Monday, October 1, 2012

Destinasi Hamidah


 
Tiada perasaan kesal dalam dirinya sebaliknya ketenangan dan kepuasan dicari kini sudah ditemui. Perhitungan meninggalkan kerjaya pada saat kemuncak, keputusan paling sukar ternyata tepat dan memenuhi keinginan diri.
 
Hamidah Asararuddin pemilik Riverstone Eco Resort (RER) bertekad berkecimpung dalam dunia perniagaan resort selepas bertungkus lumus membangunkannya.
Bersama suami Mohamed Ashari Sidek yang sentiasa disisi dan memberi sokongan, Hamidah bangga dunia perniagaan resort dinuka sejak lapan tahun lalu, di Ulu Yam, Gombak, Selangor semakin dikenali ramai.
Resort terletak berhampiran Empangan Batu, Ulu Yam juga laluan menuju ke Genting Highlands itu yang dilengkapi restoran menjadi antgara daya tarikan pelancong menginap di premisnya.
Bagi ibu kepada dua anak, Natasha Atiqah, 16, dan Asyraf Faiq, 11, menjelaskan beliau tidak ada masalah mengendalikannya dan berbangga dapat membantu meningkatkan industri pelancongan negara.
"Saya seronok bertemu orang ramai khususnya pelancong dalam dan luar negara. Pelancong Barat misalnya, suka sangat keindahan alam semula jadi. Apabila pelancong datang ke sini macam-macam soalan ditanya. Kita harus bersedia semua itu," katanya.
 
Suasana damai
Mengimbas perjalanan perniagaanya, Hamidah sebelum ini berkhidmat sebagai Eksekutif Perhubungan Awam, di sebuah syarikat insurans selama 16 tahun, berkata RER diwujudkan atas inisiatif suaminya.
Kedamaian alam semula jadi membuatkan resort itu menjadi lokasi bagi warga banda mahu merehatkan diri sejenak daripada kesibukan kota.
Hiasan landskap ala kampung dengan chalet berlantaikan buluh dan berdindingkan kayu membuatkan Riverstone memebrikan kelainan bagi mereka yang tidak pernah merasai suasan sedemikian.
Bagaimanapun, resort itu tiada bekalan elektrik hanya mengunakan generator yang beroperasi jam 6.30 petang hingga 12 malam dan selepas itu menggunakan pelita minyak tanah.
"Sejak resort dan restoran ini dibuka, tiada masalah besar menguruskannya. Segala-gala berjalan lancar tetapi tidak dinafikan, ada pelanggan yang cerewet tetapi bagi saya itu hak untuk bersuara jika tidak puas hati. Cuma masalah utama ialah penyelenggaraan tinggi untuk menjana bekalan air dan elektrik di sini. Bahkan, terpaksa berjimat cermat supaya tidak terputus bekalan," ujarnya.
Resortnya juga seting menjadi pilihan individu dan syarikat korporat mengadakan pelbagai aktiviti riadah, selain berkunjung semata-mata mencari kelainan merasai pengalaman baru makan di restoran dalam suasana ala kampung.
Banyak cabaran tan tiada istilah cuti hujung minggu dab bercuti panjang. Pada masa wanita lain berehat bersama anak dan suamo di rumah atau berkelah di pusat peranginan, Hamidah perlu berada di RER.
Jumaat, Sabtu dan Ahad adalah hari paling sibuk di RER apatah lagi cuti sekolah dan perayaan tertentu. Hamidah menyinsing lengan di Riverstone melayan tetamu dan sesekali menjengah ke dapur memastikan operasi berjalan lancar.
"Saya bukan saja menguruskan resort dan restoran tetapi melakukan pelagai kerja termasuk aspek persekitaran dan kerja domestik," ujarnya.
 
Pelbagai aktiviti
Sesuai dengan konsep back to nature pelbagai pakej untuk rekreasi, bina diri dan motivasi disediakan. Peserta akan mengalami suasana persekitaran dalam hutan yang menarik dan dikelilingi flora dan fauna berbeza kehidupan seharian mereka.
"Sejak Disember tahun lalu, Riverstone ada pelbagai program motivasi, kepimpinan dan kem cuti sekolah khusus untuk remaja atau kanak-kanak sekolah.
"Melalui program diketengahkan, remaja akan didedahkan pelbagai perkara menarik, termasuk mempelajari kelangsungan hidup di dalam hutan, pengembaraan dan didedahkan aktiviti lasak. Program berlangsung tiga hari dua malam dan sasarannya remaja berusia 13 tahun ke atas," katanya.
 
Riverstone Eco Resort (RER)
- Sedia pakej rumah terbuka hari raya, majlis jamuan makan malam, ulang tahun perkahwinan, perjumpaan semula dan pelbagai.
- Jungle Survival, Rentas hutan, rentas sungai, flying fox, abseiling & repailing, jalan malam, berakit, rempuh halangan, perang berapi, sukaneka, memanah, bola baling, menyumpit, explore Riverstone Race dan paintball.
- Pelbagai jenis masakan tempatan, menu utama belut dan patin.
- Penginapan ala kampung
- Mampu menampung 90 penghuni
- Dilengkapi dewan untuk 200 orang
- Kemudahan surau.

No comments:

Post a Comment

"Sila tinggalkan komentar anda"