan pelajar kepada aktiviti lawatan tapak untuk mencetuskan idea dan kreativiti dalam proses membuat lakaran arkitek menerusi penggunaan tapak pada lokasi yang telah ditetapkan.

Bakal-bakal arkitek masa depat sedang mengkaji apakah jenis bangunan yang sesuai didirikan disini.

Mengukur lokasi projek.

Berehat sambil menunggu hidangan siap di masak.



Menikmati hidangan BBQ ...macam rentung je ayam tu.

Projek yang telah selesai dilaksanakan.






Thursday, March 4, 2010

Aktiviti Rekreasi


Sebagai sebuah resort yang berkonsepkan rekreasi dan riadah, Riverstone Eco Resort menawarkan pelbagai jenis aktiviti rekreasi yang boleh disertai oleh para pengunjungnya. Dengan jumlah minima peserta seramai 20 orang, guide akan disediakan untuk semua aktiviti ini. Sekiranya jumlah peserta kurang dari 20 orang pun masih boleh mengikuti aktiviti ini dengan caj minima untuk 20 orang.


Merentas Hutan RM15.00 seorang


Absailing/Repelling RM45.00 seorang
















Jalan Malam RM15.00 seorang






Berakit RM25.00 seorang


Rempuh Halangan RM10.00 seorang








Memanah RM20.00








Menyumpit  RM10.00 seorang

















Cina Buta RM15.00 seorang



Broken Bridge - RM15.00 seorang



HARGA AKTIVITI REKREASI
(minima 20 orang peserta)
 

1. Merentas Hutan RM15.00 seorang

3. Abseiling/Repelling RM45.00 seorang

4. Jalan Malam RM15.00 seorang

5. Berakit RM25.00 seorang

6. Rempuh Halangan RM10.00 seorang

7. Perang Berapi RM15.00 seorang

8. Explore Riverstone Race RM400.00 1 sesi 6 permainan

9. Sukaneka RM350.00 1 sesi 6 permainan

11. Memanah RM20.00 seorang 

12. Menyumpit - RM10.00 seorang

13. Paintball - RM90 seorang
 
14. Cina Buta - RM15.00 seorang
 
15. Broken Bridge  - RM15.00 seorang
 
Paint Ball - Target Shooting RM20.00 seorang. Minima 50 orang.







Tuesday, March 2, 2010

LAMAN HERBA

SENDUDUK

Nama Tempatan : Senduduk
Nama Saintifik : Melastoma Imbricatum/Melastoma Decemfidum roxb/Melastoma malabathricum
Nama Lain : Keduduk, Senggani, Straits Rhododendron
Famili : Melastomaceae
Lokasi dijumpai : Semak dan belukar


Senduduk Putih

Pokok senduduk juga dikategorikan sebagai tumbuhan rumpai. Ia merupakan rumpai yang dibasmi dalam sistem perladangan dan kebun. Merupakan tumbuhan renek berketinggian sekitar 1 hingga 1.5 meter. Namun terdapat juga yang mencapai ketinggian hingga 8 meter jika tumbuh di kawasan bertanah tinggi seperti Cameron Highland. Daunnya ringkas dengan permukaan kesat dan berbulu halus keras. Lebar daunnya 2 - 5cm, panjang 5 -7 cm. Hanya dua jenis penduduk yang terkenal dikalangan masyarakat tempatan iaitu Senduduk Putih dan Senduduk Ungu. Hasil dari pengawasan kami di Riverstone Eco Resort, terdapat 5 jenis senduduk yang kami jumpai. Iaitu :

1. Senduduk Putih

2. Senduduk Ungu

3. Senduduk Biru

4. Senduduk Gajah

5. Senduduk Hutan

Senduduk Biru

Kebanyakan senduduk yang tumbuh meliar di kawasan belukar adalah Senduduk Ungu, Senduduk Gajah dan Senduduk Hutan. Sementara Senduduk Putih dan Biru tumbuh di kawasan tertentu sahaja. Senduduk Gajah pula dikategorikan sebagai pokok, kerana saiznya yang besar berbanding dengan jenis-jenis senduduk yang lain. Senduduk putih mempunyai nilai perubatan yang tinggi. Bunga Senduduk Putih boleh mengubati batuk.

Ia membiak menggunakan biji benih. Biji benihnya yang tua memerlukan penjagaan rapi kerana mudah terdedah kepada kulat yang boleh merosakkannya. Bijinya berwarna hitam dan mempunyai sedikit rasa pahit dan manis dan ia boleh dimakan. Apabila dimakan ia boleh meninggalkan warna hitam pada mulut. Pucuknya boleh dijadikan ulam dengan dimakan mentah atau direbus. Ia mempunyai rasa yang agak masam kelat. Daun senduduk yang dicampurkan dengan Pucuk Betik semasa direbus akan menghilangkan rasa pahit pucuk betik tersebut. Pucuk senduduk juga elok untuk dimakan oleh penghidap kencing manis dan darah tinggi.

Warna dari buahnya dijadikan pewarna kain di Thailand, daunnya dijadikan makanan ulat sutera sementara buahnya menjadi makanan kegemaran burung. Senduduk juga banyak digunakan untuk perawatan selepas bersalin. Daun senduduk, daun mengkudu, serai wangi, pandan dan limau purut direbus dijadikan mandian selama 3 hari untuk wanita lepas bersalin. Daunnya yang telah gugur ditumbuk dan airnya diminum untuk menyembuhkan luka dalaman lepas bersalin.

Senduduk Ungu

Daun Senduduk Putih yang tua, ditumbuk dengan kunyit hidup dan dicampur dengan sedikit air lalu diminum dapat mengubati cirit birit dan berak berdarah. Kaedah yang sama juga boleh digunakan untuk wanita sekiranya mengalami masalah haid yang tak kering-kering. Sementara untuk mengubati keputihan pula, rebus 2 ranting daun senduduk putih dicampur gula batu, halia dan daun bonglai, diminum setiap pagi dan malam. Untuk sakit gigi pula, akar Senduduk Putih direbus dan airnya digunakan untuk berkumur. Air rebusan akar Senduduk Putih juga boleh digunakan sebagai air mandian dengan tujuan untuk melembutkan kaki dan membuang angin dalam badan. Untuk mengubati Buasir pula, potong akar senduduk, rebus dengan 3 cawan air sehingga menjadi 1 cawan. Amalkan setiap hari selama 3 hari berturut-turut.

Bunga senduduk boleh digosokkan di muka anda yang ada jeragat atau bekas-bekas luka untuk menghilangkan tanda-tanda dan parut hitam.

Pes daunnya juga boleh mengubati bisa terkena ulat bulu dengan menampalkan ditempat yang terkena ulat tersebut, pendarahan luka kecil, disamping itu pesnya juga boleh menghilangkan parut akibat cacar air.

Senduduk Hutan

Rimbunan Senduduk Hutan

Daun Senduduk boleh digunakan untuk melembutkan daging. Ia juga digunakan untuk merebus jeing cambah supaya tidak liat dan lebih empuk. Daun Senduduk Putih, Senduduk Ungu dan Senduduk Gajah dijadikan jus dan diminum 3 kali sehari untuk mengubati sakit sendi dan urat.


Senduduk Gajah

Pokok Senduduk Gajah

Itulah antara khasiat, kelebihan dan kegunaan Herba Senduduk ini. Ia amat berguna sekali dalam kehidupan seharian kita. Setelah anda mengetahui mengenainya...jangan lupa untuk mewariskannya kepada anak-anak kita. Selamat Mencuba.

Sehingga kita berjumpa lagi diruangan akan datang...kita akan bercerita mengenai CEMPAKA.






Monday, March 1, 2010

Xpdc Sungai Tua

Keselamatan diutamakan...mandi-manda sambil makan keropok di tepi tasik Empangan Batu, Cik Seri sibuk menyiang ikan hasil tangkapan Bos dan En Jais.

Ahli rombongan....bercanda ditepian pantai....

Orang kuat Riverstone...En Jais Baki. Sibuk mencari buluh untuk pelbagai kegunaan.

Hah....tu dia Cik Seri...bintang Karaoke Riverstone, tengah menggoreng ikan. Pakai kayu api tu....jenuh nak meniupnya. Tengok lah para yang Bos buat kat sebelah tu.

En Jais memastikan rawai, jaring dan tajur berada dalam keadaan elok.

Keheningan lokasi perkhemahan kami. Indah, tenang dan damai di sini....

Rancangan untuk merentas hutan dan berkhemah di tepi Tasik Empangan Batu telah lama dibincangkan. Lalu pada 16hb Feb lepas, Bos dan En Jais dengan menggunakan kayak telah meninjau-ninjau tempat yang strategik untuk kami jadikan 'port' berkhemah. Sekembalinya Bos dari meninjau, tempat dan lokasi perkhemahan kami telah ditetapkan iaitu di antara muara Sungai Tua dan Sungai Bisul.
Kebetulan pula pada 26 hingga 28hb Feb merupakan minggu cuti panjang sempena Maulidur Rasul, jadi kami warga Riverstone Eco Resort pun terus tak lepaskan peluang keemasan ini. Bos pun dah inform kami semua untuk bersedia. Dengar saja Bos suruh bersedia, Pn Hamidah awal-awal lagi dah pergi beli barang untuk bekalan. Kami yang tinggal terus berkemas barangan yang perlu di bawa. Oleh kerana perkhemahan ini adalah perkhemahan 3 bintang dengan pakej makan 5 kali sehari, maka bateri untuk lampu, dapur gas (portable gas stove), peralatan memancing, jaring dan umpan merupakan antara peralatan yang kami bawa. Seri dari awal lagi dah bagi tau En Jais...bawa set karaoke..
Untuk ke lokasi ini, terdapat dua jalan alternatif untuk dipilih. 'Jungle Trekking' melalui jalan darat akan mengambil masa selama 1 jam. Menaiki bot dengan bayaran RM100 satu trip melalui jalan air mengambil masa hanya 30 minit.....tak penat, tak sakit bahu pikul barang cuma poket je sakit.....tapi anda harus ingat apa pun cara yang anda pilih...ianya adalah suatu perjalanan yang sangat berbaloi....Tiada kata seindah bahasa untuk digambarkan keindahan tempat yang langsung tidak tercemar ini..Keindahan sungai tua dengan jeram-jeram kecilnya..kesejukan air sungai yang jernih, dipenuhi ikan-ikan yang dapat dilihat dan ditangkap dengan menggunakan tangan sahaja....
Kami memilih untuk menggunakan bot pada perkhemahan kali ini, Bos dengan En Jais naik kayak tetapi Trainer kami En Fidzhar dan isteri memilih untuk Jungle Trekking....katanya tak thrill kalau naik bot....tak pe la dia trainer...ini laluan trekking dia...kami yang lain kalau jalan kaki satu jam dengan bawa barang-barang tu semua...semput Bos.
Rombongan kami juga disertai oleh penduduk orang asli tempatan dari Kampung Orang Asli Ulu Batu, antaranya ialah Ri, Mas, Yin-Yin, Adah, June, Zaki, Keng Kung dan tidak ketinggalan juga keluarga Tok Batin - En Deli. "Aji nyap datang khemah aku ya En Deli....."
Sampai di lokasi, kami buat kerja-kerja amal...membersihkan tempat tersebut yang penuh dengan sampah sarap dan juga beg dan botol plastik tinggalan pemancing-pemancing yang pernah datang ke sini. Kita harus ingat kita tidak meninggalkan hutan dan warisan alam semula jadi ini kepada generasi akan datang, tetapi kita meminjam warisan ini dari generasi akan datang. Kalau bukan kita yang menghargai dan mencintai alam sekitar kita....siapa lagi yang akan berbuat demikian...kepada pemancing yang pernah singgah ke sini, sekiranya anda datang lagi...tolong jaga kebersihan tempat ini.
Selesai memasang khemah dan membina pondok untuk memasak, hujan lebat pun turun. Nasib baik la sesampai je ke sini Pn Hamidah terus menanak nasi dengan kayu menggunakan batu sebagai tungku...sempat la nasi kami masak sebelum hujan...Selepas hujan reda Bos yang aku tengok dah macam orang asli gak....kalah En Jais...dah letak pancing keliling kawasan perkhemahan...En Jais pun terkejut...terer Bos...dengan En Jais, Bos pasang jaring, pasang rawai, pasang tajur....wah kalau macam ni la...kenyang makan ikan ni.
Malam pertama kami makan lauk dalam tin dan telur dadar, ikan toman, ikan haruan, ikan mata merah dan banyak la yang aku tak tau namanya yang dah dapat dipancing dan dijaring kami simpan sahaja...sejuk masing-masing malas nak menyiang ikan.
Esoknya lepas sarapan nasi goreng dan sosej, kami menyiang ikan yang ada. Kami makan tengahari dengan ikan goreng dan sotong masak kicap. Pn Hamidah dapat resepi baru dari masyarakat orang asli - Masak Lemak Semomok Ikan Haruan Dengan Umbut Bayas. Ini kalau nak resepi kena la tunggu kalau Pn Hamidah nak publish untuk ruangan Dari Dapur Riverstone nanti....sedap woo.....Nak cerita pasal umbut bayas ni...En Jais ajak Bos cari dalam hutan di seberang sungai dengan kayak...Bos ingat tak masuk ke dalam hutan jadi Bos pun pergi hanya dengan capal, parang di pinggang dan seluar pendek...masuk hutan tu...kalaula putus capal tu Bos.
Dalam pada kami bergembira di dalam hutan...kat resort pulak tak ada orang nak standby....ada pekerja baru, takut pula ditinggalkan...ada staff yang dah agak lama berkhidmat...tak boleh pulak datang cover suasana yang agak tak keruan...Bos pun apa lagi angin la satu badan. Kami la yang jadi mangsa. Nasib baiklah Ulan - adik En Jais telah menyelamatkan keadaan....terima kasih Ulan.
Anak bujang Bos, hero kami Asyraf Faiq pun tak kurang hebatnya. Dia pun sentiasa mengikut E Jais memastikan jaring, rawai dan tajur berada dalam keadaan baik. Ri - banyak mengajar Faiq mengenai pancing, umpan, joran, jenis-jenis ikan, tumbuh tumbuhan dalam hutan, sirih dan juga pinang. Sempat juga la Faiq merasa pinang dan sirih tapi tak sanggup nak telan. Pedas dan kelat.
Masing-masing berat hati nak melangkah pulang. Tapi bila Pn Hamidah kata balik, kami tak boleh nak cakap apa la.....Kami pulang dengan seribu kenangan manis. Keindahan, kedamaian semuanya ada di sini.
Kepada pembaca yang ingin melalui pengalaman ini, hubungi kami di Riverstone Eco Resort. Kami bersedia memberikan pengalaman dan kenangan terindah yang sukar untuk dilupakan.

Sungai Tua

Sungai Tua

Sungai Bisul
S
S
S